Rabu, 11 Februari 2015

#AnwarMasukPenjara : Bapa Perpecahan

Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan Malaysia. Beliau dikenang sehingga ke hari ini kerana membebsakan Tanah Melayu dari penjajahan British.

Kemudian beliau diganti dengan Tun Abdul Razak yang merupakan Bapa Pembangunan Malaysia. Beliaulah yang membangunan ekonomi orang Melayu. Menyediakan program-program untuk membangunkan Melayu dan bumiputera. Tempoh pemerintahan beliau tidak lama.

Dan seterusnya digantikan dengan Tun Hussien Onn yang walaupun memerintah dalam masa yang singkat dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia, Beliau digelar Bapa Perpaduan.  Rakyat Malaysia hidup dengan harmoni dan aman dimasa pemerintahan beliau. Tidak kira dari kaum mana, semuanya rakyat Malaysia.

Pengganti Tun Hussien Onn ialah Tun Dr Mahathir yang memerintah hampir 20 tahun lebih. Beliau amat terkenal dengan gelaran Bapa Pemodenan Malaysia. Beliau meletakkan visi 2020 sebagai sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju. Beliau merubah lanskap Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri dengan tidak melupakan pertanian sebagai sumber bekalan makan negara.

Banyak perubahan ketara dilakukan. Malah beliau juga vokal dan terkenal di seluruh dunia dengan keberanian mempertahankan hak-hak orang Islam. Sehinggakan Yahudi amat takut kepada beliau.

Keberanian beliau dalam menentang musuh Islam amat disanjungi umat Islam seluruh dunia. 

Seterusnya beliau digantikan dengan Tun Abdullah Badawi yang hanya memerintah dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun beliau sempat membentuk gagasan modal insan untuk rakyat Malaysia dan boleh digelar Bapa Modal Insan.

Kini Malaysia diperintah oleh DS Najib yang banyak menekankan tentang transformasi. Transformasi politik, pentadbiran dan sebagainya. Beliau digelar Bapa Transformasi.

Itulah senarai Perdana Menteri Malaysia yang masing dengan gelaran -gelaran baik diberikan.

Dan KedahTimes ingin menambah disini walaupun beliau tidak menjadi Perdana Menteri, tetapi sempat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau amat terkenal dengan kepandaian bercakap dan mengadu domba. Beliau bijak memutarbelitkan fakta sehingga yang bohongpun rakyat boleh percaya jika beliau menceritakannya.

Manusia itu sekarang berada di penjara sungai Buloh dan kita semua perlu ingat yang inilah BAPA PERPECAHAN Malaysia. Beliau ialah Awar Ibrahim.

Atas Usaha beliau, PAS berpecahbelah. Atas usaha beliau Umat Islam berpecahbelah dan atas usaha beliau Rakyat Malaysia kini berpecah belah.

Selamat berehat BAPA PERPECAHAN Malaysia.

ads

4 comments:

Hamdan berkata...

Alhamdulillah.
Semoga bangsa Melayu beragama Islam dan seluruh warganegara dapat kembali tenang dan bekerja keras demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Selalulah ingat 7 wasiat DYMM Raja-Raja Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Ada sorang lagi bapa... Bapa Komu**s... Tentu ramai yang tahu.

Pak Kadiaq Cerok Tokun Atas berkata...

SETUJU SANGAT2 DENGAN GELARAN ITU.. BIAR DIA DIPENJARA LAMA2 BARU AMAN MALAYSIA!

UMNO PARTI PENJARA berkata...

....


(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



(( UMNO Penjara Anak Muda )) - Anak Muda Sangat Marah Dan Berdendam Dengan UMNO...

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Gambar Dan Video Anwar 'Diseksa' Di Penjara Akan Diedar Dan Diprotes Habis-Habisan!!!

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<



Rakyat Malaysia Sokong Azmin Jadi PM...Tolak Parti PENJARA UMNO

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates