Khamis, 18 Disember 2014

Apabila Dewan Ulama Pekak Bersorak

Mencegah adalah lebih dari menegur selepas ianya berlaku.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dewan Ulama  Politik PAS hanya berbunyi apabila sesuatu program itu sudah selesai dan atau hampir berlaku. Mereka diam membisu semasa perancangan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaksanakan sesuatu program sebegitu.

Pahat berbunyi selepas rumah dah siap. Inilah perangai Dewan Ulama  Politik PAS yang semata-mata fokus kepada keuntungan politik, bukan kepada maslahah umat. KedahTimes sengaja meletakkan Politik kerana Dewan Ulama PAS ini lebih bermain politik dari menegakkan Islam itu sendiri.

Malah waktu zaman PAS memerintah Kedah, Dewan ini menjadi syaitan bisu yang tidak berani menegur program seksi disekitar ALor Setar dan Sg Petani. Malah pengecut dalam menegur pertumbuhan pusat-pusat hiburan keluarga dan maksiat di Kedah.

Perkataan Ulama dirosakkan oleh mereka ini dengan berpolitik melampau. Mungkin moto mereka ialah JANGAN MENEGUR sebelum berlaku, sebaliknya HENTAM SELEPAS BERLAKU atau WAKTU HAMPIR BERLAKU.

Mungkin ini ajaran politik baru Dewan Ulama Politik PAS. Apa saja yag diketengahkan mestilah bermotifkan keuntungan samda politik atau peribadi.

Mungkin inilah tazkirah DAP yang digunapakai Dewan Ulama Politik PAS Kedah. Tazkirah yang membawa rebah dan pecah belah umat.

KedahTimes tidak tahu ada program sebegitu. Kalau tidak sebelum berlakupun KedahTimes akan ketengahkan kepada kerajaan Negeri. Malah dah beberapa cubaan untuk mengadakan program berbentuk sebegitu telah KedahTimes tegur dan pihak Kerajaan Negeri ambil tindakan tegas sebelum berlaku.

Tetapi jika begini perangai Dewan Ulama PAS Kedah, KedahTimes cabar supaya dewan ini ditukar nama kepada Dewan Ulama Politik PAS sahaja. 

Ada berani! 
Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini. 

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan. 

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.

“Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.

“Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat,” katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya ‘trend’ ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.

Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.

“Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.

“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah,” ujar kesal. – HARAKAHDAILY 16/12/2014

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates