Ahad, 12 April 2015

#Jemuan : DS Mukhriz pulak Diserang Mereka

Isu soalan Tun M menjadi hangat kepada pentadbiran DS Najib. Jemuan-jemuan dikelilingi DS Najib menjadi tak keruan. Mereka menjadi panas pungkoq sekarang ini kerana tidak mampu memberi jawapan sebaiknya kepada pertanyaan Tun M.

Pilihan mereka ialah menyerang atau melencong ke lain untuk lari dari menjawab soalan. Untuk pengetahuan jemuan semua, soalan Tun M adalah juga soalan rakyat!

Kini jemuan melalui blog milik mereka Suara.TV, menyerang DS MB Kedah pulak yang selama ini cuba berdiam dari terlibat dalam krisis ketidak menjawaban DS Najib terhadap soalan-soalan Tun M. 

Mereka memainkan isu yang DS MB Kedah tidak menyokong kepimpinan DS Najib. Begitulah tak keruannya jemuan-jemuan yang sentiasa mencari salah atau ruang untuk memburukkan mereka yang hubungkait dengan Tun M.

Jemuan-jemuan menginterpetasikan sikap berdiam diri DS MB Kedah sebagai tidak menyokong DS Najib. Mereka yang dari dulu sentiasa patuh kepada tuan yang membayar akan berbuat apa saja untuk memburukkan keadaan.

Maka, dalam masa yang sama muncullah hero-hero jadian yang sudah lama mengidamkan jawatan besar di Kedah selepas dijolok oleh jemuan-jemuan berbayar ini.

Hero-hero jadian yang sentiasa dahagakan populariti dan perhatian dari PM telah diberi peluang untuk berkata-kata. Dan yang peliknya hero-hero jadian diberi peluang oleh jemuan untuk memberi pendapat.
KedahTimes menyarankan agar jemuan-jemuan ini fokus kepada membantu DS Najib menjawab soalan Tun M. Begitu juga hero-hero jadian ini, fokus kepada menjawab serta membantu menjernihkan keadaan dalam isu-isu seperti GST atau cuba cari jawapan kepada soalan Tun M dan jawab atau terang kepada rakyat.

Jangan mengganggu DS MB yang selama berdiam kerana tidak mahu mengeruhkan lagi suasana.

KedahTimes diberitahu, jemuan-jemuan sekarang ini sudah masuk ke Kedah. Kononnya nak mencari jawapan kepada soalan Tun M, sebaliknya mereka dalam diam-diam menyerang sesiapa yang ada kaitan dengan Tun M.

Perangai Jemuan berbayar sudah menjadi macam Zionist Yahudi .... soalan tak dijawab, peribadi orang tertentu diserang... character assassination. 

KedahTimes sarankan supaya mereka balik perbetulkan diri sendiri.. jangan ganggu sarang tebuan. Takut nanti lari berkeliaran kerana diserang tebuan. Taku bengkak yang diperolehi, sebaliknya anak tebuan untuk umpan kail tidak dapat.


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni ADUN Bukit Lada si Mat Lebai Sudin pula nak menyerang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebab nak menjadi pecacai suruhan Najib.

Apa kena mengena Mukhriz dengan kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap Najib?

Oleh itu saya juga mencadangkan agar Mat Lebai Sudin boleh berambus letak jawatan sebab menyokong pemimpin yang jenis lepas tangan dan tak tahu nak bertanggungjawab seperti Najib ini.

Mat Lebai Sudin mungkin dah dengar 'penerangan' yang panjang lebar berjela-jela pasal 1MDB, sila Mat Lebai Sudin tolong Najib jawab, kalau tak tau nak jawab letak jawatan sebagai ADUN dan jadilah tukang lap kaki Najib sahajalah.

Rakyat tak memerlukan pemimpin bangang dan pak turut seperti Mat Lebai Sudin ini, lebih baik letak lembu jadi ADUN daripada manusia hipokrit dan tak berguna seperti Mat Lebai Sudin ini.

PRU 14 kau boleh babailah Mat Lebai Sudin, kau dah cari pasal dengan orang nombor satu BN Kedah, kau boleh minta beri kau bertanding kerusi di Pekan, itu pun kalau orang nak terima kau.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates