Isnin, 8 September 2014

UCAPAN Dato Seri Mukhriz pada PAU Bahagian Jerlun 2014

KedahTimes ingin mengucapkan ribuan Terimakasih kepada Dato' Seri Mukhriz, Menteri Besar Kedah kerana sudi berkongsi teks ucapan beliau pada Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Jerlun tempohari.

Sama-samalah kita baca, hayati dan cuba memahami apa yang cuba disampaikan.

1. Alhamdulillah saya panjatkan setinggi2 puji2an kehadrat Allah SWT diatas limpah kurnianya kita dapat bersama menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun tahun 2014.

2. Bagi pihak saya sendiri dan seluruh warga UMNO Jerlun, saya mengalu2kan dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Presiden UMNO yang telah sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Jerlun buat julung2 kalinya.

3. Saya difahamkan bahawa selain mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, yang juga akan dirasmikan oleh Dato Seri hanyalah mesyuarat UMNO bahagian Dato Seri sendiri iaitu Bahagian Pekan. Sekali lagi kami ucapkan setinggi2 penghargaan diatas penghormatan ini.

4. Dikesempatan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yg ke57 kepada semua yang hadir. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita dan meredhai segala yang kita usahakan bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia dan Negeri Kedah.

5. Kejadian2 kebelakangan ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setelah mencapai kemerdekaan secara penuh hemah dan diplomasi, kemudian mengisi kemerdekaan itu dengan memakmurkan Rakyat, kini negara tidak dapat elak dari mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan dari perspektif politik dunia.

6. Kehilangan pesawat MH370 disusuli pula dengan penembakan jatuh MH17 akibat konflik yang langsung tiada kaitan dengan kita menuntut agar Malaysia terus bersuara mempelopori keamanan dan menegakkan keadilan sejagat seperti yang telah diperjuangkan sejak kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

7. Disini, ingin saya menjemput hadirin semua sedekahkan al fatihah kepada mangsa2 tragedi MH17 dan para syuhadah di Gaza, juga doakan agar misteri MH370 akan segera terungkai. Al fatihah.YAB Dato Seri,

8. Suka saya laporkan bahawa semenjak Barisan Nasional berjaya menawan semula hati Rakyat Kedah pada PRU13, pelbagai strategi dan pendekatan telah diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Barisan Nasional Kedah untuk terus meyakinkan Rakyat terhadap keikhlasan, kesungguhan dan keupayaan BN memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Segala yang kami lakukan - baik melalui program dan aktiviti parti mahupun melalui keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri - sentiasa mendahulukan Rakyat sambil mengutamakan prestasi seperti yang telah disarankan oleh Dato Seri sendiri dalam gagasan 1Malaysia.

9. Walaupun perit rasanya, rupa2nya lima tahun dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat merupakan ujian dan pengajaran Allah SWT bagi BN, khususnya UMNO untuk bermuhasabah diri dan membuat apajua pembetulan dan penambahbaikan untuk kembali kehati Rakyat. Hikmah disebalik lima tahun sebagai pembangkang selepas berkuasa selama lima puluh tahun cukup untuk menyedarkan kita bahawa Rakyat berkuasa untuk menukar Kerajaan, dan hakikat ini menuntut agar kita sentiasa gigih memegang mandat yang telah diamanahkan. Itulah iktibar yang telah kami perolehi.

10. Salah satu hikmah yang Allah berikan ialah peluang untuk Rakyat Kedah menilai sendiri pencapaian kepemimpinan pentadbiran Kerajaan dibawah PAS dan sekutu mereka. Jelas sekali ketidakcekapan, ketidakikhlasan, dan perpecahan diantara mereka telah mengakibatkan kemerosotan sokongan Rakyat terhadap mereka, sekaligus membuktikan bahawa setiap kebaikan yang cuba mereka bayangkan untuk Rakyat sebelum PRU13 meleset sama sekali.

11. Tetapi kelemahan mereka itu masih tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan bagi UMNO dan BN. Jelas sekali, suatu alternatif yang boleh diterima Rakyat merupakan kunci kepada hati mereka. Alhamdulillah kesepaduan yang sedia terjalin dikalangan seluruh warga UMNO dan parti2 komponen BN menyerlah dan disenangi Rakyat.

12. Kini pendekatan mesra Rakyat yang diambil oleh Kerajaan BN di Negeri Kedah ini juga disambut baik oleh mereka. Program2 mendekati Rakyat tanpa banyak protokol, aktiviti menziarah dari rumah ke rumah, acara2 keagamaan – kesemuanya membuktikan bahawa Rakyat tidak silap pilih di PRU yang lepas.

13. Ditambah pula dengan dasar2 yang berpunca dari Akujanji BN Kedah bagi PRU13, satu persatu harapan Rakyat itu termakbul. Rumah kos rendah dan sederhana sedang giat dibina bagi memenuhi permintaan Rakyat. Kedah semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing dan domestik hingga berjaya mencapai kedudukan jumlah pelaburan kedua tertinggi dan keempat tertinggi bagi suku pertama dan kedua tahun 2014 dengan jumlah pelaburan mencecah RM4.3 billion, lantas mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan baru termasuk yang berpendapatan tinggi.
14. Pertumbuhan KDNK Kedah terus mencatatkan kadar seiring dengan kadar nasional. Maka peluang perniagaan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi usahawan2 kita. Institusi pondok agama juga turut terus diperkasakan.

15. In shaa Allah, saya ingin menyatakan bahawa BN Kedah akan terus berusaha untuk mengekalkan sokongan Rakyat agar mandat yang diamanahkan itu akan kekal didalam tangan kita. Bagi pihak BN Kedah dan Kerajaan Negeri kedah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato Seri atas segala sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan setakat ini. Sokongan dan bantuan yang akan diberikan selepas ini, dan memang kita banyak perlukan bantuan Kerajaan Pusat, kami dahului dengan ucapan jazakallah khairan katsiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan.

16. Hasil daripada iktibar kekalahan terdahulu, kami sentiasa bermuhasabah diri menyemak keberkesanan tindakan untuk terus releven dimata Rakyat. Olehitu, kami mengalu2kan sebarang nasihat atau teguran yang bertujuan untuk membetulkan keadaan yang dilihat kurang betul.

17. Pepatah Melayu berkata : Sayangkan anak, tangan2kan Sayangkan isteri, tinggal2kan Dan ada yang menambah : Sayangkan pemimpin, tegur2kanYang menjadi kata kunci kepada pepatah Melayu ini ialah perkataan “sayang’. Hanya orang yang sayang kita yang akan menegur kita untuk tujuan membetulkan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Ini adalah manifestasi sokongan yang ikhlas terhadap pemimpin. Sokongan dari kategori ini yang saya perlukan kerana saya juga akui tidak mempunyai monopoli kebijaksanaan dalam mentadbir negeri ini.

18. Sokongan ikhlas seperti ini juga memberi kekuatan kepada pemimpin. Kalau kita tidak sayang seseorang itu, masakan kita akan menegur untuk kebaikannya.

19. Walaupun begitu, satu lagi kategori sokongan adalah sokongan yang membawa rebah. Sokongan jenis ini disulami kata2 manis yang mengasyikan, membuai pemimpin dengan mimpi2 indah walhal keadaan sebenar lebih mirip mimpi ngeri. Ini merbahaya bagi pemimpin, dan saya harap saya tidak dikelilingi oleh penyokong dari kategori ini.

20. YAB Dato’ Seri, saya ingin menyatakan bahawa seluruh kepimpinan UMNO dan BN Negeri Kedah, bermula dari saya sendiri melafazkan ketaatan dan kesetiaan kepada perjuangan parti dan ikhlas menyokong kepimpinan Dato Seri. Sokongan yang kami lafazkan ini adalah dari kategori pertama – iaitu yang ikhlas dalam memberi pandangan, malah juga teguran berhemah sekiranya perlu bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Dato’ Seri.

21. Ingin saya meyakinkan Dato’ Seri juga, dan saya rasa Dato’ Seri pun tahu perkara ini, bahawasanya teguran yang telah dikemukakan oleh Ayahanda Tun Mahathir juga adalah datangnya dari sifat sayang dan bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Dato’ Seri. Dari kenyataan2 Dato Seri sendiri, saya percaya Dato’ Seri juga memahami akan perkara ini.Tuan2 & Puan2 yang saya hormati sekelian,

22. Marilah kita sama2 mengucapkan syabas kepada YAB Presiden parti kita ini atas kejayaannya mengurus pemulangan jenazah mangsa2 MH17 setelah berunding dengan ketua pihak pemisah Timur Ukraine. Saya sendiri telah bertanya dengan Dato’ Seri apa perasaannya ketika bercakap melalui telefon dengan Aleksander Borodai mengenai urusan jenazah walhal dialah pemimpin pihak yang disyaki telah menembak jatuh pesawat kita. Dato’ Seri ceritakan bahawa panggilan telefon telah beliau buat jam 3 pagi, dan terpaksa menggunakan penterjemah bahasa kerana Borodai tidak berbahasa Inggeris. Kalau tidak banyak sabar, tentunya mustahil untuk mencapai persetujuan untuk memulangkan mangsa2 kepada negara masing2 termasuk Malaysia. Ucapan tahniah telah disampaikan oleh semua pemimpin negara2 yang terlibat.

23. Kesungguhan menjuarai keamanan dirantau ASEAN ini diterjemahkan melalui tindakan2 diplomasi sebagai orang tengah untuk mendamaikan Kerajaan Republik Filipina dengan pejuang pemisah Mindanao, juga antara Kerajaan DiRaja Thailand dengan pejuang pemisah Selatan Thai. Pendekatan konsisten yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri membanggakan kita dan harus disokong oleh semua yang mencintakan keamanan. Tahniah kami ucapkan!

24. Bagi sebuah Negara yang penduduknya dari pelbagai latarbelakang etnik, agama dan status ekonomi, tentunya pendekatan kesederhanaan yang diamalkan sejak sebelum Merdeka lagi adalah yang terbaik bagi memupuk perpaduan, mewujudkan bukan hanya kefahaman dan toleransi antara kaum, tetapi juga suasana yang menerima dan meraikan kepelbagaian. Inilah asas kepada kemakmuran yang hendak kita usahakan bersama.

25. Dari Perlembagaan Persekutuan dan Negeri2, kepada kontrak sosial dan Rukunegara, disusuli Dasar Ekonomi Baru hingga terkini gagasan 1Malaysia, Gerakan Moderat Sedunia dan wassatiyah, kesemuanya bertujuan untuk mempertahankan jalan tengah yang mengambilkira kepentingan semua tanpa menidakkan mana2 golongan masyarakat seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara.

26. Pendekatan moderat ini penting bagi mengimbangi fahaman2 ekstrem yang cuba menguasai naratif sosial negara. Dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, dasar yang tidak bersifat ekstrem perlu dipertahankan agar tidak tercetus pertelingkahan yang merebak menjadi keganasan seperti yang berlaku dibeberapa negara termasuk di negara2 jiran.

27. Namun, saya berpandangan bahawa pendirian moderat ini juga perlu tegas dipertahankan supaya tidak diperkosa oleh unsur2 ekstrem. Ironisnya, kita memerlukan dasar2 dan undang2 yang kelihatan “draconian” untuk melindungi pendekatan kesederhanaan atau moderat ini. Fahaman kesederhanaan tidak boleh dipertahankan oleh undang2 yang sederhana impaknya. Undang2 preventif yang mungkin kelihatan ekstrem sahaja dapat membendung ekstremisme.

28. Olehitu Dato’ Seri, setelah Akta Keselamatan Negara 1960 atau ISA dan Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan, saya harap Kerajaan Persekutuan dapat pertimbangkan semula hasrat untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan tiga akta baru.

29. Selain itu, adalah harapan sebilangan besar Rakyat yang sentiasa mematuhi undang2 negara agar pihak berkuasa tegas dalam menguatkuasakan undang2 dan mengambil tindakan keatas sesiapa sekalipun yang menghasut bertujuan mencemar nama baik DYMM YDP Agong dan Raja2 Melayu, mana2 agama khususnya agama resmi Persekutuan iaitu Islam, dan mempertikaikan hak2 keistimewaan kaum Melayu dan hak kaum2 lain seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.
30. Sekali lagi, jika fahaman moderat yang kita ingin pelopori, maka hanya dengan kepatuhan kepada undang2 negara dan penguatkuasaannya maka dapatlah kita menggagalkan unsur2 ekstrem yang cuba memecahbelahkan dan memporak porandakan kita.

31. Dato’ Seri sendiri dalam ucapan di Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa2 Bersatu di New York menyatakan bahawa “Kita tidak patut beranggapan bahawa kesederhanaan itu satu kelemahan. Bersabar ketika berdepan dengan mereka yang mencetus keganasan tidak bermakna kita lemah, sebaliknya itulah kekuatan kita yang sebenar.”

32. Dato’ Seri, tindakan dan komen2 bersifat hasutan yang berniat untuk mencabar sensitiviti pelbagai kaum tidak boleh dibiar bermaharajalela. Setiap tindakan dan komen itu tentunya mengundang reaksi yang setimpal dari pihak yang dicabar. Jika tidak dibendung dari awal, aksi dan reaksi ini semakin menjadi2 dan tidak terkawal. Kita semua boleh bayangkan apa yang akan terjadi kelak.

33. Agaknya inilah antara perkara2 penting yang sentiasa merunsingkan Dato’ Seri sehingga sejak dua tahun ini saya lihat rambut Dato Seri hingga ke kening pun dah semakin putih. Tapi lebih baik putih dari tiada langsung!YAB Dato’ Seri, Tuan2 & Puan2 yang dihormati sekelian,

34. Melentur buluh biar dari rebungnya. Begitulah peribahasa Melayu yang memesan agar kita mendidik anak2 kita membesar menjadi insan mulia. Perpaduan perlu diterap dibangku sekolah lagi. Walaupun sudah beberapa kali Kerajaan menyatakan bahawa sekolah2 vernakular tidak akan diganti dengan sistem sekolah satu aliran, namun saya harap usaha terus dipertingkatkan lagi untuk memperkasakan sekolah2 kebangsaan kita.
35. Kalau ini dapat dilakukan tanpa kompromi, masa depan Negara bertuah Malaysia pasti akan melahirkan Bangsa Malaysia dari pelbagai latarbelakang tetapi tetap bersatu hati, sanggup berkorban jiwa dan raga untuk memperjuangkan prinsip2 nasional, bersama mensejahterakan, memakmurkan, dan mewariskan sebuah negara bangsa yang utuh kepada anak cucu kita, in shaa Allah.

36. Selagi itulah prinsip pegangan kita semua, UMNO Jerlun terus berikrar sumpah taat setia kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Sekian, wabillahi taufiq, walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates