Rabu, 12 Ogos 2015

#SupportTunMahathir: RM semakin jatuh berbanding USD

Kedahtimes bukan pakar ekonomi. Hanya tahu serba sedikit tentang permintaan dan pembekalan. Ambilpun asas ekonomi sahaja masa di universiti dulu.

Apa-apa pun, nilai RM semakin jatuh berbanding US Dolar. Kejatuhan ini sudah sampai ke paras RM4,00 berbanding USD1.00.

KedahTimes ada bertanya kepada seorang pakar ekonomi yang pada masa krisis kewangan 1997-98 dulu tentang kenapa RM jatuh berbanding USD.

Jawapan beliau, dia pun tidak boleh beri jawapan tepat kenapa RM kita jatuh dan USD semakin kukuh. Ini kerana katanya fundamental ekonomi Malaysia agak teguh. Berbanding dengan ekonomi US yang terlalu banyak hutang luarnya. Hampir kebanyakan negara di dunia mengalami kejatuhan nilai berbanding USD.

Walaubagaimanapun, mungkin ada faktor lain yang menjadikan RM kita menurun walaupun fundamental ekonomi kita kukuh.

Apa yang KedahTimes boleh fikir ialah:


1. Keyakinan pelabur ke atas Malaysia sudah tiada disebabkan kes pinjaman 42Bilion oleh sebuah syarikat Milik Kerajaan.

2. Ketidaktelusan dalam pengurusan syarikat tersebut membelanja wang 42b itu, walhal wang itu adalah boleh dikatakan 'Public Fund'

3. 'Skandal' yang melibatkan pelbagai individu yang rekodnya tidak baik dalam menguruskan wang 42b tersebut.

4. Penglibatan dana-dana awam dalam memberi hutang atau membeli produk-produk yang ditawarkan syarikat tersebut.

5. Pendedahan kemasukan 2.6b kedalam akaun individu yang juga seorang Presiden parti, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 

6. Jawapan-jawapan yang tidak konsisten atau asyik bertukar-tukar ke atas soalan-soalan yang ditanya.

7. Persepsi orangramai yang isteri mempunyai pengaruh besar dalam setiap tindakan PM

Dan mungkin banyak lagi yang boleh kita fikirkan kenapa terjadi sebegini. FDI semakin kurang. RM semakin merudum, tapi tiada apa-apa tindakan dibuat untuk mengembalikan kepada suasana selesa rakyat. Cuma yang ada hanya kata-kata manis sahaja tanpa tindakan serius.

Malah PM semakin sibuk bukan menguruskan negara tetapi mengurus masalah peribadi.

Elok sangatlah #UndurNajib

ads

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Jwpnnya senang je.... sebab Mamak Keling tu X henti2 bercakap walaupun masa untuk betul2 bersara telah tiba. Dia masih bercakap lagi. tu je sebabnya

Tanpa Nama berkata...

Hahah jawapan tuan yg nampak sangat tiada kaitan dgn permasalahan di atas

Tanpa Nama berkata...

Usd mengukuh ler dol..takda kena mengena dgn 1mdb..smua currency jatuh banding usd

adib hakeemi berkata...

Untuk anon 11.38pg,
jawapan sebegitu adalah dari orang yang otak mati.

Tanpa Nama berkata...

Utk tanpa nama 1:27, ada ke disebut USD jatuh. USD kukuh bukan atas sebab kekukuhan fundamental ekonominya kukuh tapi disebab benda lain. Dalam masa yg sama kita juga lihat kepada faktor lain di Malaysia kenapa terjadi sebegiu? Mungkin faktor lain yg menyebabkan RM dilepaskan sehingga menurun berbanding USD.

Tanpa Nama berkata...

Macamana USD nak mengukuh jika currency satu lagi tak jatuh. hihi

Tanpa Nama berkata...

Betul tu USD semakin mengukuh. Sebaliknya RM pula semakin lemah. Kerana itu perlu difikirkan cara untuk mengatasi perkara ini. Malangnya mereka hanya tahu,mamak keling patut jangan tanya. Dah pencen, tunggu mati sajalah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates