Isnin, 24 November 2014

UMNO Perlu BERUBAH

KedahTimes nak panjangkan saranan seorang pembaca blog ini kepada kepimpinan UMNO. Samada kepimpinan UMNO baca atau tidak, KedahTimes tiada boleh nak buat apa-apa. Kita hanya boleh berdoa sahaja kepada Allah SWT, selepas segala usaha sudah dilakukan untuk menyedarkan mereka.

Jika mereka membaca dan dan melakukan sesuatu, Alhamdulillah. Ini komen dan cadangan pembaca KedahTimes. Cuma KedahTimes ingin memberitahu kepada pembaca tersebut yang KedahTimes ini hanyalah blog picisan yang tiada sapa ambil perhatian. Malah menjadi cemuhan lagi.  Apa-apapun, KedahTimes sampaikan juga.

'Dah banyak jugak aku bagi komen kat lain-lain blog pro umno.. tak jugak bersambut.. aku harap kau boleh panjangkan syor aku ni.. pinda perlembagaan umno agar pemimpim cawangan dan bahagian di hadkan kepada 3 penggal sahaja. Tak kira la macammana pun.. cukup time jalan.. baru la ada flow dari segi leadership... baru la orang lain ada peluang untuk naik.. ahli lebih 3 juta.. tapi yang jadi pemimpin balik balik muka muka tu jugak... masalah umno bukan ahli bawahan tapi pemimpin umno yg terpisah dengan realiti' 

Itulah komennya. Jika semua ahli UMNO rasa ini ada kebenaran dan boleh membantu UMNO menjadi lebih kuat, lakukanlah sesuatu. Sebaliknya jika, ahli-ahli rasa tidak perlu, maka duduklah selesa dengan apa yang ada. 

KedahTimes pun dah berkali-kali menulis tentang perlunya ada perubahan besar yang boleh melonjakkan UMNO ke tahap yang lebih baik. Tapi benarlah kata-kata sesetengah orang UMNO, KedahTimes hanya blog picisan, blogger tua jurassic, blogger tua tak sedar diri dah nak mati, blogger perasan, blogger pau duit dan pelbagai lagi panggilan.

Kalau pembaca semua nak tahu, blog KedahTimes ni kawan-kawan KedahTimes pun tak baca. Apakah lagi pemimpin besar UMNO. Walaubagaimanapun, KedahTimes adalah blogger terkaya kerana memiliki RM400 Juta. hahah. Makan tak habih ooi.

Tak apalah, tugasan KedahTimes sudah selesai. Cuma tugasan mereka-mereka yang berkaitan saja belum dilaksanakan.

Selamat bersidang!



ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

sedih aku tengok keadaan bendera2 umno yg dorang pacak/ikat kat batang pokok kat area pwtc(jln mahameru) tu...dah ada yg tumbang...senget...dah nampak berserabai dah...takkan selepas pasang kemudian takde sapa2 yang pantau keadaan bendera tu!?amik keje mudah nampak...benda kecik mcm ni pun tak boleh nak jaga macammana?


azhar

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates