APAKAH TAMADUN SG BATU TEMPAT MELAYU BANGSA YANG HILANG ?

Selasa, 21 Januari 2014
KedahTimes petik tulisan dari Diskoveriku tentang Bangsa yang hilang.  Bagi KedahTimes Tamadun yang wujud di Sg Batu pada sekitar 300 tahun sebelum masehi membuktikan yang kemungkinan besar Bangsa yang hilang tersebut membina tamadun mereka disini.

Peninggalan-peninggalan artifak-artifak yang lebih awal dari Kerajaaan Sri Wijaya, membuktikan tamadun ini sebenarnya wujud dan ianya berkemungkinan bangsa Melayu yang dikatakan hilang. Malah bangsa ini ada hunungkait dengan Bani Israel.

Teruskan membaca ..

Kebangkitan dari Timur :

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Tahukah anda sebenarnya orang Melayu telah wujud sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah? Kerajaan ini adalah antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.

Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas', selain bumi di mana orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.

"Dari mana kita tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?"

Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babylon dan peperangannya dengan jiran sekitar, antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babylon, kisah 'syurga emas dari Timur'meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini diperolehi oleh Bani Israel.

"Tahukah para pembaca semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnyamasih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?"

Penulis akan memetik sebuah legenda dahulu kala, dimana seorang raja yang memerintah bumi Melayu beribu-ribu tahun dahulu. Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah. Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya. Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

Sebelum itu, ada perkara tertinggal dan penting untuk anda tahu. 'Wangsa Malayu'. Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Mala, Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya. Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini. Sehinggalah catatan-catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.

Terkini Sg Batu, Lembah Bujang memberikan kita bukti baru tentang kewujudan tamadun yang hebat dengan pembinaan pelabuhan, pusat pentadbiran pelabuhan, industri peleburan besi dan pembinaan pusat ritual yang unik dan tidak dipengaruhi agama Buddha-Hindu.

Malah penemuan ini membuktikan bahawa tamadun in selari dengan apa yang disebut di atas berkaitan dengan dinasti-dinasti Melayu kuno. Apakah dinasti ini telah membina satu tamadun di sg Batu yang hebat sekita 300 tahun sebelum masehi?

"Sila lihat satu peti kecil di dalamnya. Ya...Matahari."

THE CHRONICLES of the SUN (MATAHARI)

"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"
(Papyrus of Nebseni, The Egyptian Book of The Dead)

sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya. Paling awal pun, kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan). Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina, maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam. (Orang melayu sendiri kebanyakannya suka menghabiskan masa dengan pelbagai hiburan) Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan. Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain. Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk Islam, anehnya, selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera, Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa.

Ia menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan. Raja Khmer, Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam, berbanding Raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain.

Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran, sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya. Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam. Kadangkala kita keliru, dengan budaya Champa ini. Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina. Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina, Mon atau Khmer.

Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama, kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina. Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan. Pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datangnya dari Champa. Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa. Salah satu perkataan yang terkenal adalah 'orang'. Pada satu prasasti abad ke-2 Masihi milik kerajaan Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara.

Di dalam lagenda Melayu Indochina, pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara. Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini. Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina. Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali, catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China. Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'. Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag, sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan. Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi, berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

Lihat, mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber. Jika tidak, kita akan
gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah KeMelayuan. Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja, tetapi mesti menerawang hingga ke seluruh pelusuk dunia.
Angkor Wat Temple
(Gambar ehsan : National Geographic)

'Profesion' purba bangsa Melayu sebagai pelaut, pengembara dan pedagang adalah masalah terbesar untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada. Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang, mereka segera berpindah ke tempat lain. Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain.

Peradaban ang wujud di Sg Batu, Lembah Bujang merupakan peradan yang berkembang menjadi canggih sehingga keupayaan peradaban ini melebur bijih besi menjadi jongkong untuk di ekspot. Malah penemuan juga mendapati yang pedang yang dibuat di India dan Mesir adalah sama jenis dengan jongkong besi di Sg Batu.

Apakah ini menunjukkan yang peradaban yang mungkin seusia nabi yusof atau nabi Ibrahim atau nabi sulaiman telah wujud di Sg Batu. Malah peradaban ini menjadi pembekal besi terutama pada waktu itu.

Salah satu binaan yang
 terdapat di Angkor Wat
Atas sebab itulah 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu berada di tempat lain. Contohnya di Kemboja. Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu, dan mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor, setelah bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya. Sebelum penubuhan Angkor, kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja. Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja. Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa
'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu, terakam dalam catatan pengembara Arab, Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja. Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya. Sebab itu sebagai taktik, Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla, telah memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan, untuk mengelakkan serangan dari laut.

Gambaran pelukis empayar
 Melaka suatu ketika dahulu
Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Srivijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya. Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah Barat sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya. Di era Kesultanan Melaka jugalah, orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur. Kejatuhan Melaka juga berpunca daripada orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah.

"Namun bagaimana sebenarnya kita tahu mengenai SRIWIJAYA?"

Dari pengembara Arab, Parsi, pedagang China dan India. Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer, Thai, Mon dan Burma.

Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.

Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara, sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa.

Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka. Sebelum itu, ada juga yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India. Ada yang mengigau berasal dari Siam. Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno, terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR. Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan Melaka. Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah
mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah, kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya. Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara.

Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja, Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini, Sriwijaya. Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini, para sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan. Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar, malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka. Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia. Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja. Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris, tetapi dikhianati.

Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang, kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka, Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo? Tetapi ini hanya heboh di Indonesia. Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum, pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya

Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya? Dari para pengkaji luar. Goerge Coedes dari L'École française d'Extrême-Orient, sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'. Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakam kewujudannya dalam Sulalatus Salatin. Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak. Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik.

Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya? Adakah orang Melayu hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?

Tidak, kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era Sriwijaya. Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra. Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China, juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masihi.

Terkini penemuan Sg Batu telah juga membuka mata kita bahawa bangsa Melayu sudah wujud lama dahulu dan mempunyai tamadun yang amat hebat.

Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya. Apa maksud dari semua misteri ini?

"SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU, SEMAKIN JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM. Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!"

Mengapa begitu? Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu. Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera. Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru' yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'. 'Heru' adalah 'god-king' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek. 'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris. Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir Purba. 'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief). 'Agak' (approximately) menjadi 'aga'.

Mata (eye) menjadi 'maat'!

"Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk kepada 'sun'? SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?"

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir Purba. Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia? Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.

Terdapat rahsia besar di sini. Beribu-ribu tahun dahulu, terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba. Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia. Di Lembah Raja-raja, iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh. Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika, tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia. Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu? Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami). Jika Punt di Somalia, bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah? Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.

Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja, mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan. Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu. Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil. Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik, menghantar duta, mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung hormat. Salah satunya Raja Suran. Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun, pemerintah Palembang.

"Siapakah Demang Lebar Daun?"

Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot. Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain. Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia. Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya, Gupta atau Pala. Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara.

Di dalam Purana dan Mahabharata, tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas, Sakas, Pahlavas, Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas, Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia, wilayah yang terletak di Anatolia sekarang, dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek. Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani, dan ini diikuti oleh lidah Melayu. Hunas adalah kaum Hun, salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit. Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia, satu kerajaan barat laut Iran. Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'. Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi. Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak. Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun. Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan ini. Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu Kerajaan Beruas. Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin sezaman dengan Langkasuka. Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

"Apakah maksud dari semua ini?"

SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya, cara yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.

"Cuba teka, mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka, satu lagi empayar maritim Melayu selepas Sriwijaya? MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH."

Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China. Dalam perjalanan dari Benua Keling, Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek. Sampai ke Temasek, raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China. Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh. Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air. Selepas puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

Menariknya, Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin. Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek. Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin. Pada permulaan kata-kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu :

"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

Goa di sini bukanlah Goa di India, tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi. Semasa kejatuhan Melaka, rakyat, tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat. Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa, satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka. Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat, di zaman Tun Seri Lanang itulah, para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya. Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab, manuskrip dan hikayat. Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini. Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu. Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut, terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran. Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri, cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya. Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya, Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods. Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah : "Perdagangan maritim."
ads
Read Full 0 comments

Siapakah Bangsa Melayu?

Bangsa Melayu hari ini diserang dari pelbagai sudut. Jika kita fikir dan kaji secara mendalam, ianya mungkin berkaitan dengan zionist Israel yang ingin menghapuskan semua bangsa yang mereka percaya bakal menghapuskan mereka di bumi Palestin satu hari nanti.

Di Iraq, Syria, Afghanistan, Pakistan mereka telah musnahkan bangsa-bangsa disana melalui proksi mereka iaitu Amerika dan Rusia. Kini yang tinggal hanya dikawasan Asia Tenggara. Ini termasuk Malaysia dan Indonesia serta selatan Thailand.

Apakah motif sebenar mereka? Ingin menghapuskan musuh mereka sebelum mereka dihapuskan. Mereka adalah kaum yang sesat yang amat berani menentang Allah.

Di Malaysia, mereka sedang melalukan kerosakan ke atas Bangsa Melayu Islam melalui ejen-ejen mereka samada orang Melayu sendiri atau Kristian. DAP dan PKR kini menjadi orang proksi gerakan mereka. Sementara PAS pulak bersekongkol kerana kononnya dijanjikan bulan dan bintang.

Apakah Bangsa Melayu rela dimusnahkan Walhal bangsa ini ada hubungkait dengan Nabi Ibrahim a.s. Malah pernah mempunyai tamadun hebat pada kurun sebelum masehi lagi. Sg Batu membuktikannya. Peninggalan berusia ratusan tahun sebelum masehi ditemui.

Apakah kita masih berdiam diri dan biarkan konco-konco Zionist memusnahkan bangsa hebat ini?


Dari apa yg saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.Ingin mengetahui mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat (bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan).

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, teramat perlu. KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. 

Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. 

Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. 

Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? 

Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salsilah "Melayu". Yahudi memburu saki-baki keturunan Nabi Yusuf? Kenapa?

MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? Apakah itu "3Mim" ?

Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?

MELAYU - JAWI

Siapakah Melayu? 

Dari manakah asalnya Melayu itu?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

Tapi... siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi' - menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. 

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s). Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana  itu, bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.s itu Yahudi, lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

ads
Read Full 0 comments

ASAL-USUL ORANG MELAYU - Cetusan Minda

KedahTimes ingin mengajak semua bangsa Melayu tidak kira apa parti politik, umur dan agama untuk berfikir sejenak tentang asal usul Bangsa Melayu. Mungkin penemuan-penemuan di Sg Batu, Merbok bakal membuka lebih banyak misteri yang tidak terungkai selama ini.

Penemuan tapak-tapak pelabuhan, peleburan besi, pentadbiran pelabuhan dan pusat ritual di Sg Batu bakal mengungkap satu tamadun 300 tahun sebelum Masehi. Pelbagai jawapan bakal terungkap.

Kepada bangsa Melayu, kita tidak perlu malu, kita tidak perlu merasakan yang kita bangsa tidak bertamadun, dan kita tidak perlu merasa rendah diri. Sg Batu bakal membuktikan kepada kita bahawa bangsa Melayu ini telah wujud beribu tahun dahulu dan berkait rapat dengan ketamadunan dunia terdahulu.

Tetapi sebagai pembuka minda, saya petik artikel dari blog ini.

Terdapat satu kajian..

Bangsa melayu berasal dr keturunan nabi ibrahim...

Isteri ketiga bernama siti Qaturah@keturah...

Adakah bangsa melayu adalah bangsa salah satu bangsa yang dicari selama ini kerana menurut kitab mereka.. bangsa yahudi itu akan disembelih oleh saudara mereka yg lain...

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

Tapi... siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S. Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi' - menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri se zaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?

Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha

Di mana mahu kita mulakan? Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.

ads
Read Full 0 comments

ASAL USUL MELAYU : DARI BANGSA ISRAEL ?

Isnin, 20 Januari 2014
Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.
Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.


ads
Read Full 19 comments

Apakah orang Melayu tidak mempunyai Tamadun sendiri?

Ramai orang tertanya apakah Orang Melayu tidak mempunyai Tamadun sendiri. Dan jika ada apakah bukti yang tamadun itu milik orang Melayu?

Seperti yang kita semua sedia maklum, bangsa Melayu dikatakan banyak menumpang kegemilangan dan keunggulan tamadun Islam yang dibangunkan oleh bangsa Arab di Timur Tengah. Hasil penyebaran agama Islam di Tanah Melayu telah membentuk bangsa Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu terlalu kerap berbangga dengan kemasyhuran para anbia dan cendiakawan Islam yang berbangsa Arab seperti Ibnu Sina, AlKhawarizmi, Ibnu Batuttah, Imam Ghazali dan sebagainya.

Orang Melayu juga tumpang berbangga dengan pembinaan kota-kota Islam yang sangat unggul hasil dari pemikiran dan titik peluh bangsa Arab yang terdahulu.

Tetapi sedarkah kita bahawa Bangsa Melayu mempunyai satu tamadun hebat yang telah wujud se awal 300 tahun Sebelum Masihi. Malah boleh dikatakan tamadun Bangsa Melayu ini wujud selepas banjir besar Nabi Noh a.s.

Dan kepakaran teknologi peleburan besi, pelabuhan, pelayaran dan pembinaan sudah wujud pada zaman itu dan amat canggih.

Peleburan bijih besi yang membentuk jongkong besi dilakukan dengan cara yang amat canggih dengan menggunakan hembusan udara untuk menghasilkan suhu yang tinggi.  Kerja-kerja peleburan ini diletakkan disatu kawasan asing yang boleh kita katakan sebagai kawasan industri. Dan ianya berhampiran dengan pelabuhan.

Difahamkan bahawa senjata-senjata yang ditemui di Mesir dan India diperbuat dari besi yang asalnya dari Pusat Peleburan Besi di Sg Batu.

Malah pembinaan bangunan menggunakan bata merah atau tanah liat yang daya tahannya amat tinggi sehingga masih kelihatan teguh sehingga ke hari ini. Bumbung bangunan menggunakan atap genting yang dibuat dari komposisi tanah liat, pasir dan sekam padi.

Pembinaan pelabuhan di kiri dan kanan sungai yang lebarnya melebihi 100 meter serta kedalaman sungai yang mencecah sedalam 30 meter membuktikan yang tamadun ini sudah 'advance' dan sg batu merupakan pelabuhan yang amat strategik. Disamping itu pusat-pusat pentadbiran pelabuhan yang dibina sepanjang pelabuhan tersebut bagi mengurus dan mentadbir operasi pelabuhan.

Ini membawa makna bahawa bangsa Melayu sudah mempunyai tamadun canggih se awal 300 tahun sebelum Masihi, malah mungkin sudah wujud awal lagi. Kerana proses pembelajaran peleburan besi dan pembinaan pelabuhan sudah tentu memakan masa.

Malah pembinaan pusat ritual yang amat menakjubkan. Tiada kaitan dengan agama Hindu atau Buddha. Apakah Tamadun Melayu ini mengamalkan animisma atau deen hanif?

Apa-apa pun orang Melayu patut berbangga kerana mempunyai tamadun tersendiri yang wujud beribu tahun lamanya. Tamadun awal orang Melayu tiada kaitan dengan Hindu atau Buddha. Pusat ritual yang dibinapun amat UNIK kerana tiada seumpamanya di tempat-tempat lain.

KedahTimes akan terus menceritakan apa yang sudah dan bakal ditemui di tapak eskavasi sg Batu, di Lembah Bujang.

Pembaca boleh juga rujuk di sini.

ads
Read Full 0 comments

Sungai Batu : Tamadun Melayu Di bongkar

Penerangan Kedah Tua di Sg Batu oleh
YBhg  Prof. Dr. Mokhtar Saidin
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Universiti Sains Malaysia
13hb Januari 2014

Penerangan daripada Prof. Dr. Mokhtar adalah pembuka kepada tujuan pertemuan dengan Seketariat ini iaitu mencari semula Tamadun Melayu yang selama ini tidak diketahui oleh sebahagian besar rakyat negara dan dunia. Prof telah dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kami dan meluangkan masa memberi penerangan yang terperinci berkenaan pencapaian setakat ini di Tapak Arkeologi di Sg Batu.

Kami menyedari pada waktu itu, Kedah selama ini menyembunyikan sebuah  khazanah sejarah yang tak ternilai harganya. Kerajaan Kedah Tua yang sudahpun wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi hanya kini dibongkar. Melayu selama ini adalah sebuah bangsa yang pernah mempunyai satu ketamadunan yang sama tinggi dengan ketamadunan bangsa-bangsa lain setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan Babylon.

Ikuti penerangan daripada Prof. Dr. Mokhtar Saidin:-

Berita pemusnahan candi baru-baru ini bukanlah satu  perkara yang membawa hanya unsur  negatif sahaja. Sebaliknya, Alhamdulillah, melalui gembar gembur dan pertikaian dari orang-orang politik sehingga menarik perhatian satu negara, maka Lembah Bujang kembali disebut. Mungkin inilah masanya untuk kita lebih tahu apakah yang ada di Lembah Bujang terutamanya penemuan-penemuan di Sungai Batu yang telah berjaya ditemui tetapi sangat kurang diberi perhatian waima diberi liputan oleh mana-mana pihak.

Segala-galanya bermula atas permintaan Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang  memohon Jabatan Warisan Negara (JWN) membantu melengkapkan data Lembah Bujang. Maka, pada 2007 JWN telah meminta Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), USM memulakan kajian untuk melengkapkan data tersebut. 

Isu utama yang didapati oleh PPAG ialah mengapa yang ditemui sebelum ini oleh pengkaji sebelum 2007 hanya mewakili yang lebih muda daripada penghujung kurun ke-4 Masihi dan kebanyakannya candi Hindu-Budha, padahal semua mengetahui Selat Melaka telah digunakan jauh lebih awal.

Oleh itu PPAG mengambil pendekatan untuk membina semula sekitaran kuno Lembah Bujang untuk mengetahui kedudukan aras laut sekurang-kurangnya pada kurun pertama Masihi. Berdasarkan gambar udara, penginderaan jauh dan bukti penggerudian tanah mendapati pada kurun pertama Masihi laut lebih tinggi daripada aras sekarang yang menyebabkan tapak Sungai Batu lebih hampir dengan laut manakala tapak lain yang ditemui oleh pengkaji awal seperti di Sungai Mas dan Pengkalan Bujang masih berada di bawah air pada ketika itu.

Maka, Prof. Dr, Mokhtar terus ke kawasan Sungai Batu dan menemui banyak bata timbul di permukaan di dalam ladang kelapa sawit dan dipercayai bata-bata ini mewakili budaya pada kurun yang lebih awal daripada kurun ke-4 Masihi. PPAG terus melakukan pemetaan dan berjaya memetakan 97 tapak dalam keluasan sekitar 4km persegi. Perkara ini kemudiannya dimaklumkan kepada JWN.

Pada tahun 2009, Jabatan Warisan Negara membenarkan Universiti Sains Malaysia memulakan kajian dengan geran penyelidikan daripada JWN dan USM.

HASIL PENEMUAN PENTING 

Setelah 5 tahun sehingga ke tarikh ini, sebanyak 46 tapak telah dibuka. Sehingga kini, 46 tapak tersebut telah mendedahkan 4 fungsi, iaitu:

a) ‘ritual’ atau keagamaan 

Ditemui satu monumen yang dasarnya berbentuk bulat (diameter 10.1m), di atasnya dibina senibina empat segi tepat (5.5 X 5.5m) dan di atas sekali ada senibina bulatan kecil (diameter 1.5m). Ianya dibina sepenuhnya daripada bata yang ditarikhkan dengan kaedah OSL tahun 110 Masihi. 

Monumen ini jelas menunjukkan ciri digunakan untuk kepercayaan animisma- iaitu penyembahan alam semulajadi dan dikenali sebagai monumen Sungai Batu. Yang menariknya, tiada satu pun yang sama senibinanya di dunia ini. Ini jelas menunjukkan ianya senibina tempatan dan daripada bandingan senibina yang ada ia jelas menggambarkan senibina melayu.

Menurut Prof. Dr. Mokhtar, berdasarkan tangga naik ke atas bangunan yang berada di selatan tapak maka dijangkakan monumen ini digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada di utaranya. 

Adalah dijangkakan agama Hindu-Budha di Lembah Bujang hanya bermula paling awal pada penghujung kurun ke-4 Masihi. Ini menunjukkan masyarakat Melayu di Lembah Bujang bermula dengan kepercayaan animism kemudiannya Hindu-Budha dan akhirnya Islam.

Pembinaan candi-candi Hindu-Budha di Lembah Bujang adalah bersaiz  sangat kecil berbanding yang terdapat di tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja malah di Selatan India sendiri. Ini menunjukkan candi tersebut mungkin lebih  digunakan hanya oleh pedagang India dan China yang beragama tersebut bersama segelintir masyarakat melayu asal.  

b) Pelabuhan

Setakat ini 8 tapak mendedahkan bukti  jeti tepi sungai yang berlokasi bertentangan antara sama lain di antara sungai selebar 100 meter. Bukti jeti ditunjukkan oleh lokasi kesemuanya di tepi Sungai Batu kuno, mencerun ke arah sungai tersebut dan juga kehadiran senibina lantai jeti, laluan keluar-masuk, dan tangga.

Sungai ini menjadi kecil dan hampir dilihat seakan saliran parit. Di satu lokasi telah ditemui sebahagian kayu kemungkinan daripada sebuah kapal di dalam kolam yang bertakung di antara tengah-tengah lokasi yang ditandai sebagai Sungai Kuno.  


c) Pusat peleburan besi (perusahaan industri berat)

Wujud tapak industri peleburan besi yang telah beroperasi sejak lebih 300 tahun Sebelum Masehi. Bukti peleburan besi ditunjukkan oleh kehadiran bijih besi, sisa besi, tuyere (peniup angin), sisa relau, arang dan abu pembakaran serta jongkong-jongkong besi.

Lokasi yang ditunjukkan mempunyai jutaan jongkong-jongkong besi. Ada yang tertanam dan ada yang timbul dipermukaan tanah. 

d) Pusat pentadbiran

Di bahagian paling ke barat tapak Sungai Batu ditemui 12 tinggalan bangunan yang menunjukkan telah digunakan sebagai bangunan sokongan kepada aktiviti jeti yang juga ianya mungkin sebagai bangunan pentadbiran. Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut memberikan tarikh kurun ke-5 Sebelum Masihi. 


Setakat ini masih banyak lagi yang sedang dikaji. Sebagai contoh, kumpulan arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama pentadbiran perumahan dan juga perkuburan. Prof. Dr. Mokhtar menjangkakan potensinya berada di antara tapak Sungai Batu sekarang sehingga ke puncak Gunung Jerai. Survei dan pemetaan telah, sedang dan akan dijalankan di kawasan tersebut. Dengan berjalan kaki, Prof. Dr. Mokhtar dan kumpulan penyelidik telah menemui lebih 20 tapak baru di kawasan tersebut antaranya kemungkinan sebuah istana lama. 

Buat masa ini, Prof. Dr. Mokhtar menumpukan kepada 97 tapak yang telah dikenalpasti ini dahulu sebelum membuat penyelidikan yang lebih lanjut di kawasan tersebut

PENGESAHAN USIA  BUKTI KETAMADUNAN  SUNGAI BATU

Usia ditentukan dengan kaedah 

a) Radiokarbon- menggunakan sampel organik seperti arang, cengkerang dan sedimen terbakar. Sampel dihantar ke makmal Radiocarbon Beta, di Florida, Amerika Syarikat

b) OSL- menggunakan sampel bata, tuyere. Sampel dihantar ke makmal OSL Korea, Jepun dan Amerika Syarikat.
Kos untuk ujikaji sesuatu pentarikhan usia sangat mahal dan perlu dilakukan oleh badan-badan yang bertauliah dunia bagi menjamin kesahihan analisis untuk tujuan pengikhtirafan di peringkat antarabangsa.

PENANDAAN KAWASAN EKSKAVASI


Bagi yang melawat kawasan kajian ini terdapat 2 bentuk khemah yang menggambarkan status ekskavasi

Jika didirikan khemah kekal besi yang boleh dilaraskan ketinggian khemah menandakan tapak yang dikaji itu adalah telah siap dan disahkan penemuan, direkodkan serta dkenalpasti tapak penting tamadun.

Jika masih berkhemah plastik bermakna tapak itu masih dalam proses kajian.

PERSOALAN TENTANG KETAMADUNAN YANG MULA MENUNJUKKAN DIRI.

Tamadun apakah ini?

Kumpulan Prof. Dr. Mokhtar telah menaiki bot di Sungai Merbok, Sungai Muda hingga ke Jeniang. Hasilnya sangat menarik perhatian seterusnya menimbulkan keinginan yang berkobar dalam diri beliau. Beberapa penemuan yang membuktikan bahawa satu tamadun besar telah ditemui. Dengan sejauh perjalanan, dengan keluasan daripada Merbok sehingga ke Jeniang wujud penemuan-penemuan bahawa satu aktiviti industri berat yang sangat besar dalam tamadun ini meliputi lebih 1000 km persegi 

Di beberapa kampung di Jeniang  seperti di  Kampung Gading, ditemui beberapa  struktur membulat yang di bahagian tengahnya telah ditanam dengan tanaman seperti serai oleh  penduduk kampong.. 

Setelah mendapat izin dari tuan rumah, struktur membulat tersebut   telah diekskavasi  dan didapati terdapat 7 relau yang masih elok tertanam di bawahnya. Orang kampong mengenalinya sebagi gok.

Dua daripada  relau di Jeniang  ini telah dipindahkan ke Sungai Batu untuk dipulihara. 

Relau-relau di Kampung Gading didapati  digunakan bermula pada kurun ke-4 Masihi. 

Di manakah produk siap daripada besi-besi yang telah dilebur?


Kajian tidak menemui banyak produk siap dari besi-besi yang telah dilebur . Ini mencadangkan mereka menghasilkan besi lebur untuk digunakan kemudiannya. Bermakna jutaan jongkong-jongkong besi yang telah dilebur yang terdapat di Sungai Batu mungkin telah dieksport ke luar dari kawasan ini.

Bagaimana aktiviti pengeksportan ini dilakukan tanpa sebarang telekomunikasi yang canggih?

Hanya tamadun yang benar-benar besar dan teguh boleh menjalankan aktiviti industri berat termasuk penghantaran ke negara-negara luar.

Rekod India Selatan seperti di Kerajaan Cangkam yang memerintah daripada 200 Sebelum Masihi hingga 200 Masihi telah menyatakan mereka mengimpot besi hitam  daripada Kataram iaitu satu nama bagi Kedah pada waktu tersebut. Besi yang dibeli ini adalah untuk pembuatan pedang India. 

Juga disebut di dalam rekod Arab, Kalah adalah adalah salah satu negara  yang menghasilkan besi yang terbaik pada zaman tersebut untuk dibuat pedang arab.

Siapakah yang memerintah  Sungai Batu?

Setakat ini belum ada petunjuk yang jelas kerajaan apakah yang ada di Sungai Batu ini? Adalah diharapkan kajian masa depan akan menemukan bukti-bukti siapa mereka. 

KESIMPULAN – KEDAH TUA PADA GAMBARAN PROF. DR. MOKHTAR SAIDIN

Berdasarkan kepada 4 fungsi jelas yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun yang ditemui ini mendedahkan :
a) Pusat peleburan besi 

Wujud aktiviti industri berat dan hebat di mana besi-besi dileburkan dengan menggunakan kepakaran yang tinggi. Kemahiran, ketelitian pembinaan tempat peleburan yang hampir seragam dan berupaya beroperasi selama hampir 2000 tahun bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Besi-besi yang dileburkan pula diperdagangkan sehingga ke arab, China dan India. 

b) Struktur masyarakat
Bukti senibina, jeti pelabuhan, bengkel peleburan besi dan berlakunya pengeksportan besi di Sungai Batu menunjukkan betapa tingginya susunan masyarakat yang terdapat di sini. Mesti ada sistem pentadbiran, pengurusan dan pemerintahan untuk membolehkan tamadun ini berlangsung. Antaranya, mereka memerlukan buruh yang ramai, ahli senibina, ahli geologi, pengurus dan pedagang. 

c) Pemerintahan yang besar dan gagah
Bermakna masyarakat yang wujud pada waktu itu adalah masyarakat yang mahir, pandai berdagang dan berkemahiran tinggi. Jika ada masyarakat seperti ini , secara automatik, kita akan tertanya, siapakah yang mentadbir tamadun ini sehingga mampu menjadi pusat peleburan besi selama 2000 tahun secara berterusan.

PUNCA  KEJATUHAN TAMADUN SUNGAI BATU

Sehingga ke tarikh ini, ada beberapa faktor yang mungkin menjadi punca kepada kemerosotan tamadun di Sungai Batu, antaranya ialah:
a) Perubahan struktur muka bumi dan alam semulajadi.
Sungai yang dahulunya selebar 100 meter semakin cetek setelah ribuan tahun menyebabkan kapal-kapal besar sudah tidak dapat berlabuh di jeti-jeti yang didirikan oleh pemerintah. 

Apabila tidak boleh lalu maka aktiviti perdagangan akan terus terjejas akibat kesukaran mengeluarkan bahan dagangan daripada pusat peleburan. Mungkin timbul masalah untuk membawa muatan yang berat dan banyak melalui jalan darat.

b) Tsunami
Kerajaan Srivijaya musnah akibat bencana Tsunami. Mungkin juga bencana ini adalah salah satu faktor penyebab lenyapnya Tamadun Kedah Tua.

c) Serangan / Politik
Mungkin juga kejatuhan Tamadun Kedah Tua ini disebabkan peperangan yang berlaku atas dasar perluasan empayar bagi tujuan politik, ekonomi dan sosial.

KESIMPULAN – SIAPAKAH SEBENARNYA BANGSA MELAYU?

Bangsa Melayu benar-benar misteri. Tinggalan kehebatan Tamadun Kedah Tua di Sungai Batu semakin lama semakin mengamit hati kita untuk mencari bangsa kita sendiri. 

Bangsa Melayu sudah tentu bukan satu bangsa yang lemah dengan adanya penunjuk-penunjuk kecil tetapi sangat bermakna. 

Beberapa kali kejutan-kejutan dari penemuan-penemuan kecil ini yang sedikit demi sedikit menyingkap rahsia kehebatan Melayu yang selama ini ramai yang di kalangan Melayu itu sendiri telah hilang.

Kita satu ketika dahulu berdagang dan berinteraksi dengan pedagang dari India dan China. Kita membekalkan besi-besi hitam yang cukup tinggi kualitinya. 

2000 tahun kita berupaya menjaga industri peleburan besi dan pengeksportan hasil peleburan ini ke negara luar.

Selama itu tiada tanda-tanda serangan dari pihak lain. Bermakna kita adalah satu bangsa yang kuat.

Sejarah awal dikesan bermula sejak 400 tahun sebelum masehi.

Demografi agama dapat dilihat iaitu bermula dengan Animisme iaitu penyembahan alam sekitar 

Pada lewat kurun ke-4 Masihi, agama Hindu-Budhha   mula berkembang di sini dan akhirnya Islam mula diterima dan berkembang sehingga ke hari ini adalah dengan Islamnya Raja Derbar Syah atau Sultan Muzaffar Syah. Semoga Allah merahmati roh seorang manusia yang menjadi kepala rakyat di negeri ini sehingga mampu menggalakan satu negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Kedah. 

Cuma yang masih belum ditemui adalah perkuburan. Sungai Batu adalah pencetus awal. Siapakah bangsa Melayu. Satu bangsa yang sudah tentu hebat. 

Kajian selama 5 tahun sejak 2009  di kawasan berkeluasan 4 kilometer  persegi, 4 fungsi utama yang boleh diperumpamaan sebagai 4 kekuatan bangsa Melayu telah mula memberi tindakbalas pada warisan yang menjejakinya.

4 fungsi pembuka jalan kepada kegemilangan bangsa yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Tertanam di perut bumi. Diam di situ seperti satu sumpahan atau satu harta yang sangat bernilai tetapi tidak terusik.

Selamat datang kepada kisah kegemilangan bangsamu, wahai Bangsa Melayu.

Bangsa Melayu. Bangsa satu Nusantara. Kamu tidak hilang kerana kami ada sebagai penyambung warisan kehebatanmu. 

ads
Read Full 4 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates