Khamis, 21 Mei 2015

#SupportTunMahathir : TPM Senada dengan Tun M dan rakyat

KedahTimes C & P dari Apanama. Mohon kebenaran.

Apa yang Tun Mahathir rungsingkana adalah sama seperti kami marhein rungsingkan. Kes 1MDB adalah isu negera kerana ianya bakal memberi impak kepada negara.

KedahTimes amat kecewa dengan tindakan pejabat PM dengan cuba melarikan diri dari menjawab isu-isu ini. Malah mereka sekarang menambahburukkan lagi keadaan dengan menyerang sesiapa saja yang menyentuh tentang isu 1MDB dan PM.

Ini tidak menyelesaikan masalah. Malah PM yang asyik menyuruh rakyat percaya kepadanya tidak juga memberi jawapan atau penerangan. Bukankah rakyat sudah memberi kepercayaan pada PRU13 lalu?

Kenapa susah sangat nak terang kepada rakyat? Kenapa perlu menyerang semua yang bertanya tentang isu 1MDB. 

Apakah 1MDB projek peribadi PM?



Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang harus diambil demi masa depan parti, kerajaan dan negara.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan yang begitu jelas dihadapan beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Kerajaan serta ratusan pemimpin akar umbi bahawa seluruh lembaga pengarah 1MDB harus dipecat dan 'POLIS dipanggil untuk menyiasat mereka'. 

Kepada mereka yang masih percaya bahawa masalah negara pada masakini ialah kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, sila fikir semula. Ini adalah masalah besar yang akan membuat kita terjerumus dengan beban hutang yang jauh mengatasi kemampuan. 

Hentikanlah cemuhan dan cacian keatas Dr Mahathir. Media arus perdana, terutamanya TV3 hanya cuba menegakkan benang yang sudah kuyup. 

Secara peribadi saya agak lega kerana masih ada lagi pemimpin tertinggi negara yang mampu melihat serta memahami isu sebenar yang cuba diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Masih ada harapan rupanya.

Kepada penyokong akarumbi yang tidak tahu apa-apa serta 'langau jadian' yang sentiasa mengelilingi Perdana Menteri dan Presiden Umno, sedar lah bahawa bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nasihat punahsihat. 

Saya percaya, Najib Razak tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam kadar segera jika beliau benar-benar sayangkan Umno, Barisan Nasional dan negara kita Malaysia. 

Undurlah Datuk Seri Najib Razak, anda sudah menjadi beban kepada kami.

p/s Sila sampaikan luahan hati Timbalan Presiden Umno ini kepada rakyat. Masalah kita akan selesai bila Umno dan Tan Sri Muhyiddin menentukan siapa akan menjadi Timbalan beliau. Insyaallah!

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates