Khamis, 2 April 2015

#GST : Pelbagai tipuhelah digunakan mereka.

Hari pertama perlaksanaan GST telah kita lalui. Pelbagai berita, laporan dan isu timbul.

KedahTimes tidak mahu bincang itu semua kerana setiap perkara baru yang dilaksanakan pasti serba sedikit ada cacat celanya dan perlukan penambahbaikan. Yang 'Perfect' hanya Allah SWT sahaja.

KedahTimes nak sentuh bagaimana puak-puak kiasu memainkan propaganda mereka memburukkan sistem percukaian baru ini yang sudah dilaksanakan di seluruh dunia. Mereka sebenarnya marah kerana mereka kena dan terpaksa membayar cukai. Itu saja.

Sebelum ini mereka menjerit, melaung dan sebagainya mengatakan merekalah yang banyak membayar cukai. Walhal merekalah yang banya lari dari membayar cukai, malah menyapu duit cukai yang dibayar rakyat yang rata-ratanya berbelanja adalah orang Melayu.

SST dan Service charge menjadi kegemaran mereka kerana tiada siapa peduli untuk pungut dan periksa berapa yang mereka telah kutip dari pelanggan. Service charge mereka letakkan seolah-olah ianya macam tax yang diwajibkan kerajaan. Sebaliknya service charge itu adalah 'Force Tip' kerana ramai orang Malaysia tidak suka kepada membayar tip melainkan jika mereka menerima servis yang betul dan baik.

SST mungkin tidak mempunyai sistem yang baik untuk kutipan dan pemerhatian oleh kerajaan. Maka mereka pun sapu duit SST. 

Bila  rakyat sudah faham tentang SST, maka penipuan kiasu telah terbongkar. Mereka sapu SST dan Service charge dari rakyat. Duit yang rakyat sangka dapat kepada kerajaan rupanya masuk ke poket kiasu. Duit yang sepatutnya diguna kerajaan untuk membangun negara rupanya masuk ke poket mereka.

Maka mulakah mereka menuduh kerajaan tidak pandai mencari duit. Mereka memaksa kerajaan berniaga, walhal kerajaan sebenarnya adalah pentadbir bukan peniaga. Bila orang yang sepatutnya mentadbir tetapi berniaga, maka kebarangkalian untuk gagal berniaga agak tinggi. 

Maka peluang diambil atas kegagalan perniagaan ini dengan mengatakan kerajaan gagal mentadbir. Mereka lagi baik mentadbir dari kerajaan, walhal mereka hanya berjaya menyapu duit SST dan Service charge sahaja serta dengan mengugut untuk menaikkan harga barang-barang.

Inilah taktik kiasu Komunis DAP. Kumpulan yang kuat menipu sehingga PAS pun mereka tipu walhal katanya sahabat seperjuangan. 

Kiasu Komunis DAP adalah kaki penipu dulu kini dan selamanya. Mereka hanya bijak menipu. Menipu adalah amalan harian mereka. Menipu berpisah tiada, sebab itu mereka boleh berjudi di tempat awam kerana judi ini adalah asas kepada penipuan.

Peliknya, kenapa PAS masih sayang kepada DAP? Kenapa Anwar sangat intim dengan DAP?

Mohon pembaca menjawab
.

ads



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates