Sabtu, 3 Januari 2015

PAS patut contohi GAM

Pautan ini  mungkin akan sangat kontroversi bagi pentaksub politik dan ianya releven bagi yang mempunyai akal yang adil/neutralis.

Walaupun  ada yang tidak setuju , masih ada yang setuju.

Ada sebab kenapa saya bermati-matian melawan Wahabi, Syiah, riba, penghinaan ulama, pembakaran kitab, mufti express, orang bodoh menjadi mufti dan lain-lain barah dalam umat. Jangan sampai Malaysia hilang dari peta bumi baru kalian dapat jawapannya.

Bila bala turun, semua orang tak kira yang kafir atau muslim, yang alim atau jahil, yang soleh atau fasiq, ahli masjid atau ahli zina, semuanya akan turut disapu bersih oleh Allah sebagai peringatan untuk taubat kepada ahli faisq serta peringatan untuk betulkan tertib dalam usaha dakwah, ilmu dan tazkiyyah (penyucian hati) bagi yang soleh.

Dalam kehidupan menuju angka 5 series kita telah saksikan 2 serambi Mekah ditelenggami air pada tarikh yang sama, tahun berbeza. Natijahnya sama, perjuangannya sama. Iaitu:

26 Disember 2004- Tsunami di Serambi Mekah Acheh.
26 Disember 2014- Kemuncak tenggelamnya Serambi Mekah Kelantan.

Gerakan Acheh Merdeka (GAM)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Indonesia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)
Parti Islam Malaysia (PAS)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Malaysia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)

GAM- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".
PAS- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".

Majoriti ahli GAM berada di Acheh lalu ditenggelamkan Allah.
Majoriti ahli PAS berada di Kelantan lalu ditenggelamkan Allah.

GAM diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.
PAS diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.

Dan banyak lagi persamaan pada kedua-dua pihak yang malas lah nak senaraikan.

Walaubagaimanapun. Jika orang kafir pun Allah masih beri makan kepada mereka, apatah lagi umat Islam, umat Nabi Muhammad yang setiap hari menyembahNya. Tentulah lagi-lagi Allah sayang. Allah turunkan bala kepada umat Islam bukan kerana benci, tetapi kerana ingin menegur dan betulkan apa yang salah. Natijah daripada teguran Allah, maka berlakulah:

GAM meletakkan senjata dan bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan.
PAS juga harap-harap lepas ni dapat berdamai dengan kerajaan.

GAM berjaya wujudkan daulah Islamiah mereka dan hukum Allah tertegak serta membuktikan undang-undang Allah itu releven.
PAS juga harap-harap lepas ni akan teruskan agenda mereka untuk laksanakan hudud di Kelantan dan tegakkan hukum Allah di sana serta menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain bahawa undang-undang ini releven serta tidak lagi tunduk kepada Dajjal Alliance Party yang bermati-matian menentang hudud

Allah telah beri teguran kepada GAM agar bersatu demi umat Islam, kini Allah tegur pula PAS supaya bersatu sesama umat Islam demi kebaikan bersama. Dua kumpulan besar Muslim bertelagah selama puluhan tahun, akhirnya kaum Dajjal, kaum Kafir, kaum Komunis yang ambil kesempatan dan menuntut macam-macam hak sampai ada kaum Komunis dah mula minta kuasa autonomi di Penang selain permintaan menghalang azan, bible bahasa melayu, kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif yang dimainkan kaum Dajjal mengambil kesempatan atas pecah belahnya umat ini.

GAM buat keputusan untuk menyerah, bukannya memaksa kerajaan Indonesia yang menyerah kerana mereka sedar mereka adalah minoriti.
Jadi PAS juga patut contohi GAM dan terima pelawaan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Muslim yang kuat di Nusantara bukannya memaksa UMNO dibubarkan dan sertai PAS kerana wilayah PAS lebih kecil berbanding wilayah UMNO.

Kita inginkan kebaikan untuk umat Islam, ketepikan fahaman politik dan bergabunglah...

Kerajaan juga yang dulu sangat sekular, kini sudah mula berjinak-jinak dengan perkembangan Islamisasi sampai artis-artis pun semakin susah cari makan sekarang ni, ustaz-ustaz pula yang banyak jad
i selebriti.

Dulu susah nak tengok perempuan bertudung dalam TV seolah-olah ianya "haram", tapi kini hampir menjadi majoriti wanita bertudung mengacara program.

Dulu TV penuh dengan program hiburan dan program menternak artis dan perosak bangsa.
Kini program menternak perosak bangsa sudah semakin sepi dan program melahirkan pendakwah pula semakin mendapat tempat.

Dulu apa-apa event mesti kena ada konsert dan diakhiri dengan arak, dadah, zina.
Sekarang kerajaan dah ganti dengan majlis selawat besar-besaran dan diakhiri dengan minum air pasar malam dan burger murah je  .

Dulu nak cari orang berkopiah pun susah dalam TV, sekarang ni jangan kata yang berkopiah, yang berserban 7 tingkat pun dah mula menyinari dikaca-kaca TV dan dada-dada iklan.

Jadi peluang dakwah dan peluang untuk kerajaan menerima dakwah itu sangat terbuka jika kita datang cara baik. Kalau awal-awal lagi kita maki kerajaan, tentu mereka tutup telinga mereka dan tutup pintu mereka. Kemudian kita salahkan mereka pula kerana tidak menerima dakwah dan menuduh mereka sebagai kaum yang menolak Islam.

Dakwah model para Habaib yang mengetengahkan metod lemah lembut adalah model yang terbaik dan lebih mendekati cara Rasulullah sehingga kita sendiri dapat lihat menteri-menteri pun join majlis-majlis selawat dan tausiyyah dengan rela hati sehingga dakwah itu sampai ke telinga mereka. InsyaAllah lama-kelamaan akan berubah semuanya. Kerajaan juga ada menghulurkan tangan untuk bersatu dengan PAS walaupun PAS berusaha menolaknya dan mengungkit-ungkit kisah lama yang wataknya juga adalah orang-orang lama dan ada pula yang telah meninggal dunia.

Ini generasi baru, kita bukalah cerita baru.

UMNO di Kelantan juga dikatakan turut bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud di sana. Kini yang menentang hudud adalah adik beradik tiri PAS sendiri iaitu parti mata satu dan parti komunis. Manakala penentangan hudud yang kononnya dilakukan oleh pemimpin UMNO hanyalah penentangan "lama" yang diungkit-ungkit. 

Ya kita faham, dulu mereka mungkin jahil. Tapi kerana mereka kini mulai rapat dengan para ulama dan didekati pula oleh ulama dakwah dan tazkiyyah, mungkin pemahaman mereka terhadap Islam dan hukum Allah sudah mulai masuk ke sanubari mereka. Maka kita tidak dengar lagi komen-komen kurang cerdik tentang hudud dari pihak menteri muslim kecuali sangat sedikit (yang masih sombong tidak mahu keluar dari kepompong ketidakcerdikan) yakni tidak seperti dulu.

Penentangan hudud kini dilakukan secara terbuka oleh kaum Komunis Dajjal sehingga tahap mengugut adik tirinya sendiri untuk ditendang dan lain-lain ancaman.

Kenapa kaum kafir yang merupakan adik beradik tiri PAS sendiri sangat takut dengan hudud sedangkan kita semua tahu hukum hudud hanya untuk umat Islam, bukannya untuk orang kafir?

Dari situ kita sudah mula faham bahawa kaum Dajjal abang tiri PAS tu menentang hudud kerana ia HUKUM ALLAH dan Dajjal tidak rela hukum Allah tertegak. 

Manakala pemimpin yang muslim yang dimusuhi PAS pula pernah menentang hudud kerana mereka JAHIL bukan kerana mereka ingin melawan Allah. Setelah mereka keluar dari kejahilan melalui jalan dakwah penuh hikmah dari para ulama, InsyaAllah mereka akan sokong dan kini telah terlihat mereka semakin menyokong cuma tidak secara terbuka dan terang-terangan.

Ketika berlaku bala, orang pertama yang mereka cari ialah musuh mereka sendiri iaitu kerajaan dan salahkan musuh mereka kerana tidak membantu mereka.

Sedangkan adik beradik tiri mereka yang terus diam menyepi tidak pula mereka seru atau pertikaikan dimana bantuan dari mereka?

Sejak tersebarnya gambar lelaki bermata lebam sebelah pada tahun 1998 dan kemunculan parti bendera biru bermata satu pada tahun yang sama, saya sudah mulai merasakan perubahan iklim kedamaian yang aneh berlaku di bumi bertuah Tanah Melayu ini......

Dan kegusaran itu benar apabila perpecahan demi perpecahan sehingga isu-isu sensitif yang tidak pernah timbul mulai timbul, kebanjiran kaum Syiah dan keganasan kaum Wahhabi mulai menyerlah, pertikaian dan penghinaan ulama menjadi biasa, kaum pendatang mula naik tocang dan mula mem
inta negeri sendiri, tekanan US, kehilangan pesawat dan seribu satu jenis fitnah dan kerosakan berlaku selepas munculnya gambar "lelaki buta sebelah mata" itu.

Di Malaysia ni, hanya dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO yang pengasasnya merupakan ulama Ahlu Sunnah sejati, bermazhab Syafie, bertasawuf dan berakidah mazhab Asya'irah. Kedua-dua parti yang diasaskan ulama Ahlu Sunnah ini perlu bergabung untuk melawan fitnah Dajjal di Malaysia khususnya.

Jadi, sekiranya kita punyai akal yang sihat. Maka responlah teguran Allah ini dengan menghentikan perbalahan sesama kaum muslimin selama puluhan tahun ini dan bergabunglah demi kebaikan ummat serta tegakkanlah hudud di bumi bertuah Serambi Mekah Kelantan.

Sekiranya  tidak dilakukan, kita khuatir bala seterusnya pula akan menimpa. Wal'iyazubillahiminzaalik.

Bacalah seruan ini dengan hati yang terbuka dan sahutlah seruan ini.


 PAS dan UMNO bersatulah , elak perpecahan, bentuk kesatuan.

-Kopipes-

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates