Selasa, 14 April 2015

#Jemuan : Nak sokong ka atau Tidak

KedahTimes tidaklah sepandai mana dalam hal-hal berkaitan politik. Tetapi bagi KedahTimes sesuatu itu menjadi ringkas dan baik jika bila soalan ditanya, maka jawapan yang baik dan tepat diberi. Bukannya yang serangan dihamburkan.

Di sekolah, guru banyak menerima soalan dari murid-murid. Maka jawapan yang baik adalah perlu kerana murid-murid akan menggunapakai jawapan tersebut apabila ditanya atau untuk menceritakan perkara berkaitan kepada orang lain.

Begitulah juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan negara yang mana Tun M bertanya bagi pihak rakyat yang sedang keluh kesah dengan beberapa tindakan yang cuba disembunyikan; sebaliknya ayat 'Percayalah kepada saya, saya bertanggungjawab kepada rakyat dan negara' yang diberikan atau diminta.  Ini sebenarnya bukan jawapan tetapi menyuruh rakyat supaya jangan bertanya tetapi hanya percaya.

Dalam bab ADUN Bukit Lada yang mungkin tanpa restu DS MB Kedah dalam PRU13 lalu, mungkin tidak dipilih menjadi calon, beliau patut belajar memberi jawapan kepada persoalan. Bukan menyuruh atau memaksa orang lain PERCAYA atau ANGKAT SUMPAH atau UMUM yang kita kena percaya dan sokong dengan apa yang DS Najib suruh kita percaya.

KedahTimes ingin bertanya kepada Adun Bukit Lada, adakah selama ini Adun Bukit Lada menyokong DS MB Kedah? Nama YB pun dipilih dan direstu oleh Pengerusi Penerangan UMNO Kedah untuk calon pada PRU lalu.

Apakah YB sudah lupa yang rakyat menerima kembali UMNO di Kedah hasil ketokohan dan usaha DS MB Kedah dengan kerjasama pemimpin-pemimpin UMNO lain pada PRU yang lalu?

KedahTimes tidak mahu mengeruhkan suasana dengan menyebut hal-hal berkaitan dengan politik kawasan YB, kerana YB letak iklan ucap selamat hariraya pun atas nama YB dan Isteri, tidak atas UMNO atau Pejabat ADUN Bukit Lada.

Itulah mentaliti ADUN yang sedang mencari publisiti dikala PM mencari sokongan, padahal tidak memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.

Carilah publisiti murahan tersebut, kot-kot dapat apa yang dihajati.

UMNO Kedah Akan Sokong Najib Tanpa Mukhriz – Ahmad Lebai Sudin

Alor Setar – UMNO Kedah mungkin berpecah sekiranya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isu kepercayaan kepimpinan ini timbul apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau telah hilang kepercayaan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri.

Menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

“Sekiranya Mukhriz enggan menyatakan sokongan secara terbuka saya dan Adun-Adun yang lain akan membuat satu kenyataan berasingan bagi menyatakan sokongan tersebut.

“Dalam perjumpaan yang diadakan oleh Menteri Besar pagi tadi, beliau memaklumkan Umno negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 haribulan April ini di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Ahmad, tindakan Mukhriz itu dilihat sengaja ingin melengah-lengahkan untuk menyatakan pendirian sebenar beliau sambil menyifatkan ia terlalu lambat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan masa perjumpaan tersebut akan diadakan.

Semalam SuaraTV melaporkan gesaan Ahmad Lebai Sudin agar Mukhriz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya tidak lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri kerana jawatan Menteri Besar merupakan jawatan lantikan Perdana Menteri.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates