Rabu, 10 Jun 2015

#SupportTunMahathir : Bila ulaq ayaq jadi Pilihan ..

Blog KedahTimes adalah blog picisan yang hanya dibaca oleh segelintir pembaca sahaja. Tidak seperti TV3 yang ditonton oleh ramai rakyat Malaysia.

TV3 memperolehi pendapatan ratus juta hasil penjualan iklan dan sebagainya. Blog KedahTimes tiada pendapatan,
TV3 menguasai pasaran TV awam dengan sejumlah besar penonton memilih untuk menonton TV3, dengan itu banyak syarikat memilih untuk membeli slot iklan untuk promosi barangan mereka.

TV3 diterajui oleh mereka yang berkaliber dalam perniagaan, tetapi KedahTimes hanya diuruskan rakyat marhein yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Tetapi KedahTimes sama sekali tidak akan menghina Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang banyak berjasa kepada Generasi dulu, sekarang dan akan datang hasil dari pemikiran dan perlaksanaannya.

KedahTimes tidak akan sama sekali mengambil ulasan atau ungkapan 'Ulaq ayaq' yang hidupnya dengan berniaga 'politik' seperti yang disiarkan dalam TV3. Pendapatan beliau adalah dari hasil jualan air liur politiknya.

KedahTimes tidak mahu berada tinggi setaraf TV3 dari segi perniagaan atau penarafan dalam bidang media. Dan KedahTimes juga tidak mahu berada sebegitu rendah dalam mengambil pendapat atau berita dari 'ulaq ayaq' seperti yang diungkapkan oleh Mummyrokiah dalam blognya.

Dan prinsip perjuangan KedahTimes adalah atas landasan Alif Baa Taa. Bukan atas prinsip keuntungan politik, individu atau perniagaan.

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya rakyat marhein memberikan sokongan pada Kedah Times selagi mana blog ini bercakap benar tanpa prejudis.

Ramai lagi rakyat macam saya dah tak tengok TV3, dan makin meninggalka blog2 kaki bodek Najib.

Sebab pada saya, Najib cakap tak serupa bikin. Banyak menipu dan tunjuk lagak.

Jadi, pada sesiapa yang menyokong penimpin macam ni tanpa guna akal akan ditolak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates