Universiti Antarabangsa Bukhary

Selasa, 25 Mac 2014
KedahTimes berharap apa yang ditulis ini hanyalah khabar angin. 

KedahTimes ingin melihat AIU menjadi sebuah universiti contoh terbaik yang memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak mampu. Malah KedahTimes amat berharap agar AIU menjadi pemangkin kepada Bilionaire lain untuk menyediakan prasarana seperti untuk umat Islam seluruh dunia.

Jika pun benar ada masalah, harapa ianya dapat diselesaikan. Mungkin AIU boleh membuat program berkembar dengan Universiti lain yang telah berjaya.

Jika AIU ditutup, maka gelak besarlah musuh-musuh Islam yang selama ini irihati dengan kejayaan Syed Mokhtar Al Bukhary yang berjaya dalam perniagaan dan tanggungjawab sosial beliau kepada bangsa, agama dan negara.

Teruskan AIU menjadi universiti untuk umat Islam.

 AIU akan ditutup Jun ini?

ALOR SETAR 8 Feb. - Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang penubuhannya ditaja oleh Yayasan Albukhary di sini mungkin ditutup Jun ini ekoran masalah dalaman yang dihadapinya.

Sumber universiti itu memberitahu, satu perjumpaan telah diadakan pada minggu lalu di antara wakil kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan warga universiti berkenaan termasuk para pensyarah dan mahasiswanya.

“Pada perjumpaan itu, kami diberitahu AIU akan ditutup dalam tempoh cuti semester iaitu pada Jun ini. Kebanyakan kami terkejut dengan pengumuman tersebut walaupun ramai yang mengetahui tentang masalah di bahagian pentadbiran universiti.

“Apa masalahnya tidak boleh saya dedahkan tetapi difahamkan Syed Mokhtar sendiri berasa kesal kerana terlalu mempercayai pihak lain sehingga menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, dalam pertemuan tersebut, wakil Syed Mokhtar yang bergelar ‘Datuk’ memberi alasan penutupan itu perlu dilakukan dan memberi alasan penstrukturan semula pentadbiran universiti.

Sumber itu bagaimanapun menolak kemungkinan AIU terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan.

“Perkara itu tidak timbul kerana kami diberitahu universiti itu akan dibuka semula tetapi bukan dalam masa terdekat. Syed Mokhtar juga difahamkan akan lebih memberi perhatian kepada AIU yang baharu nanti kerana tidak mahu kejadian sama berulang,’’ ujarnya.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

Ditanya mengenai nasib para pensyarah dan penuntut di situ, beliau memberitahu, mereka tidak perlu bimbang kerana akan dipindahkan ke universiti-universiti lain termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa universiti swasta.
ads
Read Full 2 comments

Kedah Aman Makmur

Dalam kita sibuk dengan berita terkini kehilangan Pesawat MH370, kita lupa bahawa BN telah memerintah Kedah hampir setahun.

MCA telah menerima tawaran Kerajaan pimpinan UMNO untuk jawatan exco.  Kita harapkan supaya segala urusan negeri akan berjalan dengan lebih lancar dengan adanya exco baru ini kerana sekurang-kurangnya yang menanggung tugas akan kurang bebanan kerjanya.

Pelbagai initiatif yang diperkenalkan oleh YAB DSMM untuk membawa Kedah menjadi sebuah negeri yang maju, aman dan makmur. Maju dari segala segi ... fizikal dan rohani.

Mungkin selepas cukup setahun, YAB DSMM patut melihat kembali pencapaian yang telah dikecapi. Mungkin untuk lebih ekstrem, YAB DSMM perlu melihat kepada KPI setiap exco dan ADUN yang dilantik.

Ini untuk memastikan yang mereka berada pada tahap tertinggi dalam membawa Kedah ke era baru. Sesungguhnya mereka dipilih oleh rakyat dan apa yang mereka fikirkan atau laksanakan mestilah kembali manafaatnya kepada rakyat.

Kewibawaan YAB DSMM telah terserlah. Pelbagai idea dan perancangan baru diwujudkan. Cuma kita masih melihat sejauh mana exco-exco mampu bergerak secara satu pasukan dalam merealisasikan agenda YAB DSMM.

Harapan KedahTimes, Kedah akan berada sama tinggi dengan negeri-negeri maju yang lain di Malaysia dibawah teraju YAB DSMM.

ads
Read Full 0 comments

PR1MA di DUN Sidam.

Isnin, 10 Mac 2014
Semalam KedahTimes memaparkan beberapa soalan tentang PR1MA yang baru dilancarkan di DUN Sidam. KedahTimes dan mungkin ramai lagi pembaca yang menanti jawapan dari mereka yang berkaitan.

Dan hari ini KedahTimes dapat satu 'screen capture' berkaitan dengan projek tersebut. Malah lebih hebat lagi meminta Perdana Menteri melakukan siasatan ke atas projek itu.

Perdebatan juga hangat berlaku diruang maya. Ianya berkisar kepada siapa si Kitol, siapa penjual tanah, siapa pemaju dan siapa penjual rumah yang bakal siap kelak.


Ramai mengatakan semuanya dikawal oleh satu syarikat sahaja. Syarikat A yang menjual tapak, syarikat A dipilih menjadi pemaju dan Syarikat A juga dipilih untuk menjual rumah-rumah PRIMA tersebut. Semuanya A.

Apa dah jadi? Jika apa yang diperkatakan ini benar? Siapa si Kitol dan siapa yang membuat duit yang banyak ni? Malah soalan paling besar ialah kenapa di DUN Sidam yang rata-ratanya penyokong tegar PR.

Soalan ini mungkin terjawab jika apa yang diminta oleh pemilik Wall FB ini dijawab oleh Perdana Menteri atau pihak berkaitan.

Nota : KedahTimes petik apa yang dibawa dalam Facebook.

ads
Read Full 0 comments

PR1MA Di DUN Sidam, Parlimen Sg Petani

Ahad, 9 Mac 2014
Pelancaran perumahan PRIMA pertama di Kedah bakal di laksanakan di Jalan Sidam Kiri, Sg Petani. Rumah gaya bandar dengan harga yang mampu dilancarkan oleh Perdana Menteri di DUN Sidam, Parlimen Sg Petani baru-baru ini.

Jalan Sidam Kiri terletak dalam kawasan DUN Sidam dan Parlimen Sg Petani, kawasan yang BN kalah (parlimen dan DUN) pada PRU lalu. Tetapi menariknya projek itu dilaksanakan di sini.

Menarik!  Beberapa soalan perlu PRIMA dan pihak berkaitan JAWAB:

1. Kenapa dilaksakan di Jalan Sidam Kiri (DUN Sidam & Parlimen Sg Petani) yang bukan dibawah BN?
2. Tapak untuk projek itu asalnya milik SIAPA yang dibeli oleh PRIMA?
3. Siapa pemaju yang PRIMA lantik untuk projek tersebut?
4. Siapa yang dilantik untuk menjual rumah-rumah yang bakal dimajukan itu?
5. Siapa Tokei besar dibelakang projek tersebut?
6. Siapa yang UNTUNG besar?
7. Apakah pihak Kerajaan Negeri diberitahu lebih awal tentang perancangan PRIMA di Jln Sidam Kiri ini? 

KedahTimes bukan tidak setuju PRIMA dilaksanakan di Kedah tetapi banyak hanky panky nampaknya yang berlaku dalam projek PRIMA pertama ini.

Semoga ada jawapan supaya kita semua boleh selesaikan dengan baik.

"Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500."

SUNGAI PETANI 2 Mac - Penduduk di beberapa daerah kawasan ini menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pertama negeri ini dengan membina 2,700 unit rumah di Kuala Muda dekat sini tidak lama lagi.

Mereka menyifatkan ini tindakan wajar dan perlu diteruskan kerana dapat memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Seorang suri rumah, Nor Hafishah Md. Nor, 31, dari Kampung Setar, Yan berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli rumah yang bakal dibina oleh pihak berkenaan kawasan tersebut.

"Saya berharap dapat membeli sebuah daripadanya, kalau tidak dapat beli terpaksalah menyewa rumah lagi," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melakukan upacara pecah tanah pembinaan projek perumahan itu di Bandar Utama Jalan Sidam Kiri di sini.

S. Thamothran, 40, dari Taman Keladi dekat sini pula berkata, sebagai seorang pekerja kilang dengan pendapatan RM1,400 di Bakar Arang di sini, dia perlu diberi peluang untuk mendapatkan sebuah rumah baharu di kawasan berkenaan.

"Saya juga perlu memiliki rumah sendiri, kerajaan perlu menolong orang susah terlebih dulu, bila dapat memiliki sebuah rumah tentulah seronok kerana tidak payah lagi tinggal di rumah sewa," katanya.

Teoh Chee Seng, 31, dari Taman Ria Jaya pula berkata, untuk membeli sebuah rumah yang mahal dia tidak mampu terutama dengan peningkatan harga rumah sekarang.

"Saya baru sahaja berkahwin, perancangan perlu dibuat dari sekarang iaitu untuk memiliki rumah sendiri, lagi pun projek ini dijangka siap pada September 2016 nanti," katanya.

Zamri Bahari, 37, dari Kampung Masjid Tikam Batu memberitahu, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membeli sebuah rumah projek PR1MA di Jalan Sidam di sini.

"Saya membuat pendaftaran secara online untuk membeli rumah itu, bila ada rumah sendiri tidak payah sewa lagi rumah di Tikam Batu," katanya

ads
Read Full 0 comments

Apabila Kaduk Naik Junjung

KedahTimes sentuh sedikit tentang sikap Setiausaha Bahagian Merbok yang buat acuh tidak acuh diatas permintaan sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua untuk pihak UMNO bahagian membuat panggilan kepada ketua-ketua masyarakat yang berada dibawah jurisdikasinya ke program.

Akhirnya ramai ketua-ketua masyarakat tidak hadir kerana tidak diberitahu. Inilah sikap segelintir pemimpin bahagian UMNO yang merasakan mereka sangat berkuasa sehingga boleh lakukan apa saja. Hatta program yang dihadiri oleh Dato' Seri MB sendiri.

Sikap sebegini bakal merosakkan imej UMNO itu sendiri. Malah sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin sebegini bakal membuat rakyat lebih membenci UMNO.

Apabila KedahTimes membuat sedikit siasatan tentang bahagian Merbok ini, maka barulah nampak sebenarnya siapa yang berada dalam saf pimpinan UMNO bahagian Merbok.

KedahTimes masih tidak lupa apabila Ketua Bahagian Merbok dan sekarang ADUN Tanjong Dawai jugalah yang menyarankan supaya Tun Mahathir meletak semua jawatan yang dipegang dalam kerajaan ketika berucap di PAU.

Jadi apa nak diherankan jika perasaan tersebut masih wujud dalam hati beliau dan kini disalurkan kepada AJK Bahagian beliau.

Contoh terbaik, lihatlah bagaimana kata-kata seorang Setiausha Bahagian yang terang menunjukkan kebencian dan kemarahan beliau dan JK yang lain-lain terhadap Tun Mahathir.

Kemungkinan perasaan tersebut kini dibawa kepada ketidaksukaan kepada Dato Seri MB pula. Maka program seperti Jom Cari Kedah Tua yang berlangsung di sg Batu, Merbok menjadi bukti kepada ketidaksukaan mereka itu.

Lihat bagaimana seorang yang berjawatan Setiausaha Bahagian, Romli Karim boleh mengeluarkan kata-kata yang terang-terang menunjukkan sikap ketidaksukaan beliau kepada seorang Negarawan. Ini membuktikan itu semua.

Tun tidak nafikan yang beliau juga ada membuat kesilapan. Itu adalah lumrah manusia yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kita patut jadikan itu satu teladan dan sempadan. Bukannya meletakkan ketidakupayaan kita menguruskan parti sekarang ini di atas kesilapan lampau.

Minta Tun Mahathir letak
jawatan dalam Kerajaan
Bagi KedahTimes, ini menunjukkan KEGAGALAN Saudara Karim Romli menguruskan dan mentadbir UMNO bahagian, malah ianya sudah menjadi kegagalan Ketua Bahagian mentadbir Bahagian tersebut.

Kegagalan Karim Romli dalam memberi kerjasama dengan Sekretariat Program tersebut membuktikan apa yang diperkatakan dalam grup mereka ini. Mungkin ini sebagai satu tindakbalas beliau dan kumpulannya dek kerana ketidaksukaan mereka kepada Tun Mahathir.

 Dan seperti yang KedahTimes katakan sebelum ini yang KedahTimes sentiasa memerhati pemimpin-pemimpin yang dilantik ini. Segala salah laku mereka akan ditegur.
SU Bahagian Merbok

Dalam kes Setiausaha Bahagian ini, KedahTimes pesan, anda dilantik untuk mentadbir UMNO Merbok, maka laksanakan tugas yang diamanahkan anda dengan ikhlas dan jujur. Jangan jadi Kaduk Naik Junjung. Jangan jadikan jawatan ini tempat untuk melepaskan geram, membalas dendam serta mencari kekayaan dan sebagainya.

Amanah ini Allah akan tanya di akhirat kelak.

Dan KedahTimes akan terus menulis tentang bahagian ini jika ianya beterusan sebegini. Ingat KedahTimes berada dimana-mana.

ads
Read Full 0 comments

Apabila Program 'AWARENESS' disalahertikan

Rabu, 5 Mac 2014
KedahTimes telah berpeluang untuk menyertai program Jom Cari Kedah Tua pada 28 Februari 2014  hingga 2 March 2014 yang lalu di Tapak Arkeologi Sg  Batu Merbuk.

Teruja dengan penemuan PPAG (Pusat Penyelidikan Arkeologi Global) USM, KedahTimes memilih untuk bersama mencari Kedah Tua. Ianya disertai oleh pelajar-pelajar UITM Merbuk, pengamal Media seperti TV3, RTM, NST, BH, Sinar, RakyatPost, Utusan  dan NGO dan beberapa blogger bukan politik.

Program mendedahkan peserta dengan cara-cara ekskavasi mencari artifak lama di tapak yang dibuka khas oleh Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin iaitu tapak ke 47.

Kehadiran pengamal media dan pelajar amat mengkagumkan. Tetapi menyedihkan ialah kehadiran penduduk sekitar dan juga pemimpin masyarakat kurang menyerlah untuk bersama-sama merasai kerja-kerja arkeologi.

Alhamdulillah, kehadiran untuk acara penutup ramai yang datang. Itupun mungkin disebabkan kehadiran Dato Seri MB Kedah merasmikan acara penutup program.

KedahTimes dalam kegembiraan dengan penemuan Tamadun Hebat yang mana peleburan besi sudah dijadikan industri besar pada waktu itu, juga amat sedih dengan sikap pemimpin-pemimpin besar politik tempatak terutama di Merbuk.

Pemimpin UMNO terutama di Merbuk ibarat pemimpin-pemimpin BESAR yang merasakan penemuan ini ibarat satu perkara enteng yang tidak perlu diambil peduli atau dihebahkan kepada rakyat terutama orang Melayu.

Malah pertolongan untuk menjemput semua kalangan masyarakat di sekitar juga tidak dilayan. Malah dipandang enteng oleh mereka.

Penemuan ini bakal menyedarkan bangsa Melayu akan jatidiri mereka. 2400 tahun dahulum bangsa Melayu sudah mempunyai teknologi tinggi melebur besi. Apakah kita tidak merasa bangga kerana bangsa kita telah  memiliki teknologi tinggi satu masa dulu?

Tetapi dek kerana mainan politik mereka setiap detik dan hari, program ini dijadikan sebagai program politik mereka. Ianya tidak perlu disokong atau dibantu.

KedahTimes diberitahu yang Setiausaha Bahagian Merbuk telah diberitahu awal untuk membantu menjemput semua lapisan ahli UMNO di Merbuk tetapi beliau mungkin kerana terlalu berpangkat besar dan tinggi tidak melakukan sebarang jemputan.

KedahTimes beranggapan yang program ini adalah satu program untuk memberi kesedaran tentang betapa hebatnya bangsa kita satu masa dulu dan ini membolehkan kita meningkatkan JATIDIRI kita sebagai satu bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Tetapi Setiausaha Bahagian Merbuk lebih melihat kepada aspek Politik kepartian dalam UMNO sendiri. Dia lebih mementingkan kuasa politik dan popularitinya dari Bangsanya sendiri.

Amat malanglah Merbuk mempunyai seorang Setiausaha sebegini. JATIDIRI bangsa Melayu diketepikan dek kerana politik sendiri.

Sungguh malang!

ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates