Rabu, 17 Jun 2015

#SupportTunMahathir : Bila Legasi Tun M cuba dimusnahkan

TV3 telah menyiarkan satu dokumentari yang kononnya menganalisa kemajuan Proton secara komprehensif selepas 20 tahun ditubuhkan.

Tetapi apa yang cuba ditonjolkan oleh TV3 ialah kesalahan atau kegagalan Proton dan Tun Mahathir sepanjang kewujudan Proton. Malah tidak disiarkan pun kebaikan yang diberikan hasil kewujudan Proton.

Inilah strategi terbaru Konsultan Media Perdana Menteri Malaysia DS Najib yang dilihat amat gelabah dengan sokongan rakyat yang semakin pudar terhadap beliau. Malah strategi memburukkan lawan yang dipilihan belum tentu dapat membersihkan imej beliau yang agak comot dengan skandal 1MDB yang tidak pernah diceritakan kepada rakyat walaupun selepas soalan demi soalan dihamburkan oleh rakyat dan Tun Mahathir.

Apakah 'Character Assasination' ini bakal mencantikkan imeh PM DS Najib? Apakah taktik ini bakal merobohkan imej dan legasi Tun Mahathir seperti yang dihasratkan oleh Lim Kok Wing se waktu bertemu dengan Tun M.

Jika legasi Tun Mahathir yang ingin dihancurkan, maka legasi dan kebanggaan rakyat Malaysia bakal dihancurkan. Siapakah yang rugi?

Proton, PLUS, KLCC, Putrajaya, KLIA, F1 Sepang, Cyberjaya, dan banyak lagi legasi Tun Mahathir dan juga legasi kebanggaan rakyat Malaysia perlu dihancurkan. Siapakah yang bakal mendapat imej yang buruk?

Bagi KedahTimes, ianya sudah tentu pihak yang cuba menjahanamkan legasi-legasi tersebut.

Tindakan mereka melakukannya melalui TV3 yang pelancarannya dilakukan Tun Mahathir sendiri menunjukkan mereka tiadk sensitif terhadap perasaan dan kebanggaan rakyat. Malah mereka tidak sensitif kepada perniagaan TV3 iyu sendiri. Sudah ada ura-ura ingin memboikot TV3 kerana banyak alternatif lain yang diperolehi seperti channel dari Astro dan HyppTV.

KedahTimes menyarankan kepada TV3, janganlah kita jadi TV tiga suku seperti yang dicanangkan oleh pembangkang satu masa dulu. Janganlah jadi pemakan dedak yang hanya tahu sondol kerana ketagih dedak demi untuk mendapat dedak yang lebih. Dedah tetap dedak. Ia tidak akan jadi nasi atau tepung.

ads

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apabila Utusan Malaysia yang mendakwa membina dan mencorakkan minda bangsa Melayu tidak memberikan liputan meluas kepada perhimpunan TMJ di Johor Bahru, apakah lagi yang kita harapkan daripada akhbar ini? Nampaknya PM Najib semakin menghampiri jawatan Presiden Malaysia Pertama. Apakah tindakannya 'merompak' RM42 billion untuk 1MDB tanpa pengetahuan kabinet tidak menunjukkan 'kekuasaan' Najib?

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya hendak kondem proton&TDM harap pihak TV3 carilah orang yang tahu tentang kereta,buat masa sekarang semua jenis kenderaan yang dijual diMalaysia mempunyai pusat service sendiri dengan spare parts yang tulin.Sekiranya berlaku satu-satu kerosakan pi claim balik dengan mereka.Semuanya sudah menggunakan komponen elotorink bagi menjalakan kenderaan ini,bagitu juga dengan service yang diberikan mesti menggunakan peralatan tertentu.Harapan berhentikan segala fitnah-fitnah yang akan memakan diri sendiri.Sekira TDM buat salah dari segi pandangan anda buat laporan polis/sprm untuk tindakan.Itu yang lebeh baik.Bagai mana sekiranya seorang bapa bertanya sesatu kisah jawapan tak diberi dengan tepat sebalik dianya dicerca,adilkah?.

Tanpa Nama berkata...

Habis Tun dah musnahkan kerjaya beberapa orang PM tu bagaimana? Ini mungkin kifarah kot apabila seseorang itu mungkin membuat kerja x ikhlas tapi kerana nama.

Tanpa Nama berkata...

memang proton tak bagus kalau tak tak kan kerajaan pakatan rakyat baru 3 bulan memerintah tukar semua kereta resmi kerajaan negeri sume proton woi.proton ni orang beli harap murah je dan tawaran istimewa dari kerajaan. bila orang cakap marah terima kenyataan. najib tolong selamatkan sal ramai pekerja melayu hang bagi tau berapa ramai cina yang pakai proton banding orang melayu itu pun mahathir tak sedar diri proton pun macam khazanah negara je suka tak suka kena bagi hidup kalau tak mati lah satu legasi.

Katakana puru berkata...

Tiada lain yang benar, itu lah yang ingin dibuat oleh punahsihat media hendak menjahanamkan legasi Mantan PM Tun. Yang ingin di hancur kan ialah proton yang menjadi lagenda kereta nasional, oleh sebab "weakness" yang amat senang di korek!, bagaimana dengan lain legasi yang mantan PM tun bina, juga hendak dicari "kelemahan" nya. ?. Punahsihat media cukup lah..ada kah pukimak media dapat menghancurkan legasi beliau...I DON'T THINK SO!. You put more hatred by the netizen on what you are doing, You ARE BLOODY SCUM BACK!, I have no choice of not ticking you all in my next PAU14,..insyallah!....Hidup Tun..!.

Tanpa Nama berkata...

Boikot TV3 dan produk iklan2 nya juga.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates