Khamis, 9 April 2015

#Jemuan : Dah mula menyerang Peribadi Tun Mahathir


KedahTimes membaca dan menyiarkan semula semua pertanyaan Tun M kepada PM DS Najib. Ada pertanyaan yang terus-terang dan ada pertanyaan yang sinis.

Tetapi kebanyakkan soalan yang diberikan oleh Tun M adalah soalan-soalan yang bermain diminda ramai rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Secara logiknya rakyat Malaysia hanya inginkan kepastian dan jawapan dari PM tentang-tentang isu-isu yang dibangkitkan. Itu sahaja.

InshaaAllah, dengan penjelasan yang diberi bakal menjernihkan semua kekeruhan yang ada.

Tetapi hebatnya, jemuan-jemuan sekeliling kerajaan sudah mula menyerang Tun M. KedahTimes pasti jemuan-jemuan ini sekarang sedang bekerja keras supaya gelaran jemuan tersebut dilihat oleh PM sebagai satu kesilapan. Dan mungkin dengan segala usaha mereka menyerang Tun M, mereka bukan dilihat lagi sebagai jemuan tetapi pahlawan.

Jemuan-jemuan ini bukannya menjernihkan keadaan, tetapi sebaliknya menambahkusutkan lagi keadaan. Mungkin baik untuk mereka kerana dengan ini banyak lagi 'payment' akan masuk. Malah mereka tidak pernag memberi jawapanpun terhadap apa yang dikemukakan oleh Tun M, sebaliknya serangan peribadi menjadi keutamaan mereka dalam percubaan mereka menjadi pahlawan.

Sehingga ke hari ini, KedahTimes tidak menemui satupun jawapan yang boleh diterima akal yang diberikan oleh jemuan-jemuan ini. Pusing sana pusing sini, peribadi Tun M juga yang menjadi sasaran mereka.

KedahTimes menyeru, jika Bos besar pun dah melabel trooper atau blogger ini sebagai jemuan, janganlah memburukkan lagi nama jemuan tu. Sekurang-kurangnya jadilah jemuan yang berhemah. 

Jangan nanti anda dilabel syaitan berkepala hitam sudah la...



ads 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kepada penyokong membuta tuli Najib, sila beri penerangan mengapa tak simpan dana yang dikeluarkan dari Cayman Island itu di Maybank Singapura dan mengapakah simpan di BSI Singapore Ltd.? Ini kerana Maybank Singapura pun bank juga, malahan bank yang pegangannya dimilik oleh kerajaan Malaysia. Apakah 1MDB memandang rendah dan memandang hina keupayaan Maybank Singapura untuk menyimpan dana itu sedangkan Maybank yang menjadi induk Maybank Singapura adalah antara bank terbesar di Asia.

Hingga kini tak ada penjelasan, hanya sokongan membuta tuli sahajalah yang diberikan. Malahan dari pada 154 ketua bahagian UMNO yang hadir dalam perjumpaan dengan Najib yang kononnya telah memberikan penerangan panjang lebar berjela-jela dengan maklumat yang sangat terperinci mengenai 1MDB hingga semua 154 ketua bahagian itu sangat faham mengenai 1MDB, dari jumlah semua itu, tak ada seorang pun yang dapat menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada 1MDB berdasarkan soalan dari Tun Dr. Mahathir itu.

Kita juga musykil apakah perjumpaan antara Najib dengan 154 ketua bahagian yang kononnya faham sangat dengan 1MDB itu diberikan penerangan mengenai 1MDB atau diugut supaya menyokong Najib atau sekadar datang tengok rancangan kartun doraemon atau tom and jerry kemudian masing-masing mengaku kata faham sangat pasal 1MDB sedangkan mereka tak tahu apa-apa pun pasal 1MDB itu, hanya sokong buta tulis sebab Najib dah beri arahan sambil menonton rancangan kartun doreemon atau tom and jerry itu.

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak kali aku dengar dan baca jawapan Najib tapi diulang-ulang 'hendakkan jawapan". Rajin bertanya tapi telinga pekak. Bukan pekak betul, tetapi kerana hati bengkak. Najib boleh jawab sampai berbuih mulut atau sampai semua rambutnya yang putih tu gugur, misi menjatuhkannya akan berterusan. Aku rasa blogger tak akan "publish" aku punya ulasan sebab dia pun nak "publish" yang menyerang sahaja. Kalau dia "gentleman" dia "publish".

Tanpa Nama berkata...

Kesian Tun kena serang dengan DSN. Kenapa takda orang nasihatkan DSN?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates