Khamis, 20 November 2014

AKTA HASUTAN jadi Alat pulihkan Imej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama rasanya KedahTimes tidak menulis. Dok angan nak berenti menulis terus, tapi tangan ni gatal tak tentu pasal kerana melihat gelagat dan lagak politik Malaysia.

Jadi, login ke blogger.com. Huh, sentiasa ada pelawat walaupun tidak dikemaskini.

Hari ini kedahtimes nak sentuh sedikit tentang Akta Hasutan yang nampaknya Hisamudin Tun Hussein Onn cuba menjadi CHAMPION, walhal beliaulah juga juara untuk hapuskan ISA tempohari. 

Mungkin sedar yang beliau sedang dikutuk orang Melayu dan Islam, maka Akta Hasutan yang satu ketika dirancang untuk dimansuhkan oleh mereka, boleh dijadikan mileage politik beliau untuk popular semula.


Bagi KedahTimes, beliau telah telah mengkhianati orang Melayu dan UMNO. Hasil dari pemensuhan ISA, kita dapat lihat hari ini, pelbagai gangguan, hinaan, cercaan dan manipulasi terhadap orang Melayu, Islam dan Raja berlaku. Malah mereka sudah tidak segan dan silu melakukan apa saja mengikut agenda penghapusan bangsa Melayu, Islam dan Raja di Malaysia.
Dan terkini mereka berkempen untuk hapuskan akta Hasutan. Akta Hasutan ini jika dihapuskan bakal membawa banyak implikasi buruk kepada Melayu, Islam dan Raja. Kerana akta ini terpakai walau semasa Parlimen sedang bersidang.

Jika akta ini tiada, maka puak-puak perosak akan bercakap apa saja jenis hasutan dalam Parlimen. Malah mereka boleh membawa usul untuk menghapuskan raja, Islam sebagai agama rasmi dan apa-apa akta yang menjaga hak-hak orang Melayu, Islam dan raja dalam perlembagaan.

Apakah ini yang kita mahu?
Mungkin Hisham baru sedar atau hanya ingin menjadi juara, maka beliau setiap hari bercakap tentang Akta Hasutan. Niat sebenar KedahTimes tidak tahu. Nampak macam hendak mencari populariti atau memperbaiki imej yang tercalar selepas beriya-iya dan gembira dengan Pemansuhan ISA.

Inilah politik pemimpin UMNO, berkokok siang malam bila PAU sudah dekat, tapi selepas habis PAU semua lepak di cafe ketawa berdekah-dekah kerana berjaya memperbodohkan ahli-ahli UMNO.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates