Kalimah Allah vs Sekolah Integrasi

Khamis, 26 Jun 2014
Menarik apabila puak Kristian terutama dari keturunan Cina dan India begitu beriya-iya untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Bible atau penulisan mereka.

Menarik juga apabila dalam masa yang sama mereka memilih untuk mempertahankan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina mereka yang tidakpuna mengutamakan Bahasa Melayu.

Hipokrit jenis apakah ini?  Mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina tetapi dalam masa yang sama berhempas puas berjuang untuk hanya memiliki kalimah Allah, hak milik ekslusif orang Islam.

Tahap kehipokritan puak-puak Kristian India dan Cina semakin terlihat dan terdedah. Mereka mengutamakan hak mereka dari hak bangsa atau agama lain. Mereka tidak mahu memberi sebaliknya hanya meminta hak orang lain. Mereka ibarat Zionist yang saban hari merampas hak-hak rakyat Palestin.

Kini hak orang Melayu dan Islam sedang sedikit demi sedikit mereka cuba rampas. Mereka sudah tidak takut lagi kepada majoriti kerana majoriti berpecah belah dek kerana fahaman politik yang berlainan; bukan dek kerana akidah yang berlainan.

Sekolah Jenis Kebangsaan CIna dan Tamil mereka pertahan dengan pelbagai alasan, malah diminta peruntukkan untuk mempertahankan budaya bangsa mereka; tetapi dalam masa yang sama mereka ingin hapuskan agama dan budaya orang Melayu. 

Mereka merasakan yang mereka terancam tetapi sebenarnya mereka mengancam bangsa Melayu dan Islam.

Kepada pengikut UMNO dan PAS, rayuan KedahTimes agar bersatulah dalam menghadapi musuh akhir zaman yang saban hari memperalatkan orang Melayu dan Islam dalam mencapai cita-cita mereka.

BERSATULAH!

ads
Read Full 0 comments

Kenapa Kalimah Allah sahaja?

Rabu, 25 Jun 2014
Dari awal lagi KedahTimes mengesyaki yang tujuan The Herald dan Kristian untuk memperolehi kebenaran menggunakan Kalimah Allah dalam bible atau apa saja penulisan mereka adalah untuk memesongkan AKIDAH umat Islam.

Bukan kerana Allah itu Esa, bukan kerana Allah itu Satu, bukan kerana Allah itu tidak Beranak, bukan kerana Allah tidak mempunyai anak. Sebaliknya kerana sudah tiada jalan lain lagi untuk menyesatkan umat Islam melainkan dengan menggunakan kalimah Allah ini untuk menyekutukan Allah. 

Jika umat Islam terima maksud Allah versi Kristian, maka secara otomatik, mereka menjadi murtad. Itu saja matlamat Kristian yang disebut dan diperingatkan dalam Quran yang mereka ini tidak akan berhenti untuk menyesatkan umat Islam.


Malah hari ini kita lihat ada orang Islam bersetuju membenarkan Kalimah Allah digunakan Kristian dan mereka berjuang bersama Kristian ini. Apakah mereka sudah murtad? Wallahuaa'lam.

KedahTimes menyeru semua umat Islam, bangkitkan mempertahankan hak kita orang Melayu dan Islam. Jangan biarkan mereka bebas melakukan apa saja dan mencemarkan kesucian Islam. 

Walaupun kalimah Allah tidak lagi dibenarkan digunakan oleh The Herald, tetapi nampaknya mereka memusing keputusan mahkamah dengan mengatakan hanya the Herald sahaja tidak boleh menggunakannya. Sebaliknya yang lain selain the Herald boleh menggunakannya. Inilah putarbelit Jeneral-jeneral Dajjal yang sudah tiba.

Soalan KedahTimes, kenapa mereka tidak memohon untuk menjadikan Nabi Muhammad sebagai Nabi mereka? Ataupun mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai nabi seluruh umat?

Mereka hanya memilih sesuatu tindakan yang bagi mereka bakal boleh memesongkan akidah umat Islam. Itulah matlamat sebenar mereka.

Marilah kita umat Islam bersatu padu memerangi mereka.

ads
Read Full 0 comments

World Cup, Politik dan Blog

Rabu, 18 Jun 2014
Selepas beberapa perlawanan World Cup berlalu, KedahTimes hanya menonton satu perlawanan iaitu Jerman vs Portugal dimana Muller adalah pemain pertama melakukan hatrick.

KedahTimes peminat setia Brazil, German dan Perancis. Brazil kerana skil dan sambanya; German kerana teamwork dan kekuatan mentalnya; Perancis entah kenapa KedahTimes meminatinya, mungkin kerana pernah melahirkan pemain beragama Islam yang hebat.

Dalam hal ini KedahTimes sama sekali amat tidak setuju sama sekali ASTRO memonopoli semua siaran langsung perlawanan. Bukalah peluang kepada penyiar lain untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan piala dunia, Jangan tonjolkan sikap MONOPOLI Astro.

Semasa berlangsung Piala Dunia, politik Malaysia agak senyap. Walaupun di dewan rakyat dua MP pakatan rakyat dihambat keluar dewan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat kerana melanggari tatasusila dewan, malah kurang ajar kepada ahli dewan.

Dalam pada keseronokan Piala Dunia, KedahTimes sempat 'browse' beberapa blog politik yang terkenal. Tiada banyak cerita yang menarik perhatian.

Menariknya KedahTimes terjumpa beberapa blog baru yang hebat memperkatakan tentang Kedah dan politiknya. Untuk menjawab apa yang diperkatakan mereka, KedahTimes akan tulis dilain siaran.

Blog GherekBughok bercerita tentang impak  Projek Mega dan Ekonomi setempat. Satu analisis menarik juga untuk dibaca dan dijawab. Ianya bercakap tentang Kedah secara am.

Blog ini pula bercerita tentang cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Kedah. Blog fokus kepada pembaziran yang bakal berlaku jika lapangan terbang ini dibina dengan menghabiskan berbilion duit pembayar cukai. Nanti KedahTimes jawab jika ada masa. Nama blogpun Berjuang menentang Kezaliman.

Seterusnya terjumpa blog Hero Tamil, Drebar Mesin Padi yang sudah menyiarkan beberapa artikel MPK yang mengamuk menyaman mereka yang tak bayar caj parking. Selain itu blog ini juga menulis tentang MADA dan hasil padi yang berkurangan.

Hermm nampak macam banyak isu yang perlu dijawab ni. InsyaAllah, KedahTimes akan ulas dan jawab bila ada fakta dan masa kelak.

ads
Read Full 0 comments

Bersederhana adalah tuntutan Islam

Ahad, 15 Jun 2014
Dalam Islam, kesederhanaan amatlah ditekankan.

Bila makan, kita perlu makan secara bersederhana, bukan makan kedarah.

Bila berbelanja, kita digalakkan berbelanja secara berhemah. Bukan berbelanja ikut nafsu.
Bila membeli juadah berbuka puasa dan semasa berbuka, kita digalakkan berbuka secara sederhana. Bukan mengikut nafsu amarah kelaparan.

Dalam semua aspek, Islam menyuruh kita melakukan secara sederhana kecuali dalam ibadah-ibadah khusus. 

Contohnya, bersembahyang yang mana disuruh kita melakukan dengan secara yang terbaik. Bacaan, perbuatan dan kekusyukan sewaktu bersembahyang. Malah disuruh kita melakukan sembahyang-sembahyang sunat yang lain sebanyak mungkin demi untuk bekalan kita di akhirat kelak.
Jika berpuasa, kita perlulah berpuasa sepenuhhati. Bukan hanya berpuasa dengan berhenti makan dan minum sahaja, tetapi disuruh mulut, mata, telinga, kaki, tangan dan semua anggota tubuh badan termasuk hati berpuasa. 

Sebaliknya jika kita berpolitik, amat molek jika sikap keserdehanaan dipraktikkan. Ini dapat mengelakkan dari perpecahan, kebencian, serta dendam mendedami antara satu sama lain. 

Keserdehanaan ini boleh membawa kebaikan yang amat besar kepada ummah Islam dalam meneruskan menegakkan agama, bangsa dan negara.
Sebaliknya jika kita terlalu ekstrem dalam berpolitik, maka kita boleh lihat apa yang berlaku diantara PAS, UMNO dan PKR. Masing-masing dengan sifat kebencian, kemarahan dan egonya tersendiri. Umat Islam juga berpecah belah.

Begitu juga dalam menyanjungi atau memuja seseorang pemimpin. Kita perlulah berserdehana. Kalau kita terlalu ekstrem dalam memuji atau memuja, KedahTimes boleh rasakan yang banyak buruknya bakal menjelma.

Marilah kita berserdahana dalam semua tindakan kita! Kecuali ibadat-ibadat khusus yang disuruh agama.

ads
Read Full 0 comments

Apabila Parti melebihi Kepercayaan

PRK Teluk Intan mengajar kita satu perkara yang tidak pernah terjadi sebelum ini. 

Jika dulu, bagi yang beragama Islam, Islam adalah keutamaan dan sentiasa berada di atas. Tetapi kini, Islam sudah diletakkan entah dikedudukan nombor berapa tetapi sudah pasti bukan ditempat atas atau nombor satu.

Yang diutamakan ialah parti dan pandangan parti.
Inilah yang terjadi kepada calon DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam di PRK Teluk Intan yang lalu. Dan KedahTimes merasakan yang ianya akan berlaku lagi dimasa hadapan jika berlaku PRK kepada calon beragaman Islam dari DAP dan PKR waima PAS yang begitu sayang kepada DAP dan PKR.

Mereka bakal mengisytihar yang mereka akan mengutamakan agenda atau keutamaan parti melebihi agenda negera, bangsa atau agama.

Dari segi hukum agama, kedahtimes kurang pasti. Alim Ulama perlu beri pendapat. 

Apakah hukumnya seseorang Islam mendahulukan kehendak parti dan mengenepikan kehendak Islam dalam sesuatu isu yang khusus dan penting. Contoh terbaik ialah hukum Hudud seperti yang diutarakan oleh calon DAP di PRK Teluk Intan.

Apakah hanya berdosa atau jatuh syirik/kufur jika menolak terus hukum Islam kerana mengutamakan kehendak parti?
KedahTimes menyaran agar PAS keluarkan Fatwanya dalam hal ini. Kalau dulu ahli UMNO yang tidak menolak hudud dikata kafir, kini dimana PAS dan dimana fatwa PAS bagi sahabatnya yang sudah terang menolak hukum Hudud sebaliknya mengikut kehendak parti menjadikan negara ini sebuah negara sekular.

Dalam hal calon DAP PRK Teluk Intan, Kedahtimes menganggap PAS sudah double standard malah boleh dikatakan munafik kerana tidak bertegas apabila calon pilihan mereka menolak hudud.

Munafik!


ads
Read Full 1 comments

Hak Asasi Kepala Hotak Hangpa

Selasa, 10 Jun 2014
KedahTimes dah hampir hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman  negara ini yang sekarang ini nampaknya dikuasai oleh segelintir pengamal undang-undang yang merasakan diri mereka hebat dan kebal dari segalanya.

Walhal pengamal-pengamal undang-undang ini yang kebanyakkan bukan Melayu bebas berada dan hidup di negara ini adalah atas ehsan orang-orang Melayu. Mereka diberi kebebasan menjadi peguam serta mencari makan atas kebolehan mereka berhujah dan sebagainya.


Tetapi kini mereka sudah menjadi kadok naik junjung. Orang lain sudah tiada hak asasi. Hak asasi hanya terpakai kepada puak-puak mereka sahaja.


Menjadi hak mutlak mereka menfitnah orang lain, tetapi adalah bodoh atau melanggar hak asasi mereka apabila mereka kena saman kerana perbuatan terkutuk mereka terhadap orang lain.

Hak asasi KEPALA BAPAK apakah ini?  

Kepada mereka-mereka ini, KedahTimes sarankan supaya pergilah ke Negera lain yang sudi menerima anda. Pergilah cari negara yang hak asasi anda saja dijaga, hak asasi orang lain pergi mampos.

Juga KedahTimes ingin nyatakan bahawa kesabaran orang yang memberi ehsan juga ada batasannya.

Jangan cakap tentang hanya hak asasi anda apabila hak asasi orang lain anda ketepikan. Jangan terkejut jika yang memberi ehsan melaksanakan hak! 


ads
Read Full 0 comments

Permainan Racist Mereka

Ahad, 8 Jun 2014
KedahTimes memanjangkan apa yang terpapar dalam versi online JOBSTREET.com.

KedahTimes tidak pasti samada sengaja dilakukan sebegini oleh samada Jobstreet atau Leader Cable.

Iklan asal dalam Jobstreet
Tetapi ini benar-benar menunjukkan permainan kotor rasis oleh mereka-mereka yang ingin melukakan hati orang Melayu.

Jika ini perbuatan RBA, ianya adalah ingin melukakan hati orang Melayu supaya membenci Leader Cable.

Jika ini sengaja dilakukan JobStreet, ianya mungkin bermotif sama dengan RBA.

Tetapi jika ini dilakukan oleh Leader Cable, ianya memang menampakkan syarikat ini adalah sebuah syarikat rasis walaupun diketuai oleh seorang Melayu tapi mungkin pengurusan pertengahan adalah mereka yang bukan Melayu.
Dibuang selepas ada ditegur

Jika 70% pekerja adalah orang Melayu, KedahTimes rasakan yang melayu hanya ramai di Production line berbanding diperingkat pengurusan dan professional.

Sebab itulah mereka tidak hairan apabila meletakkan iklan yang sebenar-benarnya menonjolkan sifat rasis mereka.

Jika sembahyang Jumaat dijadikan alasan untuk mengambil seorang bukan Melayu untuk bekerja waktu sembahyang Jumaat, KedahTimes rasa itu adalah alasan orang BODOH. Kerana jurutera Perempuan Melayu tidak diwajibkan sembahyang Jumaat.

Pesanan KedahTimes, ikhlaslah kita dalam segala segi. Jangan kita masih menganggap orang Melayu terlalu bodoh atau tidak boleh jadi  TUAN.

Orang Melayulah TUAN negera ini sekian lama. Kenapa kita tidak boleh jadi tuan dalam bidang-bidang lain?


ads
Read Full 0 comments

Tun Dr. Mahathir bersama Negeri Kedah Dalam misi pelaburan di Tokyo.

Kerajaan Kedah, dalam usaha memastikan pelaburan terus asing berterusan masuk ke dalam negeri itu, telan menjalankan satu seminar di Tokyo pada 18 hingga 23 Mei 2014.
Pertemuan wakil kerajaan negeri dengan pelabur telah dijalankan dengan kerjasama MIDA Osaka dan MIDA Tokyo, dengan acara kemuncaknya diadakan pada 23 Mei, di Tokyo, dimana satu seminar Pelaburan Ke Negeri Kedah dihadiri oleh 180 wakil tertinggi syarikat syarikat Jepun, dari seluruh negara matahari terbit itu.

Minat yang ditinggi ditunjukkan oleh pelabur Jepun dalam peluang pelaburan di Negeri Kedah, dalam bidang industri perkilangan, pelancongan sehinggalah industri makan dan barangan Halal. Soalan demi soalan dikemukakan sehingga tidak cukup masa yg diperuntukkan pada seminar tersebut.

Seminar tersebut juga telah meningkatkan kesedaran terhadap industri dan peluang perniagaan Halal di Kedah dan di Malaysia. Dikalangan pelabur Jepun, industri halal sudah menjadi satu minat baru penerokaan pasaran di Asia hasil promosi berterusan Malaysia.

Paling mengujakan adalah minat pengusaha Jepun kepada Tun Dr Mahathir, sehinggakan tidak cukup tempat dan masa dapat diperuntukan kepada mereka, dan banyak soalan dimulakan dengan pujian dan penghargaan kepada YABhg Tun. Melihat kepada budaya Jepun, pujian dan sanjungan mereka adalah penyataan penghargaan sebenar dan bukan dibuat2.

Nyata, pengaruh Tun Dr. mahathir mampu meningkatkan pelaburan di negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Pada usia sebegitu, beliau masih menabur jasa untuk rakyat, dan tidak membuat kerja memburuk-burukan negara di luar negara bagi mendapatkan kuasa.

ads
Read Full 0 comments

Tahniah Tunku Temenggong

Rabu, 4 Jun 2014
Kedahtimes ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, berkuatkuasa mulai 21 Mei, 2014 lalu.
Kami rakyat Kedah berharap Kedah akan terus aman makmur sentiasa.


ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates