Isnin, 13 April 2015

#Jemuan : Kami tetap bersama Tun M

Dalam soal ini Tun M tidak keseorangan. Kami marhein dibawah juga mempunyai soalan yang sama. Cuma suara dan soalan dan suara kami siapa yang dengar? Tiada, terutama orang-orang besar UMNO.

ISA yang menjaga hak kami pun mereka hapuskan tanpa merujuk kepada ahli UMNO. 

Mereka lebih dengar suara pembangkang dan bangsa lain. Suara kami hanya mereka buat-buat dengar bila dekat dengan PRU saja.

Kami masih mengharap kepada Tun M untuk luahkan suara kami. Tapi nampaknya ego mereka amat tinggi dan memandang rendah suara rakyat.

Tun M, kami bersama Tun!

SOAL TAK JAWAB

1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Orang PR tak Maksum tapi SomSom sebab bayak keluar SomSon mantat Chinadoll, Bini Kawan dan Mat2 Jambu!!!

Tanpa Nama berkata...

Silap haribulan bukan PM Najib yg tersingkir tapi anak TDM yg hilang jawatan
MB Kedah.....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat yang bukan ahli UMNO lebih ramai dan rakyat lebih rationale kerana tiada kepentingan, hanya mahukan kepimpinan yang tegas dan berani bukan hanya dilihat 'I Love PM' dan sekarang ' ISUPPORT PM '. Slogan baru dah keluar dah.

Cuba ambil sample polling atas tajuk Najib's Approval Rating dan lihat where the ground is shifting.

UMNO-Melayu-Elite boleh terus dibuai tapi ingat the reality as below is darn REAL :

1 - PRU12 - Beginning (Pak Lah's worst record for Government of the day)
2 - PRU 13 - Of The (' I Love PM ' - smacked right in the face - the cinabengs being cunnings come to the fore! Let alone 2/3 majority lost, even the popular vote tagged along.)
3 - PRU 14 - END - Seriously High Probability of Malay-Muslims' Lead Government would see them walk into the sunset for good for a very long time till it comes back or even WORST! NOT EVER!!!
4 - UMNO-BN - Into Oblivion

If this is not scary enough then you're delusional, BIG TIME!!!

Mind you this is not from the opposition although someone might come along to say its Red Bean Army.

Aku diantara berjuta Melayu-Muslim yang sayangkan Tanah Tumpah Darah Nek-Atok-Moyang ku!

Tanpa Nama berkata...

GERAKAN ETD Najib.
Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib).
Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
Mesti daftar NGO.
Semua mesti ikut undang undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai.
Syarat Aliff BA TA.
arjuna waspada
changkat lobak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates