Ahad, 7 September 2014

Tempelak Hadi pada PKR.


1.  PANAS - Hadi dah buat roadshow CERITA SEMUA isu MB Selangor. Di Rusila beliau berkata TS Khalid dah dihakimi oleh Majlis Presiden PR sebelum Kajang Move lagi. Dan ini Tak Salah kepada PKR.

2. Di majlis di Rusila (youtube), Hadi kata sekalipun TS Khalid tak bersalah tapi PKR tetap pecat TSKI. PAS akan ikut TAPI pendirian PAS tak ada perubahan MB.

3. PAS MENOLAK Wan Azizah BUKAN SEBAB WANITA. Hadi memberitahu yang dari awal-awal lagi dah nampak dia TAK MAMPU TABIR. Sultan mohon serahkan TIGA Nama untuk calon MB. Takkan PAS bodoh tak reti bahasa.

4. MENGENAI pemilihan MB Selangor, Hadi kata sejak dulu, malah semasa hendak pilih Nik Aziz jadi MB Kelantan pun, kuasa pemilihan ditangan Presiden PAS. Proses itu tak payah lalui JK Pusat PAS.

5. Bagi (Anwarinas PAS) yang tak puashati nak tubuh parti baru, Hadi kata baik dia keluar dan tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

6. PASAL TIGA nama untuk calon MB Selangor, Hadi ata hanya PKR-DAP nak SATU nama. Dan PKR-DAP tak boleh nak ikat PAS. Itu hak PAS untuk memilih. Siapa ada dalam senarai PAS - Tuhan dan Sultan yang tahu.

7. HUBUNGAN PAS dan PR? Kalau langgar janji, kena tengok balik dari masa ke semasa ikut syarat atau tidak. Kalau tak ikut syarat kena setia pada PAS atas apa jua keputusan yang bakal diambil.

8. MASA Q&A - isu pujuk Tengku Razaleigh masuk PR, Hadi kata PKR-DAP yg mula pujuk. Selepas gagal memujuk Ku Li, PKR dan DAP minta PAS pujuk pula. Tetapi Ku Li tak mau. Sebaliknya DAP-PKR menuduh PAS saja yang pujuk Ku Li.

9. SEMBILU- Hadi berkata PAS adalah parti Islam. DAP bukan parti Islam. PKR kita tak tau lah samada dia rujuk pada ayat Quran atau tidak. Terpulang pada dia lah.

10. AGAR TIDAK SALAH FAHAM tentang pujuk TENGKU RAZALIEGH - Hadi memberitahu yang PKR -DAP yang mula memujuk Ku Li, kemudian meminta PAS pujuk. Sebaliknya PAS menjadi mangsa tuduhan DAP-PKR  yang PAS beriya-iya memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

11. HADI dan orang-orangnya termasuk Datuk Harun Din dan Nasrudin Tantawi  telah buat roadshow kedua di Dataran Surau An Nur,Seksyen 3.

Good Luck PAS

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates