@MukhrizMahathir PROGRAM JOM CARI KEDAH TUA

Ahad, 23 Februari 2014
Program anjuran Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan diadakan bermula pada 28 Feburari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sgn Batu, Merbok, Kedah.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM. Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad. Program ini bermula pada 28 Februari 2014 pada 4 petang dan berakhir pada pagi 2 March 2014.

Pada 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan datang pada jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orangramai di tapak arkeologi tersebut.

Orangramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal 12 tengahari untuk jamuan kenduri kampung juga bertempat di tapak tersebut.

Datanglah beramai-ramai.






ads
Read Full 0 comments

Krisis Anwar, orang Cina

Rabu, 19 Februari 2014
Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

Krisis berterusan hingga 1980-an

 ‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.


Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.
Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana.

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013).

Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993.

Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994.

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang ‘musuh-musuhnya’ dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid (ms 94)

Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam (ms 65).

Sokong Dr M isu hudud

Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal ini. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud.

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya.

Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu.

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks. (ms 61)


ads
Read Full 1 comments

Kenapa Melayu terhegeh-hegeh?

Selasa, 18 Februari 2014
RIDHUAN TEE ABDULLAH

MENGIKUT sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh.

Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.
Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan.

Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri.

Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan.

Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu ‘berbunuhan’ sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan. Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa.

Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa.

Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku?

Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi.
Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang.

Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina.

Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi?

Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut.

Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati.

Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa.

Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi?

Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya.

Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain.

Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka

ads
Read Full 1 comments

Innalillahi wainna ilaihi raajiaaun - Suami kepada YB Datuk Suraya

KedahTimes ingin mengucapakan TAKZIAH kepada YB Datuk Suraya Yaacob dan semua ahli keluarga di atas pemergian suami tersayang beliau pada petang ini 18hb Januari 2014.

KedahTimes berharap semoga YB Datuk bersabar di atas pemergian beliau. Dan doa kita agar arwah suami beliau ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman disisiNya.

KedahTimes mengajak semua membaca surah alfatihah dan disedekahkan kepada arwah.

ads
Read Full 0 comments

Imej Mukhriz yang makin digeruni

Selasa, 11 Februari 2014
MALAM kelmarin bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar berlangsung Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat dengan kehadiran kira-kira 40,000 umat Islam dari seluruh pelosok negeri ini untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihiasi dengan alunan qasidah dan selawat diketuai tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Seggaf usai perarakan peserta pada lewat petang yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tazkirah ulama yang hadir pada majlis ilmu tersebut sangat berharga kepada mereka yang hadir dan begitu juga lantunan qasidah dan selawat yang bergema menjadi pengisian yang sangat bermakna.
Pun begitu di sebalik niat kerajaan negeri Kedah memperbanyakkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat Islam di negeri ini seperti program tersebut masih ada suara-suara sumbang dalam kalangan pemimpin pembangkang menuduhnya sekadar percaturan politik demi meraih sokongan rakyat.

Tanpa segan-silu, ada yang sanggup menggelar Mukhriz dengan pelbagai nama dan apa yang menyedihkan adalah kenyataan seumpama itu keluar dari mulut pemimpin yang mengakui Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Barangkali parti pembangkang hari ini semakin tercabar kerana pelbagai langkah yang sebahagiannya menjadi dasar kerajaan negeri dalam mempertahankan Islam dan umatnya semakin mendapat tempat di hati rakyat termasuk daripada parti lawan.

Apatah lagi, pentadbiran Mukhriz dilihat konsisten dalam memastikan kesejahteraan Islam di negeri ini sekali gus dilihat menggerunkan terutama sekali apabila beliau mampu melaksanakan dasar yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pemerintahan sebelum ini.

Sebagai contoh, pewartaan fatwa anti Syiah yang kelak penggubalan enakmen di bawahnya dan ketegasan kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain dalam kitab mereka, memperlihatkan kesungguhan Mukhriz dalam menjaga kesejahteraan Islam di negeri ini.

Mukhriz juga berani mengambil langkah mengasingkan pendapatan negeri daripada sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam iaitu sesuatu yang julung-julung kali diadakan.

Siapa yang dapat menjangka seorang pemimpin yang dilihat sering tampil dengan imej korporat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini mempunyai sisi lain sebagai seorang pemimpin yang tegar dalam menegakkan syiar Islam.

Nah, ini sebenarnya realiti kepimpinan Mukhriz yang digeruni pemimpin pembangkang negeri ini sekali gus cuba diserongkan dengan pelbagai tohmahan walaupun ketika beliau cuba mengusahakan pelbagai langkah ke arah meningkatkan kerohanian umat Islam negeri ini.

Berbalik kepada program malam tadi, selain bagi memupuk penghayatan dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis seumpama ini seharusnya dilihat sebagai medan penyatuan seluruh umat Islam dan tidak sewajarnya 'diserongkan' hanya kerana penganjurannya diterajui oleh kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh UMNO-BN.

Kebanyakan penduduk negeri ini sebenarnya cukup bersyukur dan gembira dengan penganjuran acara seumpama itu yang memberi peluang kepada mereka beribadah dan menyatakan kecintaan kepada Rasulullah.

Semua memahami bahawa Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak berselawat ke atas Rasulullah seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Mukhriz sendiri menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program Kedah Berselawat sebagai acara tahunan dan niat murni beliau wajar disahut semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Mudah-mudahan, pada ketika pemimpin pembangkang di negeri ini 'bekerja keras' meletakkan pantang-larang pada pentadbiran Mukhriz, beliau tidak melatah dengan membalas perbuatan serong tersebut sebaliknya meneruskan sahaja usahanya kerana akhirnya, rakyat yang akan menilai keikhlasan beliau itu.

ads
Read Full 0 comments

Syaitan sangat Kreatif

Keresahan syaitan-syaitan dikalangan Pembangkang semakin tidak dapat dibendung. Mereka menjadi semakin hari semakin resah sehingga lupa bahawa mereka sebenarnya orang Islam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah SWT.

Malah tindak-tanduk mereka semakin melebihi tindak-tanduk kafir DAP yang sudah tentu tidak beragama Islam. Malah kafir harbi DAP semakin hebat berketawa melihat orang Islam sudah berperangai macam mereka, malah lebih teruk dari mereka.

Jika mereka dari kalangan bukan Islam, KedahTimes boleh terima. Tetapi mereka adalah umat Islam yang bersama sebuah Parti yang menggelarkan parti mereka parti Islam.

Apakah parti itu parti Islam jika ianya dihuni dan disertai oleh mereka-mereka yang bersifat melebihi sifat syaitan DAP?

Memang benarlah peringatan Allah SWT bahawa syaitan tidak pernah duduk diam dalam menguatkan sifat  dengki, benci, bermusuhan dan semua sifat buruknya ditanam dalam hati manusia.

Hari ini kita boleh lihat bagaimana terbakarnya hati mereka apabila melihat kejayaan orang lain. Mereka menghina, mengaib dan mengejek kejayaan orang lain.

Terkini syaitan-syaitan kepanasan yang berada dalam PAS mula mengaibkan DS MB Kedah dengan melakukan pelbagai tohmahan.

Gambar DS MB berjubah bersama rakyat dikatakan sebagai photoshop yang berlatarkan orang ramai. Isteri DS MB juga menjadi sasaran mereka dengan mengaibkan kehidupan harian beliau.

Tapi Allah Maha Berkuasa, segalanya kejahatan dan keburukan mereka akan kembali kepada mereka. InsyaAllah.

Kita doakan agar mereka menyesali perbuatan mereka. Lagipun tanpa mereka sedari yang mereka sekarang ini tidak tidur malam kerana kepanasan dibakar api neraka Allah di atas dunia lagi.

Kepada umat Islam semua, apa lagi yang kita harapkan kepada parti yang dikuasai syaitan-syaitan yang kepanasan ini. Jauhilah mereka dan parti ini!

Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa:
"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya larangan oleh Nabi SAW itu bagaikan benteng kukuh yang didirikan oleh Islam demi menjaga kehormatan dan kebebasan individu Muslim dalam masyarakatnya yang mulia dan unggul. Semua larangan itu adalah sifat buruk yang dilarang oleh Islam.

Kesemuanya dikategorikan dalam golongan sifat-sifat “mazmumah”
(dikeji) mengikut istilah ilmu tasauf dan ahli sufi.

Secara jelas Nabi SAW meminta supaya umatnya menjauhi perbuatan banyak sangka kerana mungkin dalam sangkaan yang banyak tadi
terdapat sangkaan buruk terhadap orang yang sebenarnya baik.


FIRMAN Allah SWT:
49:12
Yang bermaksud:
"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."
(Surah Al-Hujurat: ayat 12)
ads
Read Full 0 comments

Jom beramai-ramai

Semua lapisan rakyat seluruh Malaysiadijemput hadir bersama untuk mendengar maklumat terkini tentang
Tamadun Terawal di Asia Tenggara.

Apakah Tamadun ini milik orang Melayu sepenuhnya?

Marilah kita beramai-ramai mendengar taklimat ini dari pakar-pakar yang membuat kajian terkini mengenai tamadun yang wujud di Sg Batu Lembah Bujang.

ads
Read Full 0 comments

Kilang Arak PAS bekerja 24 Jam

Isnin, 10 Februari 2014
Jika hati sudah diselubungi kehitaman akibat kebencian, hasad dan dengki, maka ketenangan kehidupan tidak dapat dinikmati sepenuhinya.

Yang boleh memberi kepuasan sementara hanya dengan mencipta fitnah-fitnah baru. Itupun hanya sementara kerana esoknya, godaan dan arahan syaitan semakin hebat untuk meningkatkan rasa kebencian, hasad dan dengki itu.

Maka fitnah baru dicipta. Dan seterusnya perkara yang sama berlaku pada hari seterusnya tanpa ada rasa rendah hati dan takut kepada balasan Allah SWT.

Inilah yang berlaku kepada panglima-panglima PAS sekarang. Serban dilipat setebal 5 inci, jubah meleret sehingga ke tumit tetapi hati didalam bagai dalam kegelapan akibat diselabuti kebencian, hasad dan dengki.

Akhirnya, Islam hanya dijadikan topeng tetapi dibelakangnya penuh dengan syaitan yang sedang dibakar api.

Tak habis dengan serangan kepada MB Kedah yang mereka pertikaikan keikhlasannya melaksanakan Muhabbatur Rasul, kita tohmahan baru direka dengan mengaitkan penajaan syarikat judi untuk program tersebut.

Juga satu konsert tertutup yang bakal dianjurkan oleh UEPE Sdn Bhd di dalam kawasan Cinta Sayang Carnival dan dikenakan bayaran yang agak mahal dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Kedah. 

KedahTimes cuma ingin menyatakan yang apakah hak kita untuk menyekat bukan Islam berhibur? Jika mereka anjurkan secara tertutup dan berbayar, apakah hak kita untuk menghalang mereka? Cuma mereka perlu mengikut prosedur dan tatacara yang sudah ditetapkan. Yang KedahTimes pasti sudah diteliti oleh Majlis Tempatan yang meluluskannya.
KedahTimes tidak mahu ungkit perkara-perkara buruk yang dibiarkan berleluasa semasa syaitan kepanasan memerintah dulu. Kelab malam, rumah urut dan pusat hiburan keluarga dibiarkan tumbuh secara berleluasa tanpa ada sekatan. Dan kita kerajaan baru berusaha untuk menutup semua itu.

Tetapi kenapa syaitan yang kepanasan tidak membantu dalam kerja-kerja penutupan ini sebaliknya berleluasa ke sana sini menabur fitnah dan menuduh yang bukan-bukan.

Kejayaan Kerajaan Negeri menyatukan umat Islam disatu majlis menjadi satu petanda baik kepada Ummah. Kita semua ingin Kedah kembali menjadi satu tamadun hebat dari segi fizikal dan spiritual nya. Inilah yang kita semua impikan.

Bukan menjadi sebuah negeri yang sentiasa menganjurkan perpecahan sesama ummah. 

Kita mahu Kedah maju setaraf kemajuan di zaman Nabi Sulaiman dulu.

Apakah kita tidak boleh lakukannya jika kita bersatu atas dasar untuk kemajuan dan satu ummah?

Tapi PAS lebih suka kepada hasutan syaitan, tak kira syaitan yang tidak dapat dilihat atau yang berupa manusia.

Jika inilah belang sebenar PAS, sampai kiamatpun Allah SWT tidak membenarkan mereka menjadi pemerintah.
ads
Read Full 1 comments

Ibarat syaitan dibakar api neraka

Ahad, 9 Februari 2014
Menggelupur ibarat syaitan yang dibakar dengan api neraka. 

Itulah keadaan penyokong-penyokong PAS dari semua peringkat yang dalam hati mereka sentiasa benci dan curiga dengan orang-orang UMNO.

Inilah hasilnya apabila hati sudah hitam dengan sifat hasad dengki.

Allah sedang tunjuk kepada seluruh umat Islam, inilah akibatnya jika sentiasa berkawan dengan syaitan DAP dan musuh Islam PKR. DAP sentiasa menjadi musuh Islam dan akan mengajar kawan-kawannya supaya membenci apa saja berkaitan Islam. PKR pula menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut kepada perkembangan Islam dan
Melayu.

Apabila program maulidur/muhabbatul rasul dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah, satu fenomina baru kebangkitan kesatuan Islam sedang berlaku. Umat islam bersatu hati bersalawat, bersembahyang jemaah dan mendengar tazkirah dibawah satu imam dan bumbung. 

Ini telah menimbulkan kerisauan kepada musuh islam dan mereka melalui PAS mula melempatkan pelbagai tohmahan sebelum dan selepas program.

Bermula dengan menyerang peribadi MB dan mempertikaikan niat program, sehinggalah kepada tuduhan program ditaja syarikat judi dan ketua qasidah adalah sesat kerana mengikut fahaman tertentu.

Semua tuduhan yang dilemparkan, MasyaAllah, diberi petunjuk oleh Allah swt dengan jawapan yang padat dan ringkas.

Apakah ini masih belum menyedarkan mereka? Apakah hati mereka masih dipenuhi hitam berkarat hasad dengki? Apakah mereka masih mahu mengikut musuh-musuh Islam yang terang dan nyata memusuhi Islam?

Tidak hairanlah kita lihat bagaimana menggelupur kepanasan mereka ini ibarat ditimpa lava gunung berapi, malah seteruk syaitan terbakar bila mendengar surah Yaasinn dan Qursi dibaca.

Moha mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Lajak perahu boleh diundur kembali, lajak cakap dan perbuatan padahlah akibatnya.
Read Full 2 comments

Ulama Pas Menafsir Hukum Mengikut Kitab Politik

Sabtu, 8 Februari 2014

Apa jenis ulama yang mengeji dan mengecam bila orang nak buat kebaikan? Sudah dia sendiri tak mahu sokong benda baik, dihasut pula rakyat dengan fitnah yang sengaja dibuat buat.

Tidak ada manusia yang tidak ada  setitik dosa, melainkan Rasulullah SAW yang terpelihara daripada dosa-dosa besar. Tapi itu tidak pernah dijadikan alasan untuk menghalang sesiapampun melakukan kebaikan.
Tetapi pandangan ulama politik pas, walaupun seorang ketua dewan ulama pas jauh menyeleweng dari ajaran Islam, hanya kerana bimbang kebaikan manusia lain akan menjadi saingan kepada perjuangan parti politik ala khawarij mereka.

Inilah pandangan-pandangan yang membuatkan kaum kafir melampau sehingga menghina Islam, kerana mereka dapat melihat hukum agama boleh diputar belitkan mengikut selera politik

Kita menyeru ulama pas agar berhukum dengan Alquran, dan bukan berdasarkan kitab politik.

ads
Read Full 1 comments

Ustaz PAS tidak tau Hukum

Jumaat, 7 Februari 2014
KedahTimes ingin menjawab secara ringkas apa yang KedahTimes boleh katakan tuduhan melulu seorang yang digelar Ustaz. Malah beliau melebihi Allah SWT dalam menghukum keihlasan orang lain dalam apa saja aktiviti atau program yang dilaksanakan.

Malah dalam hal MB Kedah ini, beliau seolah-olah boleh membaca isi hati MB. Beliau boleh menghukum keihlasan MB dalam melaksanakan program Muhabatul Rasul. Inilah kehebatan ustaz PAS.

Malah jika nak ikut perangai Ustaz ini, KedahTimes boleh hukum dia juga. Ustaz ini jeles dan sentiasa tidak senang hati dengan pendekatan Kerajaan BN dengan Islam. Beliau takut dengan kerajaan pimpinan DSMM kerana takut kehilangan pengaruh politik. Dan ustaz PAS ini sebenarnya bukan bercakap tentang Islam tetapi lebih kepada politik.

KedahTimes nak tambah sikit lagi.

Program ini adalah bertujuan untuk mengingati Rasul kita. Tidak boleh kah kita umat Islam berhimpun mengingati baginda? Tidak bolehkah beramai-ramai bersalawat mengingati baginda?

Program ini dipenuhi dengan suasana Islam. Ada program Tazkirah ilmu oleh Dato Mufti. Ada program ceramah Ilmu oleh Ustaz Kazim.

Untuk pengetahuan Ustaz, jika beliau jahil tentang hukum, KedahTimes nak beritahu yang adalah fardu kifayah mengadakan program ilmu seperti tazkirah oleh Dato Mufti dan ceramah Ustaz Kazim. Dan fardu Ain untuk setiap umat Islam memperlajari ilmu agama.

Apakah majlis yang penuh dengan ilmu ini bukan menjadi fardu kifayah untuk dilaksanakan? Apakah bukan menjadi fardu Ain kepada umat Islam untuk hadir dan mendengar ceramah dan tazkirah agama?

Jikapun kita kena paksa orang Islam belajar ilmu agama kerana hukumnya fardu ain ke atas diri mereka, bagi KedahTimes ianya bukanlah menjadi kesalahan. Mengajak orang Islam mendalami ilmu agama, apakah menjadi kesalahan?

Semua ini kerana Ustaz lebih takut orang Islam berilmu, kerana dengan ilmu yang sebenar PAS tidak boleh menipu mereka. Selama ini PAS memutarbelitkan Islam demi politik kotor mereka.

Menjadi ketakutan PAS apabila umat Islam mengetahui tentang penyelewengan PAS. Menjadi ketakutan PAS apabila orang Islam berilmu dan bersatu.

Kerana kekuatan PAS adalah diatas kecetekan ilmu ahlinya serta penipuan agamanya.

MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau. 

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut. 

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.


ads
Read Full 3 comments

MAHABBATUL RASUL 2014 - 8 FEBRUARI - STADIUM DARULAMAN

SELURUH RAKYAT KEDAH DIJEMPUT BERSAMA-SAMA KE STADIUM DARULAMAN BESOK PETANG
ads
Read Full 0 comments

Pas luluskan lesen balak @MahfuzOmar

Rabu, 5 Februari 2014
Jika Mahfuz masih don sangat, ini adalah fakta sebenar dari pihak Jabatan Hutan. 

Kelulusan konsesi dibuat dahulu sebelum lesen membalak dikeluarkan. Ini disebabkan banyak faktor diambil kira termasuk proses 'tagging' pokok-pokok yang boleh ditebang.

Kita lehat siapa sebenarnya yang meluluskan tender pemberian balak. Bukan kah diera pemerintahan PAS dulu?

Ataupun Mahfuz meroyan kerana sudah tidak boleh lagi menikmati hasil balak yang ditebang secara cuci mangku?

ALOR SETAR - Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.



Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat belak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.


ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates