Rabu, 10 Jun 2015

#UndurNajib : 1MDB ooo 1MDB

Kedahtimes bukanlah pakar dalam menganalisa sesuatu bisnes atau syarikat. Tetapi perkara asas tentang  perniagaan, kerajaan dan syarikat tu, KedahTimes tahu la sikit-sikit.

Dalam kes 1MDB, pertanyaan Tun M tentang duit pinjaman sebanyak RM42 Bilion tu adalah valid. Kenapa? Kerana sebagai rakyat biasa, itu adalah haknya untuk mendapatkan maklumat tentang duit yang begitu banyak. Kemana dan dimana pergi duit tersebut sebab selama ini rakyat hanya disuruh 'percayalah kepada saya' sahaja. Tanpa ada pengesahan serta bukti-bukti apa yang sedang berlaku.

Bila dijolok perkara senang pun tidak boleh diberi jawapan, maka mulalah timbul syak wasangka.

Rupa-rupanya ianya lebih teruk dari yang disangka. Pelbagai pihak terlibat dengan 1MDB ini samada dari dalam negara atau luarnegara.

Tabung Haji, Telaga Minyak Terengganu,Bank-bank Tempatan ada kaitan dengan 1MDB.

Petrosaudi, Cayman Islam, BSI, KRazen dan banyak lagi syarikat luar yang terlibat.

Jho Low, anak angkat PM, dan entah sapa lagi yang terlibat dalam dalam hal 42 bilion ini.
Ketidakmampuan semua yang terlibat dalam SKANDAL 1MDB ini membuatkan timbul pelbagai soalan baru.

Soalan lama pun tidak terjawab, inikan pula soalan baru yang semakin complicated.

Menyerang atau memburukkan si penanya tidak akan sesekali menyelesai masalah, malah akan ada tindak balas yang lebih dahsyat bakal menjelma. Ingat baling bola ke dinding, lantunannya mungkin terkena kepala pembaling semula.

Inilah bakal berlaku kepada Najib da jika dia terus berkeras untuk meneruskan memerintah dengan membiarkan isu 1MDB menjadi duri dalam daging. Malah UMNO dan BN bakal menerima akibatnya jika Najib terus berdegil.

Kita harap Najib pegang slogan dia ' Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan'.  Bukan 'Diri didahulukan, Pencapaian dikebelakangkan'.


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kedah Times ke sesiapa tidak perlu merendah diri terlalu sangat. Cuba lihat punca segala masaalah, si Bugis tuh pakar ke???

Powerpoint $42 Billion hutang pakar ke???

Menipu didalam parliament kemudian pinda jawapan, pakar ke???

NoShow di program townhall sendiri, pakar ke???

Pengerusi Badan Penasihat 1MDB tapi Clause 117 perlu kelulusan terus dari PM, juga Menteri Kewangan, semua dia. Bila disoal kata jawab tapi macam 1MDB buat hutang tutup hutang, jawab cara buat kelentong tutup kelentong lama, pakar ke???

Banyak lagi lah tapi tak perlu ulas panjang, JMD, Kijang Emas, Wan Faysal, Matthias, DT dan ramai pakar membuat ulasan secara simple dimana rakyat boleh faham dengan jelas, tapi tidak jawapan dari bugis-degil hanya kelentong, temberang sana sini buat roadshow berani tapi Nothing2Hide jadi Cowhide - sinonim betul dengan nama kulit lembu!

Najib nih kalau dia guna otak, FB dia menampak kan rakyat begitu menyampah dan meyumpah, dalam beribu setiap ulasan baru dari 'pahlawan' lembing kemik nih akan dihentam rakyat sehabis mungkin! Benda semudah itu pun dia oblivious to the facts that the mass has had enough with his shits.

Yang mungkin bugis ni pakar adalah 'blurr-cock' nya, itu dia sangat pakar.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates