Selasa, 21 Oktober 2014

GUNA AKAL SEMATA-MATA

Assalam kepada semua pengikut setia KedahTimes. KedahTimes kembali menulis setelah beberapa lama tidak menatap BLOGGER.COM. Kesibukan.

Kali ini KedahTimes hanya ingin menyentuh tentang isu terkini yang hangat diperkatakan, 'I WANT TO TOUCH DOG'.

Umat Islam mengetahui bahawa Anjing adalah najis berat kepada umat Islam. Najis berat atau mughallazah ini berlaku apabila berlaku sentuhan ke atas anjing dalam keadaan dimana samada kedua-duanya basah atau salah satunya dalam keadaan basah. Jika kedua-duanya kering, maka tidak berlaku najis yang dimaksudkan.

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk  dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan airbercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Walaubagaimanapun Anjing tidak digalakkan oleh Islam untuk penganutnya membela sebagai 'pet' seperti kucing atau burung.

Memelihara anjing adalah HARUS dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Dalam keadaan biasa dimana seperti membela sebagai 'pet' atau program ingin saja-saja menyentuh atau membelai anjing, Rasullullah sentiasa mengingatkan kita akan kehilangan pahala jika saja-saja menyentuh atau membela anjing sebagai 'pet'.

Program ' I WANT TO TOUCH A DOG' adalah tidak termasuk dalam perkara yang diharuskan seperti di atas, malah seperti ingatan Nabi kita bahawa kita akan kehilangan pahala jika menyentuh najis berat.

Cuma apa yang kita pertikaikan apakah motif sebenar program seperti ini? Apakah hanya kerana ingin orang Islam menjadi lebih mengenali atau lebih menyayangi anjing? Jika dilihat orang Islam amat jarang menyeksa atau menganiaya anjing. Dan kenapa sasarannya hanya wanita-wanita bertudung yang beragama Islam?

Amat pelik jika mereka mengatakan bahawa orang Islam tidak mengenali anjing. Malah Islam banyak menceritakan tentang anjing kepada umatnya. Malah Allah memberi pahala besar kepada insan yang memberi minum kepada anjing yang dahaga. 

Ajaran Islam secara terang dan banyak memberi panduan tentang hukum hakam tentang anjing. 

Penganjur I WANT TO TOUCH DOG
KedahTimes merasakan ada agenda tertentu yang ingin menghina ajaran Islam. Malah kemungkinan dimasa-masa depan, program seperti ' I WANT TO TOUCH PIG' atau 'I WANT TO TO TOUCH BREAST' dan sebagainya mungkin dilakukan oleh mereka-mereka yang hanya menggunakan akal semata-mata dalam melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, tanpa merujuk kepada nas-nas dan ayat-ayat Quran.

KedahTimes menyarankan agar pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya. Malah jika perlu matapelajaran Tauhid, Feqah dan usuludin perlu diberikan kepada semua pelajar Islam agar mereka mempunyai pegangan dan keimanan yang kukuh apabila menghadapi keadaan yang mencabar.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates