Tahalluf Siyasi songsang PAS

Khamis, 18 Disember 2014
KedahTimes besarkan semua kata-kata dari pembesar-pembesar Pakatan Rakyat.

Ini bertujuan untuk peringatan kepada ahli-ahli PAS supaya mereka berfikir dengan waras dan tenang, dengan siapakah sebenarnya mereka bersahabat. Dengan siapakah sebenarnya mereka bertahaluf siyasi.

Malah soalah Kedahtimes sebenarnya ialah betulkah fahaman atau definisi tahaluf siyasi yang digunapakai PAS selama ini?

PAS ada Dewan Ulamak Politik PAS, dan mereka perlu merujuk kepada dewan tersebut. 

Di atas atau ceramah mereka melaung tentang Islam dan Hudud, tapai dalam masa yang sama mereka bersahabat dengan penentang Islam dan Hudud. 

Tidak pernah terdetikkah di hati kita bahawa Perjuangan Apakah ini? Perjuangan kegilaan kuasa atau perjuangan menegakkan Islam?

DAP Komunis setiap hari menolak Islam. DAP Komunis setiap hari memperlekehkan Islam dan umatnya, tetapi kenapa PAS masih berpeluk dengan mereka?

PKR setiap hari masuk gereja dan menunjangi aktiviti kaum Lut yang Allah sendiri memberi amaran dalam Quran, tetapi PAS masih berpegangan tangan dengan mereka. Perjuangan apakah ini wahai PAS?

KedahTimes mengajak pembaca merenung sejenak kenapa begini jadinya sebuah parti yang melaung berjuang berdasarkan Islam tetapi dalam perbuatan sentiasa bertentangan dengan Islam.

Renung dan share kepada kawan-kawan!


ads
Read Full 1 comments

Apabila Dewan Ulama Pekak Bersorak

Mencegah adalah lebih dari menegur selepas ianya berlaku.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dewan Ulama  Politik PAS hanya berbunyi apabila sesuatu program itu sudah selesai dan atau hampir berlaku. Mereka diam membisu semasa perancangan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaksanakan sesuatu program sebegitu.

Pahat berbunyi selepas rumah dah siap. Inilah perangai Dewan Ulama  Politik PAS yang semata-mata fokus kepada keuntungan politik, bukan kepada maslahah umat. KedahTimes sengaja meletakkan Politik kerana Dewan Ulama PAS ini lebih bermain politik dari menegakkan Islam itu sendiri.

Malah waktu zaman PAS memerintah Kedah, Dewan ini menjadi syaitan bisu yang tidak berani menegur program seksi disekitar ALor Setar dan Sg Petani. Malah pengecut dalam menegur pertumbuhan pusat-pusat hiburan keluarga dan maksiat di Kedah.

Perkataan Ulama dirosakkan oleh mereka ini dengan berpolitik melampau. Mungkin moto mereka ialah JANGAN MENEGUR sebelum berlaku, sebaliknya HENTAM SELEPAS BERLAKU atau WAKTU HAMPIR BERLAKU.

Mungkin ini ajaran politik baru Dewan Ulama Politik PAS. Apa saja yag diketengahkan mestilah bermotifkan keuntungan samda politik atau peribadi.

Mungkin inilah tazkirah DAP yang digunapakai Dewan Ulama Politik PAS Kedah. Tazkirah yang membawa rebah dan pecah belah umat.

KedahTimes tidak tahu ada program sebegitu. Kalau tidak sebelum berlakupun KedahTimes akan ketengahkan kepada kerajaan Negeri. Malah dah beberapa cubaan untuk mengadakan program berbentuk sebegitu telah KedahTimes tegur dan pihak Kerajaan Negeri ambil tindakan tegas sebelum berlaku.

Tetapi jika begini perangai Dewan Ulama PAS Kedah, KedahTimes cabar supaya dewan ini ditukar nama kepada Dewan Ulama Politik PAS sahaja. 

Ada berani! 
Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini. 

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan. 

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.

“Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.

“Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat,” katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya ‘trend’ ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.

Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.

“Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.

“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah,” ujar kesal. – HARAKAHDAILY 16/12/2014

ads
Read Full 0 comments

Apabila Komunis Bercakap tentang Demokrasi

Selasa, 16 Disember 2014
Apabila ketua Komunis DAP Malaysia bercakap tentang demokrasi, maka dia bercakap ikut kepada otaknya yang sentiasa berpandukan ideologi Komunis.

Malah dalam Komunis tiada wujudpun perkataan Demokrasi, tetapi di Malaysia, Komunis setiap hari bercakap tentang demokrasi, ketelusan dan pemerintahan rakyat.

Jika kita kaji dan selidik dengan terperinci, Komunis memerintah atas dasar paksaan atau 'might'. Mereka menindas musuh-musuh politik yang ada, malah kewujudan politik lawan dianggap sebagai musuh dan penghalang kepada segala agenda Komunis.

Apabila LGE bercakap tentang demokrasi, beliau keliru kerana mencampuradukkan ideologi Komunis dengan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia. 

Maka timbullah ayat, Islam bukan agama rasmi Malaysia, hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, tiada hak kepada pribumi dan sebagainya. Ini semua adalah kata-kata KOMUNIS sebenarnya.

Tetapi PAS dan PKR memilih untuk bersekutu dengan Komunis. Kenapa? Kerana gila kuasa. Kerana kempunan untuk menikmati kuasa memerintah dan meratah apa saja yang ada di Malaysia.

Maka kita rakyat dapat melihat apabila Komunis bergabung dengan Hipokrit dan Liberal, caca merba lah jadinya.

Islam entah kemana, Melayu hilang di dunia. Kamus bahawa Islam dan Melayu perlu dijaga sudah tiada. Malah raja sebagai ketua Agama Islam sudah tidak dihormati.

Inilah hasilnya jika Komunis + Hipokrit+ Liberal = Perosak Aliff Baa Taa



ads
Read Full 0 comments

PENGHASUT NOMBOR WAHID

Selasa, 9 Disember 2014
Tarikh : 07/12/2014, Ahad
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Gereja Holy Family, Kajang
Anjuran : Biro Integrasi PKR Nasional
Kehadiran : 1,200 orang [M: 1%, C: 60%, I: 30, Lain2: 9%]

Pemimpin Dikenali :

1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
3. Ganabatirau, EXCO Negeri Selangor

1. Dalam ucapan ringkasnya Azmin Ali menyatakan pendirian Kerajaan PR Negeri Selangor untuk meraikan kelpelbagaian agama, sambil mengungkapkan kata-kata lebih kurang berbunyi..."sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

2. Anwar Ibrahim menyentuh mengenai kedatangannya ke Gereja Holy Family ini ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu, UMNO menyerangnya habis-habisan menggunakan TV3 dan menyatakan kononnya inilah cara berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan kaum yang perlu ditentang oleh rakyat pelbagai kaum. (disambut tepukan gemuruh). Bahkan, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia tidak bimbang di-ambil gambar berlatarbelakangkan palang Jesus dibelakang pentas gereja ini.

3. Anwar Ibrahim menyebut tentang persamaan antara Islam dan Kristian iaitu orang Kristian menyebut Jesus tetapi orang Islam menyebut Nabi Isa a.s., sambil mengambil contoh di Turki, Kamal Attartuk tidak membezakan antara Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin (the real piece).

4. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia bertanya kepada Azmin Ali, mengapa susah sangat untuk mengembalikan 351 bible tersebut kepada pihak gereja, itu hak mereka dengan kata-kata lebih kurang berbunyi..."for me, there is no problem to distribute the bible even though in Malay language, no problem at all. Why it's happen in multiracial country like us. That why, we must againt racism and fight for freedom in this country. (disambut tepukan gemuruh)

5. Diakhir ucapannya, Anwar Ibrahim menyentuh perbahasan Bajet 2015 di Parlimen bahawa dia membangkitkan tentang ketidak-adilan kerana pengecualian cukai hanya diberi kepada badan-badan Islam sahaja. Kenapa tidak diberi kepada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain.

Ulasan :

1. Anwar Ibrahim membakar semangat anti Islam dikalangan orang Kristian khususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.



ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates