Khamis, 27 November 2014

UMNO sudah terlalu SIBUK

PAU 2014 menjadi medan untuk ahli-ahli UMNO menyuarakan pendapat serta keresahan ahli dan orang Melayu.

Tetapi apa yang disuarakan itu adakah bakal diambil kira atau balak ada tindakan susulan akan diambil oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO? Ini persoalan yang sering ditanya oleh marhain bawahan.

KedahTimes melihat UMNO dan orang Melayu sekarang ini amat sibuk memperahankan apa yang telah wujud dan diperolehi sejak merdeka. UMNO dan Melayu sibuk mempertahankan akta hasutan yang telah wujud. UMNO dan Melayu mempertahankan apa yang ada dalam perlembagaan tentang Melayu, Islam, dan Raja.

Kerana terlalu sibuk MEMPERTAHANKAN semua yang sudah ada ini, maka UMNO dan Melayu tiada masa untuk melakukan sesuatu yang baharu untuk Melayu, Islam dan Negara. Sedangkan bangsa minoriti sibuk mencari benda-benda baru untuk bangsa mereka.

Bangsa Melayu dan UMNO sering dijanjikan dengan pelbagai janji manis terutama pada PAU, tetapi apabila tamat PAU semua dilupakan. Melayu dan UMNO kembali ke takok lama mempertahankan apa yang ada.

Inilah yang terjadi harini dan kita lihat pembangkan berseronok dan bersukaria menyerang apa yang kita ada sehingga kita lupa untuk berfikir dan melaksanakan perkara-perkara baru.

Mereka menyerang, kita sibuk mempertahan. Kenapa kita tidak menyerang dan biar mereka sibuk mempertahan?

Pendekatan Wasatiyyah yang dipegang PM ada hadnya. Malah sabar yang disebut sebagai separuh dari iman juga ada batasannya.

Kenapa kita besederhana sehingga kita dipijak dan ditekan?

Apakah ini yang dikehendaki oleh pemimpin UMNO? Menjadikan UMNO dan melayu terlalu sibuk mempertahank hak-hak yang ada sehingga lupa perkara-perkara yang perlu disediakan untuk masa akan datang.

Bangunlah wahai ahli UMNO. Kita perlu tegas. Kita perlu bangun membentuk bangsa yang kuat. Limit kesabaran kita ada dan jangan biarkan limit itu dipijak dan dihina.

Ayuh! Kita gerakkan gelombang UMNO Berani Berubah.


ads

1 comments:

CEO Siber berkata...

...



PENTING:

Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...

Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....

Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...



Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...

Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )


Harap Maklum.. TKasih :-D



MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates