Rabu, 12 Ogos 2015

PELAN INDUK SINDIKET JENAYAH JHO LOW & 1MDB : Berdasarkan Acuan Goldman Sachs & Bank-Bank Besar Global

Oleh Matthias Chang – Pengarang Future Fast-Forward (Dalam 4 Bahagian) 

BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK BESAR GLOBAL 

BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL 

BAHAGIAN 3: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PARA PENYANGAK PENIPUAN 1MDB 


BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK-BANK BESAR 

Semua perompak dan penyangak mempunyai kaedah atau pelan induk mengenai bagaimana untuk merompak sebuah bank atau memecah masuk ke dalam bilik kebal bank tempat simpanan wang tunai dan jongkong emas. Dalam mana-mana siasatan jenayah, pihak polis umumnya akan menganalisis bukti-bukti yang ditinggalkan bagi menentukan, sebagai contoh, bagaimana si perompak berjaya melepasi sistem keselamatan, cara mereka menembusi suatu yang disering dianggap sebagai bilik kebal yang tidak mampu dipecah masuk langsung dan kemudiannya berjaya mendapatkan jongkong emas serta wang tunai dan perancangan mereka untuk melarikan diri dan lain-lain. 

Kes Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB turut mempunyai pelan induk – master-plan. Tetapi, disebabkan ahli-ahli Sindiket ini tidak cukup cerdik dan asli, mereka bertindak meminjam acuan - template rompakan kewangan yang telah digunakan pada masa lalu (contohnya, pelan induk) dari bank-bank besar global seperti Goldman Sachs, J.P. Morgan, Deutsche Bank, UBS dan sebagainya.

Acuan tersebut ternyata mudah. Penggunaan perundangan, instrumen dan saluran yang diterimapakai peringkat antarabangsa untuk secara haram menggerakkan sejumlah wang sekaligus dapat mengelakkan undang-undang antarabangsa berkenaan pengubahan wang haram. 

Namun begitu, setakat ini belum pernah ada pelan induk yang kalis siasatan and tidak dapat dikesan. Sentiasa terdapat kelompongan dalam perisai gah pelan induk itu yang mana pada akhirnya mendedahkan perompak dan penyangak untuk dikesan dan didakwa. Kadang kala, mereka secara tidak sengaja meninggalkan petunjuk-petunjuk yang mendedahkan kepada perancangan paling rumit dalam pelan induk mereka. 

Sebagai pembuktian kepada hujah-hujah diatas, marilah kita menganalisis transaksi pertama antara Usahasama 1MDB dengan para penyangak Arab tersebut. 

Ini adalah acuan klasik dalam kerja-kerja menipu atau penyelewengan kewangan yang begitu cemerlang dan berkepentingan tinggi melibatkan pula sebuah kerajaan ataupun sebuah badan kawalan kerajaan. Apabila ia melibatkan sebuah kerajaan mahupun badan kawalan kerajaan, selalunya ia bertujuan untuk secara kewangan memusnahkan negara yang menjadi sasaran (kaedah yang digemari oleh diktator, kerajaan yang rasuah ataupun institusi kewangan) dan ini amatlah sukar untuk dibongkar atas sebab sumber-sumber yang ditugaskan untuk melindungi jenayah tersebut dilaksanakan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan dengan menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki. Bagaimanapun Tuhan Maha Pencipta Segala Perancangan mengatur dan menentukan sesuatu dengan cara yang tidak disangka-sangka oleh kita sebagai manusia. 

Kadang-kadang, ia melibatkan kerjasama antara dua buah kerajaan yang rasuah yang mempunyai agenda yang sama. Pemerintahan diktator tentera Amerika Selatan dan kerajaan monarki mutlak Timur Tengah serta aktiviti perisikan mereka menggunakan acuan sebegini untuk menaja peperangan selain memperkayakan ahli-ahi dalam pemerintahan oligarki mereka. Ia turut melibatkan kartel dadah antarabangsa dan dalam jenayah rompakan kewangan sadis semacam ini, trillion USD berjaya dilesapkan. Setiap pilihan yang keji akan digunakan bagi menjayakan muslihat jahat ini. 

Namun begitu, kesemua pelaku-pelaku yang disebut diatas tidak mampu untuk merancang penyelewengan sebegitu rupa atau membolot harta negara tanpa adanya penglibatan aktif dan khusus oleh bank-bank global, firma akaun antarabangsa dan juga peguam yang mempunyai kepakaran dalam perjanjian merentasi sempadan menggunakan sumber syarikat-syarikat pelindung yang didaftarkan di syurga-syurga cukai.

Ini bukanlah sekadar putar belit ataupun cerita dongeng!

Misalnya sila google “financial fraud and manipulation of markets by global banks” (penipuan kewangan dan manipulasi pasaran oleh bank-bank global) dan anda semua akan mendapati penjelasan yang lengkap. Nama-nama besar seperti Goldman Sachs, HSBC, Deutsche Bank, JP Morgan dan sebagainya akan tersenarai. Dan nama-nama ini yang digelar bank-bank besar global yang mempunyai reputasi. Tetapi, mereka semua adalah syarikat penjenayah! Penulis telah menjalankan kajian yang mendalam tentang semua jenis penipuan ini bahkan telah menulis sebuah buku tentang ini berjudul ‘The Shadow Money-Lenders’! 

Penulis sanggup membayar 1 Juta USD kepada sesiapa yang dapat menunjukkan kepada penulis bahawa bank-bank besar global yang disebutkan tadi tidak terlibat dengan aktiviti jenayah seperti menjual produk kewangan yang penuh penipuan dan pengubahan wang haram dan juga manipulasi terang-terangan ke atas LIBOR (kadar faedah), matawang, komoditi, pasaran emas dan sebagainya. Tetapi, sekiranya sesiapa berani untuk menyahut cabaran dan gagal untuk membuktikan bahawa penulis silap maka dia harus membayar kepada penulis 250,000 USD. Andainya sesiapa merasakan cabaran ini berbaloi, maka sahutlah pertaruhan ini. 

Manusia yang jujur seperti anda dan penulis tidak akan melakukan penipuan sebegini dan andainya berani memikirkannya sekalipun, ia pasti hampir kepada mustahil


sekiranya tiada akses kepada orang-orang yang menggunakan kuasa politik atau orang-orang disekeliling mereka. Kedua-dua pihak perompak dan penyangak dan juga bank-bank besar global bertanggungjawab ke atasnya! / It takes two to tango!

BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL 

Sekarang, mari kita menelusuri semula Projek Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Keseluruhan penipuan ini telah dilaksanakan oleh Jho Low dan “rakan kongsi Malaysia” beliau dalam 1MDB dan rakan kongsi Arab dalam kumpulan syarikat PetroSaudi diketuai oleh “Ketua Penyangak Arab”, Tarek Obaid, dengan pengetahuan dan kelulusan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. 

LANGKAH 1: Pada 18 September, 2009 sebuah Syarikat Usahasama bernama 1MDB-PetroSaudi Ltd, telah secara rasmi ditubuh-daftarkan di Pulau British Virgin oleh Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB. Malah penubuhan syarikat ini dibuat sebelum perjanjian dan persetujuan Usahasama ditandatangani oleh 1MDB. 

Usahasama adalah sah dan diperakukan dari segi undang-undang dan transaksi perniagaan sekiranya kedua rakan kongsi tersebut mahu berurusan bersama. Namun begitu, apa yang memeranjatkan dalam kes ini, Usahasama ini telah ditubuh-daftarkan di lokasi syurga cukai, iaitu Pulau British Virgin. Tidak semua perniagaan yang didaftarkan di sini merupakan syarikat bersangkut paut jenayah tetapi semua syarikat tersebut cuba untuk mengelak dari membayar cukai dan bertujuan memastikan selamat dari pemantauan agensi-agensi kerajaan yang dengan bertanggungjawab melihat secara lebih mendalam syarat dan perlaksanaan amalan syarikat-syarikat tersebut. 

LANGKAH 2: Pada 25 September, 2009, satu pinjaman telah diberikan oleh sebuah syarikat bergelar PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd, berjumlah 700 Juta USD kepada Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Pinjaman ini dinyatakan dibuat untuk Syarikat Usahasama bagi memperolehi keseluruhan modal berbayar sebuah syarikat bernama PetroSaudi International Ltd (didaftarkan di Pulau Cayman) yang telah didakwa memiliki aset minyak dan gas. Walhal pada masa yang sama, tidak terdapat pun sebarang asset oleh syarikat ini, PetroSaudi International Ltd ataupun mana-mana syarikat PetroSaudi yang lain. Hakikatnya modal berbayar syarikat ini hanyalah sejumlah 1 USD. Gila! Sebuah syarikat yang bernilai hanya 1 Dollar Amerika! Sememangnya suatu yang gila meminjam 700 Juta USD untuk membeli sebuah syarikat bernilai hanya 1 USD! Kesemua ini dilakukan sebelum perjanjian Usahasama dimeterai. Namun, pinjaman tersebut merupakan pinjaman palsu atau rekaan semata-mata. 

Memberikan pinjaman merupakan satu bentuk perniagaan yang sah, bagaimanapun dalam kes ini, pinjaman tersebut diada-adakan untuk melindungi satu transaksi yang tidak wujud, contohnya tentang Syarikat PetroSaudi International Ltd (Cayman) mempunyai aset dan mahu menjual aset tersebut kepada Syarikat Usahasamanya. Fakta bahawa aset tersebut tidak wujud tidak pernah dipersoalkan oleh pihak pengurusan 1MDB begitu juga Lembaga Pengarah 1MDB yang boleh menunjukkan bahawa sebahagian pengurusan 1MDB menyedari penipuan tersebut iaitu tentang ketiadaan aset seperti yang didakwa. Terdapat laporan penilaian tentang aset-aset tersebut namun tiada sebarang petunjuk atau bukti bahawa PetroSaudi International Ltd memiliki aset-aset itu. 
Sebagai contoh, apakah tujuan memperolehi nilai sesuatu hartanah sekiranya anda tidak mengenali tuan sebenar tanah tersebut sama seperti yang ditunjukkan pada geran dan pada pendaftaran di Pejabat Tanah? Adakah anda sanggup membeli hartanah dari seorang Arab sekiranya anda tidak memeriksa terlebih dahulu adakah orang Arab tersebut adalah tuan yang berdaftar secara sah? Hanya seorang yang bodoh yang akan membeli hartanah tanpa pemeriksaan rapi. Tetapi inilah perkara yang dilakukan oleh pengurusan 1MDB. Dan ini juga telah diluluskan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Persoalannya, mengapakah Perdana Menteri meluluskan transaksi yang sebegitu? 

LANGKAH 3: Pada 28 September, 2009, persetujuan Usahasama telah ditandatangani antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. 1MDB telah diwajibkan membayar 1 Billion USD untuk menjana 1 Billion saham dalam Syarikat Usahasama ini. Penyangak Arab yang keji itu sepatutnya menyuntik apa yang digelar aset bernilai kira-kira 2.5 Billion USD untuk mendapat 2.5 Billion saham kerana mereka mahukan pemilikan majoriti. 

Disebabkan ketiadaan aset berjumlah 2.5 Billion USD telah disuntik ke dalam Syarikat Usahasama, 1MDB-PetroSaudi Ltd, penyangak Arab tersebut bersama dengan Jho Low dan rakan-rakannya akan mendapat 2.5 Billion saham secara percuma. Walaubagaimanapun, 1MDB tetap perlu membayar 1 Billion USD secara tunai sebagai saham palsu dalam syarikat yang tidak mempunyai aset. 

Inilah cara bagaimana si perompak dan penyangak dalam 1MDB bersama rakan kongsi Arab mereka menggunakan undang-undang dan pelindungan untuk membawa keluar dari Malaysia wang 1 Billion USD berdasarkan alasan palsu satu pelaburan luar negara melalui sebuah Syarikat Usahasama. 

LANGKAH 4: Dengan tiba-tiba, pada 29 September, 2009, sebuah Syarikat Usahasama telah diminta untuk menyelesaikan hutang yang disebutkan hanya selepas 4 hari diluluskan. Ia bukanlah sesuatu yang pelik bahawa tiada siapa yang bertanya, mengapakah sebuah pinjaman yang diberikan pada 25 September, 2009 harus dibayar secara serta-merta. Mengikut perjanjian Usahasama, pinjaman tersebut mestilah dibayar pada atau sebelum 30 September 2009. 

Oleh itu, tanpa penglibatan dan pengetahuan langsung pada semua peringkat pengurusan 1MDB dan juga Kementerian Kewangan, pinjaman yang direka yang bernilai 700 Juta USD tersebut tidak mungkin boleh dibayar. Sekiranya pihak pengurusan 1MDB memeriksa tentang kewujudan asset yang dimilik oleh PetroSaudi International Ltd, sudah pasti mereka akan mengetahui perihal sebenar bahawa ia merupakan penipuan dan tiada sebarang aset bagi syarikat tersebut. Bagaimanapun mereka tidak memeriksa kerana mereka adalah sebahagian dari rancangan penipuan untuk menipu Malaysia dan semua ini telah dilakukan dibawah pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri. 

BAHAGIAN 3: Sambungan BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBA

LANGKAH 5: 1MDB telah membayar semula pinjaman kira-kira 700 Juta USD pada 30 September 2009. Wang tersebut tidak dibayar secara terus kepada akaun bank Syarikat Usahasama tetapi telah diarahkan oleh penyangak dan perompak Arab kepada bank Amerika Syarikat, JP Morgan Chase yang mana akhirnya 700 Juta USD tersebut dibayar ke RBS Coutts di Zurich atas nama akaun Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakanrakannya. 

 Mengikut prosedur biasa dan betul, sekiranya Syarikat Usahasama benar-benar meminjam wang 700 Juta USD tersebut untuk membeli aset, wang tersebut (700 Juta USD) hendaklah dibayar terus ke dalam akaun bank Syarikat Usahasama bagi menunjukkan bahawa 1MDB sudahpun membayar untuk sebahagian dari saham 1 Billion. 1MDB sepatutnya membayar 1 Billion USD untuk saham bernilai 1 Billion. Setelah itu, Syarikat Usahasama boleh menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan sebahagian modal perkongsian (wang) bagi menjelaskan hutang-hutang tertunggak. Sebaliknya ia telah dibayar terus ke syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan Syarikat Usahasama. Bayaran ini telah disalurkan ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya. 

Oleh yang demikian, kita dapat melihat dengan jelas sekarang bagaimana sejumlah wang bersih dari Malaysia telah disonglap untuk tujuan pelaburan sebagai pelindung cerita tetapi berakhir dalam akaun Jho Low & Sindiket Jenayah 1MDB. Baki dari jumlah 1 Billion USD, iaitu 300 Juta USD telah dibayar ke dalam Syarikat Usahasama untuk membiayai perbelanjaan Syarikat Usahasama dan lain-lain. Sekali lagi, hal ini tidak disemak dengan betul dan tidak dimasukkan ke dalam kira-kira Syarikat. Sebahagian dari jumlah 300 Juta USD ini telah dibahagikan kepada sesama ahli Sindiket Jenayah tersebut. 

LANGKAH 6: Para penyangak Arab tersebut tidak menyalurkan aset 2.5 Billion USD kerana mereka sebenarnya bukanlah tuan kepada aset-aset tersebut. Ini merupakan satu penipuan besar. Keseluruhan Usahasama merupakan kegiatan penipuan untuk memastikan 1 Billion USD keluar dari Malaysia bagi memenuhi agenda tersembunyi. 

Oleh itu keseluruhan 1 Billion USD telah disonglap keluar dari Malaysia bagi tujuan perniagaan yang sah tetapi kemudiannya wang tersebut lesap untuk tujuan yang tidak sah. Langkah 1 hingga 6 menggambarkan betapa acuan dan kaedah penipuan telah dipraktikkan oleh para penipu antarabangsa yang sofistikated! Pengurusan 1MDB turut menjadi sebahagian dari skema penipuan. Manakala Perdana Menteri pula meluluskan semua transaksi. 

Sejak hari pertama idea penubuhan 1MDB hingga ke peringkat perlaksanaan, objektif keseluruhan perlaksanaannya adalah jenayah. 1MDB adalah sebuah syarikat jenayah untuk melesapkan 1 Billion USD dari Malaysia. 

LANGKAH 7: Perjanjian Usahasama telah ditamatkan pada Mac 2010, hanya 6 bulan selepas 1 Billion USD dibayar sepenuh oleh 1MDB. Apakah namanya Usahasama sebegini? Pernahkah anda mendengar Usahasama yang diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia (contohnya 5 Perdana Menteri sebelum ini) dan kemudian ditamatkan dalam tempoh 6 bulan gara-gara rakan kongsi Usahasama tidak mempunyai aset bernilai 2.5 Billion USD untuk dimasukkan ke dalam Syarikat Usahasama? 

PM Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang melakukan perjanjian seperti ini. Mengapakah ini boleh berlaku? 

Apabila semua wang telah dilesapkan oleh penyangak, perniagaan yang sah ditutup bagi mengelakkan dari dikesan segala perkara yang menyalahi undang-undang dan juga kesankesan wang tersebut. 

LANGKAH 8: Para penyangak kemudiannya membuat transaksi kewangan sah yang lain bagi menutup transaksi sebelumnya. Di dalam kes Usahasama 1MDB-Petrosaudi, mereka menggunakan pelindungan menggunakan Pinjaman Kewangan Islam yang dipanggil Murabahah Facility bernilai 2.5 Billion USD (meliputi dua kelompok, yang pertama 1 Billion USD dan yang kedua, 1.5 Billion USD) yang mana 1.83 Billion USD telah disonglapkan pula sebagai pelindungan untuk menyembunyikan penipuan terdahulu bernilai 1 Billion USD. 

Setelah menipu 1 Billion USD sebelumnya, 1MDB bersetuju untuk meluluskan pinjaman melalui ‘Murabahah’ kepada para penyangak Arab yang didakwa mahu membayar semula 1 Billion USD dan tambahan 1.5 Billion USD bagi tujuan “pelaburan” yang lain-lain dimana dari jumlah tersebut 830 Juta USD telah dikeluarkan. 

Oleh itu, jumlah keseluruhan wang yang disonglap adalah 1.83 Billion USD. 

Atas logik apakah yang membenarkan sebuah syarikat dikawal oleh Perdana Menteri yang membayar 1 Billion USD kepada syarikat yang tidak mempunyai aset dan kemudian meminjamkan pula 1.5 Billion USD (Keseluruhan 2.5 Billion USD) melainkan bagi menutup penipuan seperti yang dijelaskan di atas? Pihak Murabahah Financial Facility menggantikan Usahasama tersebut. Sungguh penuh dengan skandal! 

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PENYANGAK-PENYANGAK PENIPUAN 1MDB 

Kita tidak perlu menganalisis bahagian kedua penipuan ini kerana tidak ramai dari kalangan kita yang memahami perbankan Islam tetapi perkara-perkara diatas sudah memadai bagi tujuan penulisan untuk mendedahkan kepada anda semua perkara yang harus difahami sebagai bahagian pertama penipuan dalam Pelan Induk Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB – iaitu bagaimana para penyangak dan perompak ini bertindak atas pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan melesapkan wang 1 Billion USD dari Malaysia sejak transaksi pertama 1MDB lagi.

Mustahak untuk kita fahami tentang acuan atau kaedah dari jenayah ini supaya kita tidak ditipu oleh pasukan propaganda Perdana Menteri dan para pembodek beliau kononya tiada wang yang hilang manakala Perdana Menteri serta Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB tidak bersalah dalam semua hal ini. 

Mereka sebenarnya telah melakukan jenayah yang kejam dan sadis dengan merampok kewangan negara! Dan mereka sepatutnya dihantar ke penjara atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan. 

Bagaimana pula 1.83 Billion USD dikongsi sesama penyangak dan perompak? 

Setakat yang kita ketahui!

 1. TAREK OBAID ‘CHIEF ARAB CROOK’ – KETUA PENYANGAK ARAB 

Daripada 1.83 Billion USD, Ketua Penyangak Arab ini telah dibayar mengikut jumlah dibawah pada tarikh berbeza; 

USD 85 Million pada 5 Oktober 2009 “brokerage fees” – masuk ke dalam saku beliau; 
USD 10 Million pada 28 Oktober 2009- masuk ke dalam saku beliau; 
USD 5 Million pada 18 November 2009- masuk ke dalam saku beliau. 
USD 68 Million pada 13 Januari 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya; 
USD 6 Million pada 4 Mac 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya; 
USD 5 Million pada 14 Mac 2010- masuk ke dalam saku beliau. 
USD 50 Million pada 5 May 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya; 
USD 5.5 Million pada 9 Ogos 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya; 
USD 25 Million pada 13 September 2010 -saluran untuk penghantaran seterusnya; dan 
USD 300 Million pada 16 September 2010-saluran untuk penghantaran seterusnya. 

Jumlah keseluruhan- 559.5 Juta USD. Walaubagaimanapun, 105 Juta USD telah masuk secara spesifik ke dalam saku Ketua Penyangak Arab. Bakinya telah digunakan untuk melaksanakan skema-skema rakan jenayah mereka, Jho Low, yang lebih dahsyat.

 2. PUTERA TURKI 

77 Juta USD pada tarikh yang berbeza-beza dalam jumlah yang berbeza telah masuk ke dalam saku beliau. 

Putera Turki Bin Abdullah Al Saud (dilahirkan pada 21 Oktober 1971) adalah ahli Keluarga Saud dan anak ke tujuh almarhum King Abdullah, pemerintah Arab Saudi pada sebelum ini. Beliau kemudian berkhidmat sebagai timbalan gabenor provinsi Riyadh sejak dari 14 May 2014 sehingga 29 Januari 2015.

 Mengapakah beliau dibayar 77 Juta USD?

 3. PATRICK MAHONEY

 33 Juta USD pada 20 Oktober, 2009 telah masuk ke dalam sakunya sendiri. Mengapakah beliau dibayar sejumlah wang ini?

 4. JHO LOW 

Baki dari 1.83 Billion USD berjumlah kira-kira 1.160 Billion USD telah masuk ke dalam dua syarikat dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya, yang bernama Good Star Ltd (Seychelles) dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (British Virgin Islands) yang mana pada ketika itu terbabit dalam pelbagai bentuk pelaburan di Malaysia dan luar negara di bawah pelbagai syarikat untuk dirinya sendiri dan akhirnya untuk Tuan kepada segala jenayah. Sebahagian daripada jumlah baki telah dikeluarkan melalui Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd, walaupun Usahasama ini telah ditamatkan. 830 Juta USD melalui Murabahah Islamic Facility telah diagihkan melalui saluran korporat yang ada. 

Perdana Menteri wajib menjelaskan kepada seluruh negara tentang keterlibatan beliau dalam skandal yang jijik ini! Penjelasan di atas adalah ringkasan tentang bagaimana jenayah ini telah dimulakan sejak dari awal agar perspektif yang lebih makro dapat digarap dalam merungkai keseluruhan penipuan yang terjadi. 

Jumlah keseluruhan wang 1.83 Billion USD telah tercemar apabila ia digunakan untuk tujuan selain daripada yang diluluskan oleh Bank Negara. Apabila ia dikeluarkan dan diagihkan melalui pelbagai jaringan hasil dari bentuk-bentuk saluran (melalui individu dan juga syarikat), dalam erti kata mudah ia adalah pengubahan wang haram dan sebarang keuntungan atau faedah yang diperoleh dari aktiviti pengubahan ini adalah turut sama tercemar. 

Perdana Menteri dengan kuasa membenar dan meluluskan semua transaksi berkaitan dengan Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi dan kemudiannnya, Murabahah Financing telah terlibat dalam pengubahan wang haram. 

Jenayah ini adalah lebih serius jika dibandingkan dengan resit RM2.6 Billion yang didakwa didermakan ke dalam akaun peribadi beliau. 

Perdana Menteri telah menjatuhkan maruah bukan sahaja Pejabat Perdana Menteri bahkan Negara Malaysia sendiri.


ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Samada malu atau bersubahat menyebabkan segala aktiviti ini disembunyikan daripada kita semua...

Tanpa Nama berkata...

lanun mana tau malu... bangga lg ada laaah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates