Selasa, 10 Februari 2015

#AnwarMasukPenjara : Hukuman Liwat dalam Perundangan Islam

KedahTimes petik sedikit maklumat dari Darulilmi.org utk bacaan dan tatapan pelawat. Jika mahkamah sivi boleh menjatuhkan 5 hingga 25 tahun ke atas pelasah liwat, undang-undang Islam menjatuhkan hukum lebih berat ke atas perbuatan ini.
 
Malah kaum Lut yang kesukaan mereka ialah meliwat, Allah hokum dengan menghancurkan semua kaum tersebut dengan bencana dahsyat.
 
Kita umat Islam tidak mahu bencana Allah menimpa kita kerana sekumpulan manusia yang gemar melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT.
 
Allah memperingati kita dalam AlQuran bagaimana marahnya Allah SWT terhadap mereka yang ingkar dengan tegahan ini. Kaum Lut adalah contoh terbaik.
 
Liwat adalah jenayah yang diperangi oleh Islam. Kaum Nabi Lut adalah kaum yg pertama melakukan jenayah ini. Firman Allah swt:

( وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ . فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ . وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ ) الأعراف/80- 84

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

LIWAT DALAM HADIS SAHIH ATAU HASAN

وروى الترمذي (1456) وأبو داود (4462) وابن ماجه (2561) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ )

Nabi saw bersabda: “ Sesiapa yang kamu dapati melakukan jenayah kaum Nabi lut hendaklah kamu bunuh orang yang meliwat dan orang yang diliwat.” Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan tirmizi.

وروى أحمد (2915) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا ) وحسنه شعيب الأرنؤوط في تحقيق المسند


Nabi saw bersabda “Allah melaknat orang yg melakukan jenayah kaum nabi lut” diulang ayat ini sebanyak 3kali.
 
HUKUM PERUNDANGAN JENAYAH ISLAM TERHADAP PELIWAT

Ulama berselisih pendapat tentang hukum ini kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Hukuman bunuh untuk pesalah liwat. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Mazhab Maliki, Abu Bakar as-siddiq, Ali bin Abu Talib, Khalid bin Al-walid, Abdullah bin Zubair, Abdullah ibnu Abbas dan Ishak bin Rahawiyah.

HUJJAH MEREKA ADALAH HADIS DIATAS

وذهب سعيد بن المسيب، وعطاء بن أبي رباح، والحسن، وقتادة، والنخعي، والثوري، والاوزاعي، وأبو طالب، والإمام يحيى، والشافعي في قول إلى أن حده حد الزاني، فيجلد البكر ويغرب، ويرجم المحصن.


PENDAPAT KEDUA: Hukuman mereka seperti penzina iaitu sebat 100 rotan dan buang negeri bagi yg tidak muhsan (tidak pernah merasa persetebuhan yang sah) dan direjam bagi yang muhsan. Ini pendapat mazhab Syafie, Sai’d bin Musayyab, ata bin Rabah, hasan, qatadah, Nakhaie, thauri,auzaie, Abu Thalib dan Imam Yahya.
Hujjah mereka adalah menyamakan hukum liwat dengan zina dan berdasarkan hadis yg lemah sanadnya:

روي { أنه صلى الله عليه وسلم قال : إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان }. البيهقي من حديث أبي موسى


Nabi saw bersabda “ Apabila lelaki itu meliwat lelaki lain keduanya adalah penzina.” Hr Baihaqi

PENDAPAT KETIGA: Peliwat hendaklah dita’zir bukan hukuman hudud. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

KESIMPULAN
Imam Syaukani pengarang kitab Nailur atar mentarjih pendapat pertama yang bersandarkan hadis yg sahih. Apapun pendapat kedua masih dianggap kuat dan ketiga adalah lemah menurut ulama kerana jenayah liwat tidak kurang dari jenayah zina. Zaman Nabi saw tidak pernah berlaku kes liwat.
 

 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Adakah Anuar, Mat Sebu, Badrul Amin, Mustafa Ali dan lain-lain tidak tahu mengenai hokum perkara ini????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates