Isnin, 17 Ogos 2015

#SupportTunMahathir : OneMDeedBee, 2.6B dan GULING

Isu OneMDeeBee sehingga kita tidak mendapat jawapan konkrit dari pihak bertanggungjawab. Dari Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat OneMDeeBee, Presiden UMNO dan Pengerusi BN, tiada jawapan yang konkrit serta terperinci diberikan untuk menyakinkan rakyat.

Hanya jawapan seperti ' percayalah kepada saya', 'OneMDeeBee sponsor perhi haji', 'Duit cash ada di Bank singapura', dan pelbagai lagi jawapan yang berbentuk helah untuk mengelak dari memberitahu perkara sebenar.

CEO lari dari PAC tapi boleh muncul dalam TV3 menceritakan projek-projek underground OneMDeeBe, penjualan tanah strategik OneMDeeBee, penglibatan TH, LTAT, Affin Bank dan pelbagai lagi kisah timbul hasil dari OneMDeeBee yang amat membingungkan rakyat. Jawapan tiada diterima.

Ahli PAC dilantik jadi menteri dan timbalan menteri, TPM digugurkan, AG diarah berhenti, penyiasat SPRM ditukar ke bahagian lain tapi dikembalikan semula jawatan mereka, Gabenor BNM diserang dengan kekayaannya serta pelbagai cerita lama berkaitan dengan Tun M, DSMM dan pihak-pihak yang tidak menyokong mereka ditimbulkan.


Ahli UMNO diperhatikan dalam mensyuarat bahagian supaya tidak menyentuh isu-isu berkaitan, sikap buruk siku PM yang mengungkit pemberian kepada UMNO bahagian dan ketua-ketua mereka dan pelbagai sekatan dihamburkan demi untuk menutup mulut rakyat dilakukan.

Apakah mereka sudah gila? Apakah mereka sudah terlalu desperado? Apakah bibit-bibit kejatuhan mereka semakin hampit?

Kini muncul cerita 'GULING KERAJAAN' pula. Apakah ini cerita untuk menakutkan rakyat? Kisah Lahad Datu belumpun hilang dari ingatan, kini mereka takutkan kita dengan kisah guling.

Apa-apa pun, tiada jawapan konkrit dan terperinci diberikan kepada rakyat. Rakyat mahu cerita sebenar. Rakyat mahu kebenaran, bukan penipuan.



ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam bro,najib mesti letak jawatan jika mahu menyelamatkan kerajaan sedia ada.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates