#SupportTunMahathir : Pemimpin Islam Dunia

Isnin, 29 Jun 2015
Tun Mahathir diiktiraf dunia Islam sebagai pemimpin Islam yang berani. Berani dalam memperkatakan yang benar. Berani dalam menentang hasrat barat untuk menguasai dunia. Berani dalam  mempertahankan hak Palestin dari berterusan ditindas Israel.

Itulah Tun Mahathir. Dalam negara beliau melaksanakan banyak pembangunan serta menaikkan Malaysia menjadi sebuah negara kuat dari segi ekonomi dan jatidiri rakyatnya. Kemana rakyat Malaysia pergi, mereka mesti berbangga dengan pujian orang luar.

Tapi kini pemimpin seperti beliau sudah tiada. Yang ada hanya pemimpin yang lebih suka bertemu Obama untuk bermain golf, untuk berbincang tentang TPPA sdan berbincang perkara-perkara yang tiada kaitan dengan dunia Islam. Kononnya ingin menjadi moderate.

Demi menaikkan imej diri, maka imej Tun Mahathir perlu diburukkan. Maka pelbagai perunding imej dan media dilantik dan kumpulan pemusnah imej dibentuk demi menjadikan menjadikan itu satu realiti. Dengan memburukkan imej orang lain!

Tapi Allah Maha Kuasa, semua itu tidak berjaya kerana banyak keburukan dan kebodohan yang ditonjolkan. Umat Islam sudah tidak memandang pemimpin sebegini. Umat Islam sudah tidak mengharapkan apa-apa dari pemimpin begini.

Pemimpin ini lebih banyak menyusahkan rakyat demi mencapai cita-citanya. ISA, GST, 1MDB, TPPA dan sebagainya menjadi alat-alat yang asalnya bertujuan menaikkan imej beliau, tetapi akhirnya menjadi duri dalam daging serta memerlukan modal yang besar untuk memulihkan imej dan integritinya.

Sebaliknya Tun Mahathir semakin menjadi perhatian samada dalam atau luar. Semua perhatian ini tidak perlu bantuan Amerika, perunding imej, konsultan, truper dan sebagainya. Ianya atas pemberian Allah SWT.

Teruskan Tun Mahathir. Perjuangan belum selesai.




ads
Read Full 1 comments

#SupportTunMahathir : Soalan yang perlu dijawab

Disebalik tidak menjawab kepada soalan-soalan sah yang diajukan, 1MDB kini cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat melalui cerita terperinci tentang seorang bekas pengarah yang didakwa cuba memeras wang daripada 1MDB.

Walaupun kita tidak tahu kebenaran atau kepalsuan cerita itu, apa yang rakyat ingin tahu antara lain adalah:

i. Mengapa 1MDB membuat keputusan untuk membeli kepentingan 49% dalam sebuah syarikat yang nilainya teramat rendah serta mempunyai hutang sebanyak 700 USD yang diwujudkan oleh syarikat induknya dua hari sebelum 1MDB membayar harga pembelian?

ii. Apa yang berlaku kepada hasil penebusan portfolio super duper 1MDB di Pulau Caymen? Jika ia wujud dalam bentuk "unit", kami ingin tahu apakah unit itu dan berapa nilai unit tersebut.

iii. Adakah unit-unit dengan mudah boleh ditukar kepada tunai?

iv. Mengapa 1MDB mengeluarkan bon dan membayar yuran pengatur 12% sedangkan kadar caj semasa bagi penerbitan bon kepada pengatur adalah maksimum 2% sahaja, malah ada entiti lain yang diketahui hanya dibayar 0.5% yuran kepada pengatur?

v. Dan kenapa pula pula 1MDB hanya mendapat kira-kira 50-60% daripada hasil terbitan bon yang dikeluarkan itu? Kenapa 1MDB perlu mendeposit sebahagian daripada hasil bond tersebut dengan Aabar sebagai syarat untuk Aabar jamin pengeluaran bon tersebut? Bukankah itu satu tanda bahawa penarafan kredit 1MDB adalah begitu rendah dan ada menunjukkan bahawa 1MDB amat terdesak untuk mendapatkan wang?

vi. Bagaimana 1MDB akan membayar balik atau mengurus semua hutang-hutangnya dalam keadaan aliran tunai 1MDB yang tidak benar-benar mengalir?

vii. 1MDB memberitahu bahawa nila aset semasa 1MDB adalah sekitar 52b ringgit. Tetapi penilaian itu adalah berdasarkan kepada nilai masa depan hanya apabila aset-aset itu dimajukan. Bagaimana 1MDB akan membiayai pembangunan aset-aset tersebut walhal 1MDB tidak mampu menguruskan hutang-hutang yang ada sekarang?

viii. Mengapa 1MDB tidak boleh memutuskan untuk membatalkan jualan asetnya kepada Tabung Haji dan mengembalikan wang tersebut kepada TH, apabila didapati TH jelas mempunyai masalah untuk menjual semula aset tersebut?

ix. Bagaimana anda akan mengapungkan Edra yang dalam masa yang sama menanggung hutang sebanyak 17 bilion yang diletakkan di dalamnya? Siapa yang sasaran 1MDB yang bakal melanggan saham-sahamnya?

x. Mengapa 1MDB membayar melebihi harga pasaran ke atas pembelian beberapa IPP? Apakah berlaku pembayaran kembali kepada Yayasan 1Malaysia dalam bentuk derma? Dan adakah Yayasan 1M menggunakan sumbangan tersebut untuk bantuan dalam GE13 yang lalu.

Ini adalah soalan-soalan yang sering ditanya. Semuanya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pemerasan atau e-mel yang telah diganggu.

Read Full 1 comments

#SupportTunMahathir : Bulan Ramadhan yang Barokah

Selasa, 23 Jun 2015
KedahTimes ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menunaikan ibadah-ibadah yang disarankan oleh agama di bulan ini.  Semoga semua mendapat keberkatan Allah SWT.

Jika diteruskan semua ibadah yang kita lakukan di bulan ini ke bulan-bulan yang lain, Inshaa Allah, kita bakal menjadi manusia yang terbaik. Manusia yang terbaik ialah manusia yang memberi manafaat kepada umat yang lain selain dirinya.

Selamat Berpuasa!

ads
Read Full 1 comments

#SupportTunMahathir : Bila Legasi Tun M cuba dimusnahkan

Rabu, 17 Jun 2015
TV3 telah menyiarkan satu dokumentari yang kononnya menganalisa kemajuan Proton secara komprehensif selepas 20 tahun ditubuhkan.

Tetapi apa yang cuba ditonjolkan oleh TV3 ialah kesalahan atau kegagalan Proton dan Tun Mahathir sepanjang kewujudan Proton. Malah tidak disiarkan pun kebaikan yang diberikan hasil kewujudan Proton.

Inilah strategi terbaru Konsultan Media Perdana Menteri Malaysia DS Najib yang dilihat amat gelabah dengan sokongan rakyat yang semakin pudar terhadap beliau. Malah strategi memburukkan lawan yang dipilihan belum tentu dapat membersihkan imej beliau yang agak comot dengan skandal 1MDB yang tidak pernah diceritakan kepada rakyat walaupun selepas soalan demi soalan dihamburkan oleh rakyat dan Tun Mahathir.

Apakah 'Character Assasination' ini bakal mencantikkan imeh PM DS Najib? Apakah taktik ini bakal merobohkan imej dan legasi Tun Mahathir seperti yang dihasratkan oleh Lim Kok Wing se waktu bertemu dengan Tun M.

Jika legasi Tun Mahathir yang ingin dihancurkan, maka legasi dan kebanggaan rakyat Malaysia bakal dihancurkan. Siapakah yang rugi?

Proton, PLUS, KLCC, Putrajaya, KLIA, F1 Sepang, Cyberjaya, dan banyak lagi legasi Tun Mahathir dan juga legasi kebanggaan rakyat Malaysia perlu dihancurkan. Siapakah yang bakal mendapat imej yang buruk?

Bagi KedahTimes, ianya sudah tentu pihak yang cuba menjahanamkan legasi-legasi tersebut.

Tindakan mereka melakukannya melalui TV3 yang pelancarannya dilakukan Tun Mahathir sendiri menunjukkan mereka tiadk sensitif terhadap perasaan dan kebanggaan rakyat. Malah mereka tidak sensitif kepada perniagaan TV3 iyu sendiri. Sudah ada ura-ura ingin memboikot TV3 kerana banyak alternatif lain yang diperolehi seperti channel dari Astro dan HyppTV.

KedahTimes menyarankan kepada TV3, janganlah kita jadi TV tiga suku seperti yang dicanangkan oleh pembangkang satu masa dulu. Janganlah jadi pemakan dedak yang hanya tahu sondol kerana ketagih dedak demi untuk mendapat dedak yang lebih. Dedah tetap dedak. Ia tidak akan jadi nasi atau tepung.

ads
Read Full 6 comments

Terkuburnya Pakatan Pembangkang Menjelang Bulan Penuh Keberkatan

Pakatan Pembangkang kini hanya tinggal nama dan sejarah. Hari ini cuma DAP saja yang tinggal dan tidak segan menunjukkan taring panjang mereka apabila berjaya menyatukan kaum Cina di bawah panji perkauman perjuangan Roket.

Jika diimbas kembali, kejadian hari ini adalah putaran sejarah seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Belum lagi mendapat negara pada ketika itu, lagak dan suara mereka memang menunjukkan keangkuhan sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Hari ini seperti biasa, orang Melayu tidak akan melihat dengan mata halus, sebaliknya lebih selesa dengan peristiwa diterjah dengan kejadian depan mata.

Pada ketika ini, Melayu dijadikan lembu dicucuk hidung apabila kerusi di Pulau Pinang tidak memerlukan Melayu sebagai penentu.

DAP Selangor menjadi penentu kepada kuasa Melayu di negeri terkaya di sini.

DAP sememangnya bijak menggunakan kuasa, apabila memilih ahli Majlis di Selangor. Mereka menuntut sebagai MAJORITI terbesar di kalangan parti dalam Pakatan.

MPPJ, MPSJ dan banyak lagi Majlis Perbandaran kini menjadi 'milik' DAP sebagai kuasa mutlak.

PKR dan PAS yang sering melaungkan menjadi kuasa penentu hak Melayu ketika pembahagian kuota Exco atau Ahli Majlis akan terus diperbodohkan dengan gula-gula kuasa yang tidak seberapa manisnya.

Kepimpinan ala BULI, bukan perkara baru diamalkan di dalam DAP. Semenjak dari dahulu lagi mereka tidak pernah berubah. Tidak sesekali berganjak dari dasar parti chauvinist ini dan mereka percaya bahawa Melayu akan tunduk kepada mereka selagi dapat menjadi penentu kepada 'kuasa' politik.

Amat berlainan dengan amalan Barisan Nasional (BN) dengan formula kongsi kuasanya sering disalahertikan walaupun sudah menunjukkan keputusan Kabinet mengikut pecahan kaum.

Seperti kebiasaan, rakyat Malaysia juga lebih suka menunggu peristiwa hitam untuk membuat pilihan terbaik mereka. Sering kali tidak dapat meneka dan membaca agenda halus DAP sehingga melihat depan mata mereka dibuli.

DAP hari ini sudah berani mengisytiharkan untuk membina sebuah masjid di Kelantan untuk dijadikan bahan memujuk orang Melayu. Apa yang pasti cadangan DAP ini diterima dengan terbuka oleh orang Melayu terutamanya yang masih belum sedar akan agenda sulit yang cuba dimainkan parti pro komunis ini.

Bersempena bulan penuh keberkatan ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan mencari titik persamaan bangsa Melayu. Agar kita tidak terus dipermainkan dan digula-gulakan dengan kuasa politik palsu oleh DAP.

Selamat mengerjakan ibadah Puasa!

Mahadzir bin Hj Abdul Hamid,
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri KEDAH/ADUN Jeneri
Read Full 0 comments

#SupportTunMahathir : Bila ulaq ayaq jadi Pilihan ..

Rabu, 10 Jun 2015
Blog KedahTimes adalah blog picisan yang hanya dibaca oleh segelintir pembaca sahaja. Tidak seperti TV3 yang ditonton oleh ramai rakyat Malaysia.

TV3 memperolehi pendapatan ratus juta hasil penjualan iklan dan sebagainya. Blog KedahTimes tiada pendapatan,
TV3 menguasai pasaran TV awam dengan sejumlah besar penonton memilih untuk menonton TV3, dengan itu banyak syarikat memilih untuk membeli slot iklan untuk promosi barangan mereka.

TV3 diterajui oleh mereka yang berkaliber dalam perniagaan, tetapi KedahTimes hanya diuruskan rakyat marhein yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Tetapi KedahTimes sama sekali tidak akan menghina Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang banyak berjasa kepada Generasi dulu, sekarang dan akan datang hasil dari pemikiran dan perlaksanaannya.

KedahTimes tidak akan sama sekali mengambil ulasan atau ungkapan 'Ulaq ayaq' yang hidupnya dengan berniaga 'politik' seperti yang disiarkan dalam TV3. Pendapatan beliau adalah dari hasil jualan air liur politiknya.

KedahTimes tidak mahu berada tinggi setaraf TV3 dari segi perniagaan atau penarafan dalam bidang media. Dan KedahTimes juga tidak mahu berada sebegitu rendah dalam mengambil pendapat atau berita dari 'ulaq ayaq' seperti yang diungkapkan oleh Mummyrokiah dalam blognya.

Dan prinsip perjuangan KedahTimes adalah atas landasan Alif Baa Taa. Bukan atas prinsip keuntungan politik, individu atau perniagaan.

ads
Read Full 1 comments

#SupportTunMahathir : PM yang malang ..

Dipetik dari blog Tun M dan diubah ke Bahasa Malaysia utk tatapan semua.

1. Saya tertarik hati dengan keupayaan 1MDB untuk melabur 42 bilion Ringgit dalam banyak perniagaan. Seharusnya saya perlu benar-benar berpuas hati sepenuhnya dengan bagaimana 1MDB membelanjakan wang pinjaman besar itu yang ia dipinjam.

2. Tetapi malangnya saya tidak. Saya tidak, kerana maklumat itu datang dari Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul telah ditangkap bercakap tidak benar agak beberapa kali.

3. Sebaik sahaja beliau mengambil alih pengurusan 1MDB, beliau mengumumkan bahawa wang dari Pulau Cayman telah dikembalikan. Beliau berkata dengan secara jelas dan terang bahawa dia melihat tunai iaitu satu bilion dolar dalam bentuk wang tunai. Kemudian beliau berkata ia merupakan kenyataan. Apakah kenyataan? Akhirnya bank tersebut mengeluarkan kenyataan yang tiada tunai seperti yang disebut dan hanya dokumen yang disimpan di dalamnya dan dokumen tersebut membawa tandatangan palsu.

4. Beliau mungkin telah memberitahu Perdana Menteri mengenai longgokan nota wang inikepada Perdana Menteri, jadi Perdana Menteri menjawab soalan di Parlimen bahawa tunai disimpan dalam bank di Singapura. Ia tidak boleh dibawa balik ke dalam negara kerana Bank Negara terlalu banyak bertanyakan soalan. Menteri Kewangan perlu meluluskan atau tidak meluluskan semua kekangan/batasan atau kelulusan Bank Negara.

5. Kemudian bank-bank menafikan tunai dalam bank. Memalukan. Visi yang telah hilang. Tidak, ia bukan tunai. Ia adalah dokumen. Tidak, ia adalah unit. Apa unit? Tidak tahu. Bank mana? Tidak jelas. Misteri bertambah dalam.

6. Oleh itu, apabila Arul mengumumkan pelaburan sebanyak 42 bilion Ringgit, adakah ianya suatau benda lain yang dia lihat tetapi taada disana. Dan adakah kita guna duit pinjaman untuk membayar cukai? Cukai apa? Tiada keuntungan diisytiharkan tetapi cukai perlu dibayar. Berapa banyak? Kos pengurusan 1MDB pun berbilion!

7. Walau apa pun, banyak nama-nama yang diketahui telah menerima wang dari 1MDB tidak disebut. Banyak wang pergi ke syarikat-syarikat di Hong Kong dengan nama-nama pelik/lucu.

8. Apakah tiada bayaran dibuat kepada Petro Saudi, kepada Jho Low, kepada Brazen Sky dan lain-lain. Jho Low menafikan menerima pembayaran tetapi mengapa dia tidak buktikan bahawa beliau tidak menerima AS 260 juta (RM 988,000,000) dari 1MDB untuk membeli sebuah bank.

9. Arul telah berbohong sebelum ini. Kita boleh bayangkan bahawa untuk duit 42 bilion Ringgit inipun mungkin Arul berbohong lagi. Kemana sebahagian daripada 42 bilion Ringgit pergi masih boleh dipersoalkan.

10. Saya tidak fikir kita boleh menyelesaikan masalah di mana wang 1MDB pergi melalui mesyuarat/perjumpaan empat mata. Najib boleh menyelesaikan dengan membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa tiada wang telah hilang dari 42 bilion yang dipinjam.

11. Saya menganggap yang 1MDB berniat untuk membuat wang untuk Kerajaan. Tunjukkan berapa banyak keuntungan yang telah dibuat untuk kerajaan sejak 2009. Kenapa anda perlu meminjam wang untuk membayar faedah ke atas hutang?

12. Mengapa saham loji kuasa tidak boleh disenaraikan?

13. Mengapakah 1MDB membayar hanya 60-90 Ringgit bagi tanah Kerajaan yang kini mahu menjual pada harga 2000-4000 ringgit sekaki persegi? Dan kini tanah yang telah dibeli oleh Tabung Haji dijual kepada beberapa pembeli Indonesia dengan kerugian. Kerugian yang akan ditanggung oleh jemaah-jemaah haji.

14. Sebenarnya terdapat banyak soalan yang Perdana Menteri tidak perlu jawab kepada saya, tetapi sebaliknya kepada orang ramai. Wang ini bukan milik saya seorang. Soalan dari orangramai yang bertanya dan ingin tahu dimana wang mereka.

15. Wang ini adalah milik rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab polis, agensi anti-rasuah untuk menyiasat aduan dan laporan yang telah dibuat - termasuk oleh Bank Negara. Tetapi agensi-agensi berkaitan telah tidak menjalankan siasatan.

16. Terdapat suasana ketakutan yang menahan mereka daripada melakukan siasatan. Selagi PM menjadi Perdana Menteri, menyiasat perkara-perkara yang melibatkan dirinya adalah tidak mungkin berlaku. Ia adalah perlu untuk PM melepaskan kedudukan dan kuasanya jika Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Awam atau Suruhanjaya Diraja hendak mendedahkan kebenaran.

17. Saya pergi ke forum "aNothing2Hide" demgam harapan untuk mendengar penjelasan daripada Dato Sri Najib dan bertanya soalan. Tetapi ia telah dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

18. Saya menonton klip video kejadian yang berlaku. Tidak ada ancaman kepada keselamatan kecuali Ali Tinju membuat banyak bunyi bising. Ia adalah jelas beliau mahu mesyuarat itu dibatalkan. Kita tahu dia memihak kepada siapa. Adalah amat kesian/malang. Najib sepatutnya boleh menjelaskan segala-galanya dan orang-orang seperti saya akan disenyapkan.

ads
Read Full 0 comments

#UndurNajib : 1MDB ooo 1MDB

Kedahtimes bukanlah pakar dalam menganalisa sesuatu bisnes atau syarikat. Tetapi perkara asas tentang  perniagaan, kerajaan dan syarikat tu, KedahTimes tahu la sikit-sikit.

Dalam kes 1MDB, pertanyaan Tun M tentang duit pinjaman sebanyak RM42 Bilion tu adalah valid. Kenapa? Kerana sebagai rakyat biasa, itu adalah haknya untuk mendapatkan maklumat tentang duit yang begitu banyak. Kemana dan dimana pergi duit tersebut sebab selama ini rakyat hanya disuruh 'percayalah kepada saya' sahaja. Tanpa ada pengesahan serta bukti-bukti apa yang sedang berlaku.

Bila dijolok perkara senang pun tidak boleh diberi jawapan, maka mulalah timbul syak wasangka.

Rupa-rupanya ianya lebih teruk dari yang disangka. Pelbagai pihak terlibat dengan 1MDB ini samada dari dalam negara atau luarnegara.

Tabung Haji, Telaga Minyak Terengganu,Bank-bank Tempatan ada kaitan dengan 1MDB.

Petrosaudi, Cayman Islam, BSI, KRazen dan banyak lagi syarikat luar yang terlibat.

Jho Low, anak angkat PM, dan entah sapa lagi yang terlibat dalam dalam hal 42 bilion ini.
Ketidakmampuan semua yang terlibat dalam SKANDAL 1MDB ini membuatkan timbul pelbagai soalan baru.

Soalan lama pun tidak terjawab, inikan pula soalan baru yang semakin complicated.

Menyerang atau memburukkan si penanya tidak akan sesekali menyelesai masalah, malah akan ada tindak balas yang lebih dahsyat bakal menjelma. Ingat baling bola ke dinding, lantunannya mungkin terkena kepala pembaling semula.

Inilah bakal berlaku kepada Najib da jika dia terus berkeras untuk meneruskan memerintah dengan membiarkan isu 1MDB menjadi duri dalam daging. Malah UMNO dan BN bakal menerima akibatnya jika Najib terus berdegil.

Kita harap Najib pegang slogan dia ' Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan'.  Bukan 'Diri didahulukan, Pencapaian dikebelakangkan'.


ads
Read Full 1 comments

#SupportTunMahathir: Jemuan berada disekeliling PM

Ahad, 7 Jun 2015
Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak

1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan  yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan. 

2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).
3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir. 

4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.

5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini  telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.
6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.

7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam  untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini ( dan yang sekutu dengannya).

8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.

9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.

11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.

12. Bayangkanlah 'feel good factor' yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya'ban ini,

13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.

14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.

16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.

17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- "Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro" (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).

18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.

18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia. 

19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:-
" Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" (Al Hujurat, ayat 10).

Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam
Read Full 2 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates