Ahad, 24 Mei 2015

#SupportTunMahathir: PM berbohong?

Kedahtimes petik dari blog Tun Mahathir. Kita lihat apa reaksi kerajaan dan PM

1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.

5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.
Terbaru dari Tnn

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ciri ciri pemimpin boneka yg dijajah orang asing....suka berhutang....boros berbelanja...dan suka berbohong. ...najib dan Anwar boneka yg suka bohong...

Tanpa Nama berkata...

Hebatnya Akta Rahsia yang diperkenalkan oleh Tun ni. Tun kiranya TUN betul-betul bukan penipu Tun nyatakan yang sebenarnya Tun hanya ngaga mulut dan melontar persepsi buruk kepada Perdana Menteri.

Bawa kedepan maklumat yang Tun perolehi, lengkap dengan jumlah dan tarikh sesuatu tindakan yang diambil.

Tun sendiri yang memperkenalkan Akta Rahsia tapi Tun juga yang mencabul dan merogolnya dengan memelihara pembela penjenayah. Sekarang ni kami sendiri merasai was-was di atas agenda Tun sebenarnya.

Tun tak ubah seperti Pakatan Haram menabur persepsi. Tun buka seorang nagarawan sebenar tetapi seorang sandiwarawan.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

...

Muhyiddin Mahu Hantar 200 Surat Ke UMNO BHG Tolak Najib?

https://youtu.be/zEJma8Ld5fM
https://youtu.be/KtM1vqPEBOc
https://youtu.be/mgssNnX_sZA

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



Singkir Najib, Naikkan Mukhriz - Tun M Busuk Hingga Ke Usus!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



MAKIN Tolol - Puteri UMNO Menyalak Lagi Dari Caw ke bhg ke PAU 2015!!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates