Jumaat, 21 November 2014

Masih Wujudkah Kebebasan Bersuara dalam UMNO

KedahTimes suka bersuara jika ada perkara yang tidak betul dilakukan dalam UMNO kerana setakat ini KedahTimes masih rasakan UMNO masih memegang kepada Alif Baa Taa.

Jika berterusan tindakan yang merugikan UMNO, Melayu, dan Islam dilakukan pemimpin atasan UMNO, mungkin sokongan itu terhakis dari KedahTimes.

Bermula dengan pemansuhan ISA, sehingga hari ini adakah pemansuhan ini mendapat restu majoriti ahli UMNO? Apakah pemansuhan ini hanya kerana ingin memuaskan hati pembangkang yang kita tahu apapun UMNO buat mereka tetap bangkang.

Kini, larangan atau amaran supaya pembahas pada PAU UMNO akan datang ini tidak menyuarakan isu-isu sensitif terutama yang menyentuh Cina dan India disiarkan oleh SU Agung UMNO melalaui media.

Jika Cina dan India boleh buat atau kata apa saja kepada orang Melayu dan Islam diluar sana, kenapa ahli UMNO tidak boleh sebutpun tentang mereka dalam forum UMNO sendiri? Tak ke bodoh namanya itu.

Bila bercakap dengan media, orang UMNO dimarahi kerana tidak menyuarakan pada forum UMNO. Bila nak bercakap dalam forum UMNO, dilarang pula menyentuh perkara-perkara sensitif.

Diluar sana, mereka sudah tiada sensitiviti terhadap Melayu dan Islam, kenapa kita begitu baik sangat hingga tidak boleh bersuara dalam forum sendiri?

Sudah jadi parti diktator ka UMNO ini? 

Elok sangatlah kehalian UMNO tidak bertambah, mungkin salah satu sebab agaknya UMNO tidak digemari orang muda dan atas pagar. Tidak boleh bersuara dalam forum UMNO sendiri. Lawak la UMNO!

Nak sertai PAS, PAS macam lembu dicucuk hidung. Nak sertai UMNO, UMNO lebih teruk dari komunis DAP.

Jadi nak sertai parti mana? Hermm tak payah sertai mana-mana parti. Sertia PERKASA! 

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Da byk jugak aku bg komen kat lain lain blog pro umno.. tak jugak bersambut..aku harap kau bole panjangkan syor aku ni..pinda petlembagaan umno agar pemimpim cawangan bahagian di hadkan kpd 3 penggal shj. Tak kira la s mcm mana pun..cukup time jalan..baru la ade flow dr segi leadership...baru la org lain ade peluang utk naik..ahli lebih 3 juta..tp yg jd pemimpin balik balik muka muka tu jugak...masalah umno bukan ahli bawahan tapi pemimpin umno yg terpisah dgn realiti

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates