Selasa, 14 April 2015

#JEMUAN : Sabar itu separuh dari Iman

KedahTimes merasa sangat pelik dengan politik sekarang. Dalam kerisauan rakyat tentang persoalan yang dikeluarkan oleh Tun M masih lagi belum terjawab, ada pemain-pemain yang sudah mula hendak menjadi hero; tetapi sebenarnya mereka lebih kepada menjadi jemuan.

Dek kerana tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau penyokong kuat PM, maka diugutnya orang lain untuk menyegerakan menunjukkan sokongan. Apa yang ditakutkan ialah takut tindakan ini memakan diri sendiri. Dari menjadi hero bertukar menjadi jemuan.

Kita tunggu apa yang bakal dizahirkan oleh UMNO Kedah. Malah KedahTimes pun dok tunggu UMNO negeri lain menzahirkan apa perasaan mereka juga.

Tetapi kenapa Ahmad Lebai Sudin cuba mendahului semua? Soalan yang semua orang mungkin boleh jawab!


Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan bila hendak umum pendirian UMNO negeri berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Umum tahu ketika ini wujud pengeseran antara bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib, maka Mukhriz yang merupakan anak Dr Mahathi sekaligus Pengerusi UMNO Kedah dan MB sudah pasti berada dalam serba salah.

Pun begitu ketika berdepan dengan soalan wartawan pada Isnin, kata Mukhriz UMNO Kedah sudah berbincang Sabtu lalu dan sepakat untuk mengumpulkan semua ketua-ketua bahagian UMNO Kedah dan mengumumkan pendirian mereka secara bersama pada pagi Jumaat 24 April ini.

tarikh tersebut dipilih kerana pada sebelah petangnya ada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

"Sehingga hari itu kita sudah bersetuju sesama kita untuk tidak keluar apa-apa kenyataan, seboleh-bolehnya kita hendak buat satu kenyataan yang bersifat konsensus antara semua anggota Badan Perhubungan UMNO Kedah," katanya.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Kedah itu berharap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian di Kedah supaya bersabar menantikan tarikh yang sudah diputuskan dalam mesyuarat perhubungan itu.

"Sepuluh hari saja, bukan lama sangat... kita pertimbang pandangan semua pihak, perbincangan kita kemarin (Sabtu) pun adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ada dikalangan mereka ahli Majlis Tertinggi, ada yang berjawatan kerajaan (Pusat), ada di peringat negeri, pandangan bernas-bernas belaka, jadi itu kita tangguh dulu, kenyataan rasmi dari Kedah, saya rasa ada lagi satu-dua negeri yang belum buat kenyataan," ujar beliau.

Menurutnya perkara itu (maufakat) penting supaya keyakinan rakyat terhadap parti tidak terhakis.

"Saya tidak fikir kepimpinan UMNO di negeri ini (Kedah) akan buat kenyataan secara individu yang boleh menjejaskan (keyakinan rakyat), kita sudah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat (tawan Kedah dari Pakatan semasa PRU13).

Menjawab soalan kebimbangan ramai mengenai UMNO Kedah yang bakal berpecah, kata Mukhriz beliau tidak fikir begitu.

"UMNO Kedah berada pada tahap kesatuan dan perpaduan yang tinggi, saya tidak fikir begitu teruk seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang,"katanya dalam sidang media di MRSM Kubang Pasu Isnin.

Sebelum ini UMNO negeri-negeri mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Presiden selepas kritikan bertubi-tubi Dr Mahathir.-13/4/2015

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

agaknya tun mahathir dah baca ke belum link ini: https://www.facebook.com/BukanZombie/posts/419048104941632

sekadar maklumat, belum tentu salah benarnya sehingga audit selesai. sehingga itu janganlah macam kucing hilang anak, ye tun.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates