Isnin, 20 April 2015

#JEMUAN : MLS Bukan Tun Mahathir

Jika Tun M menegur DS Najib atas kapasiti beliau sebagai seorang rakyat dan ahli UMNO, Mad Lebai Sudin menyuruh DS Mukhriz letak jawatan atas alasan tidak menzahirkan sokongannya kepada PM.

Mad Lebai Sudin dan Tun M adalah ibarat bumi dengan langit.

Tun M menegur berdasarkan fakta dan juga sokongan rakyat yang ingin isu 1MDB diberi penerangan dan diselesaikan. 

Mad Lebai Sudin menuruh DS Mukhriz letak jawatan hanya kerana tidak zahirkan sokongan kepada PM.

Amat jauh beza. Tun M ingin menyelamatkan UMNO dan negara. Mad Lebai Sudin ingin dilihat menjadi hero supaya dia dilihat oleh PM. Mungkin ingin menyelamatkan masa depan politik beliau.

Tembak peluru kapur, terus lari ke Jepun. Patutnya teruskan
 menembak jika benar-benar nak jadi hero
KedahTimes hanya ingin tahu apa muslihat sebenar MLS menyuruh DS Mukhriz letak jawatan. Pada pendapat KedahTimes, tidak menzahirkan tanda sokongan tidak membawa makna tidak menyokong. Sebaliknya tidak ingin mengeruhkan lagi suasana. Suasana harmonis antara anak dengan keluarga dan harmonis antara Ketua dan orang bawahan.

Apakan MLS ingin menjadi batu api? Supaya UMNO Kedah berpecahbelah selepas berjaya menawan Kedah di bawah pimpinan DS Mukhriz. 

Bagi KedahTimes, MLS tak perlulah menjadi warlord atau hero baru di Kedah. Tanda sokongan kepada DS MB serta DS PM dan menghormati Tun M telah dizahirkan oleh ketua-ketua UMNO.

Elok jaga DUN Bukit Lada elok-elok supaya PRU14, UMNO dapat kekalkan.

Kalau dapat senapang tu, janganlah tembak ikut suka. Nanti tertembak kaki sendiri, nampak semua yang ada bawah kain!

JITRA: Tiada alasan kukuh untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata kedudukannya merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian," katanya dalam satu program pertanian di Kerpan dekat sini.
Mukhriz mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan meletak jawatan pada 24 April ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin untuk meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.

Beliau kemudiannya berkata Umno Kedah akan menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur.

Najib diserang secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapa Mukhriz.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates