Tanah dipijak Milik Orang

Isnin, 23 November 2015
Bila kita bersekongkol dengan kafir harbi, maka terimalah akibatnya apabila kuasa telah diberi kepada mereka.

Rintihan YB ADUN PKR di Pulau Pinang membuktikan apa yang dikatakan selama ini adalah benar dan betul. Cuma mungkin mereka-mereka yang sudah berjaya ini merasakan siapa saja yang memerintah, ianya tiada memberi apa-apa impak kepada kehidupan mereka.

Tapi mereka telah salah anggap. Hasilnya, ADUN PKR berbangsa Melayu ini terpaksa merayu dengan tangisan untuk membantu kawasannya. Kawasan kampung yang diduduki oleh majoritinya orang Islam dan Melayu.

Maka benarlah kata-kata petikan 'bumi dipijak milik orang'. Kuasa pemerintah perlulah dikekalkan kepada bangsa pemilik tanah ini, bukan orang asing.

Belanda, British, Portugis dan Jepun telah menunjukkan cara pemerintahan orang luar terhadap bangsa ini, tapi kita mudah lupa. Kini Cina sudah memerintah Pulau Pinang dan juga Selangor. Malah Amerika sudah mula bertapak di Malaysia.

Apakah kita hendak jadi macam ADUN ini?


 



ads
Read Full 0 comments

Dimana 3 juta ahli tu?

Rabu, 18 November 2015
Dalam pada Najib mendakwa beliau disokong 3 juta ahli UMNO, malam tadi sekitar jam 1000, telah diadakan sidang media Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Sepang diketuai Rushdan Mohamed, Ketua Cawangan Rista Villa, Perdana Putra.

Menurut rakan media yang berada di PC tersebut, kehadiran sekitar 30 orang terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Cawangan terlibat serta penyokong-penyokong mereka, antaranya :-

1) Ketua Cawangan Kampung Pulau Meranti
2) Ketua Cawangan Rista Villa Perdana
3) Ketua Cawangan Dengkil Pekan
4) Ketua Cawangan Boundry Permai
5) Ketua Cawangan Kampung Semarang
6) Ketua Cawangan Kampung Sungai Pasau
7) Ketua Cawangan Pinggiran Cyber
8) Ketua Cawangan Saujana Prima
9) Ketua Cawangan Rosana Villa
10) Timbalan Ketua Cawangan Admiral
11) Ketua Pemuda Kampung Pulau Meranti
12) Ketua Pemuda Taman Desa Dengkil
13) Ketua Pemuda Taman Nilam
14) Ketua Pemuda Kampung Sungai Rasau
15) Setiausaha Admiral

Ujar rakan media itu lagi, Rushdan dalam PC tersebut antara lain menyatakan: -

- lahirkan rasa tidakpuas hati terhadap Najib sebagai PM
- Mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO segera demi "survival" parti terutama menjelang PRU14.
- Rakyat kecewa dengan Najib terutama dalam isu berkaitan GST selain kegagalan menjelaskan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.
- Bimbang akar umbi tidak yakin lagi dengan kepimpinan Najib.


- UMNO akan kalah pada PRU14 jika Najib kekal memimpin parti.
- Pemilihan parti yang ditangguhkan selama 18 bulan diakan semula ikut jadual asal iaitu tahun depan (2016) sebagai memenuhi tuntutan sebahagian besar Cawangan UMNO seluruh negara.
- Sanggup berdepan sebarang risiko dikenakan hukuman mengadakan PC ini.
- Ahli-ahli UMNO khususnya Ketua-Ketua Cawangan diseru supaya meletakkan kepentingan parti serta bangsa didepan berbanding kepentingan peribadi.
- Ahli-ahli UMNO diminta berani tampil ke hadapan dan berdiri teguh mendesak Najib meletak jawatan.

Jelas PC yang diadakan ini merupakan satu lagi manifestasi kemarahan rakyat terutama ahli-ahli UMNO akar umbi terhadap Najib.

Semakin lama semakin ramai akar umbi menyuarakan secara terbuka desakan supaya Najib meletak jawatan.

Jika kepimpinan parti mengambil sikap berdiam diri, maka berani menanggung risiko kekalahan terburuk UMNO pada PRU akan datang.

Persoalan kepada Najib, mana pergi 3 juta ahli UMNO yang kononnya menyokong anda sebagai Presiden parti?
Read Full 1 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates