Isnin, 10 Ogos 2015

#SupportTunMahathir: Krisis UMNO dan kepimpinan

Assalamualaikum

Sekian lama mendiamkan diri, tapi hari ini tergerak utk memegang keyboard notebook yang dah lama dibiarkan. 

KedahTimes tidak sanggup lagi melihat krisis kepimpinan UMNO yang sudah berlarutan beberapa lama. Krisis dimana Presiden dan juga Perdana Menteri diragui tentang kepimpinannya. 

Ini adalah akibat dari beberapa isu yang terpalit dengan Presiden UMNO sendiri. Dari kegagalan memberi penerangan sejelasnya tentang hutang dan kemana pergi duit OneMDB sebanyak 42 Bilion sehinggalah kepada kemasukkan wang sebanyak 2.6B kedalam akaun personal Perdana Mentari.
Kesemuanya tidak ditandatangani dengan baik. Jawapan kepada soalan yang sama berubah-rubah apabila ditanya diwaktu dan hari yang berlainan.

Satu contoh terbaik ialah duit TUNAI yang dikatakan diperolehi kembali dari PtroSaudi disimpan di Singapura. Apabila dinafikan bank di Singapura, jawapan yang diberikan pula ialah duit itu adalah dalam bentuk DOKUMEN. Selepas ditekan dengan pelbagai soalan tambahan. AKhirnya duit itu menjadi UNIT. Satu soalan yang sama tetapi mendapat jawapan yang berlainan pada waktu dan masa yang berlainan. Ini belum dikira jawapan dari trooper upahan kerajaan yang KedahTimes rasa tidak ada kredibiliti langsung kerana mereka bekerja atas dasar imbuhan.


Contoh kedua terbaik ialah berkaitan duit 2.6b yang mulanya dibawa oleh WSJ. Kita tidak kisah samada WSJ melakukan itu atas dasar sokongan kepada pembangkang atau tidak, tetapi jawapan mestilah konsisten. Sehinggan ke hari ini TIADA saman dikeluarkan kepada WSJ seperti yang diwar-warkan kepada umum.

Malah pada awalnya penafian ke atas penerimaan 2,6b ke dalam akaun peribadi itu diwar-warkan. Selepas semakin didesak, jawapan berubah bahawa PM tidak menggunakan duit tersebut untuk pribadi tapi untuk rakyat. Secara otomatik mengiyakan penerimaan 2.6b tersebut ke dalam akaun peribadi beliau. Berlawanan dengan jawapan awal yang tiada wujud penerimaan wang ke dalam akaun peribadi sebanyak 2.6b.

Akhir-akhir ini jawapan kedua diperkukuhkan lagi dengan pelbagai kenyataan yang menghalalkan penerimaan wang tersebut. Apakah 'game' sebenar' yang cuba dimainkan?

Terkini, sokongan ahli UMNO pula ditagih. Presiden memohon ahli UMNO mempertahankan beliau dari serangan pembangkang. Kenapa? Tidak efektifkah trooper yang dibayar kerajaan sehingga merayu memohon ahli UMNO yang sekarang ini berbelah bahagi dan curiga terhadap Presiden mereka?

Kenapa? Sudah kehabisan duitkah untuk membayar trooper yang duit menjadi buruan mereka?

Menggugurkan beberapa tokoh dari kabinet menambah kusutkan lagi keadaan. Ini memberi tanggapan kepada rakyat bahawa apa yang ditanya, ditulis dan diperkatakan tentang OneMDB serta duit 2.6b sudah menjadi satu kebenaran.

Menggugurkan AG dari panel siasatan, menangkap pegawai SPRM yang sedang menyiasat juga mengukuhkan lagi tanggapan rakyat terhadap salah laku oleh PM ke atas OneMDB dab duit 2.6b tersebut.

Suara-suara lantang perwakilan bercakap dalam persidangan UMNO serta memo dari bahagian perlu diambil kira Presiden. Beliau perlu mengutamakan kehendak rakyat dan ahli UMNO.

Dunia sedang memerhati. Ada yang hanya melihat. Ada yang merasa kasihan dan ada yang bakal mengambil peluang. Media antarabangsa sudah mula menulis tentang isu ini. Malah ada yang menjadikan ianya satu lawak jenaka pemerintahan abad ini.

Impaknya amat besar. Walaupundikatakan asas ekonomi Malaysia amat kukuh, tetapi nilai matawang kita menurun berbandng dengan USD. Kenapa? Padahal USA ekonominya amat 'vulnerable' disebabkan hutang yang amat banyak.

DAP dan pembangkang menangguk di air keruh
Apakah sudah berlaku krisis keyakinan kepada Malaysia oleh negara asing? Rakyat didahulukan, pencapaian sudah dilupakan!

UMNO tidak bersalah tetapi pemimpin yang menerajuinya yang membawa ke jalan yang tidak direstui ahli dan rakyat amnya.

KedahTimes merasakan yang sudah tiba masanya PM dan Presiden memikir secara mendalam kepentingan agama, bangsa dan negara. Dahulukan rakyat seperti yang diwar-warkan.

#UndurNajib.  

ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Gagal menjelaskan atau tak mahu menjelaskan. Kenapa seolah2 macam tak mahu menjelaskan? Adakah sesuatu yang nak disembunyikan?

Tanpa Nama berkata...

Air sudah sampai paras hidung,mau tengglamkah atau mau timbul?,mesti mau timbul.Jadi jangan marah ya!,kepala siapa kena pijak terima saja.Apa saja ada disekeliling mesti jadi pelampong.Kemungkinan itulah adat dalam politik.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates