Selasa, 16 Disember 2014

Apabila Komunis Bercakap tentang Demokrasi

Apabila ketua Komunis DAP Malaysia bercakap tentang demokrasi, maka dia bercakap ikut kepada otaknya yang sentiasa berpandukan ideologi Komunis.

Malah dalam Komunis tiada wujudpun perkataan Demokrasi, tetapi di Malaysia, Komunis setiap hari bercakap tentang demokrasi, ketelusan dan pemerintahan rakyat.

Jika kita kaji dan selidik dengan terperinci, Komunis memerintah atas dasar paksaan atau 'might'. Mereka menindas musuh-musuh politik yang ada, malah kewujudan politik lawan dianggap sebagai musuh dan penghalang kepada segala agenda Komunis.

Apabila LGE bercakap tentang demokrasi, beliau keliru kerana mencampuradukkan ideologi Komunis dengan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia. 

Maka timbullah ayat, Islam bukan agama rasmi Malaysia, hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, tiada hak kepada pribumi dan sebagainya. Ini semua adalah kata-kata KOMUNIS sebenarnya.

Tetapi PAS dan PKR memilih untuk bersekutu dengan Komunis. Kenapa? Kerana gila kuasa. Kerana kempunan untuk menikmati kuasa memerintah dan meratah apa saja yang ada di Malaysia.

Maka kita rakyat dapat melihat apabila Komunis bergabung dengan Hipokrit dan Liberal, caca merba lah jadinya.

Islam entah kemana, Melayu hilang di dunia. Kamus bahawa Islam dan Melayu perlu dijaga sudah tiada. Malah raja sebagai ketua Agama Islam sudah tidak dihormati.

Inilah hasilnya jika Komunis + Hipokrit+ Liberal = Perosak Aliff Baa Taa

video


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates