Rabu, 18 November 2015

Dimana 3 juta ahli tu?

Dalam pada Najib mendakwa beliau disokong 3 juta ahli UMNO, malam tadi sekitar jam 1000, telah diadakan sidang media Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Sepang diketuai Rushdan Mohamed, Ketua Cawangan Rista Villa, Perdana Putra.

Menurut rakan media yang berada di PC tersebut, kehadiran sekitar 30 orang terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Cawangan terlibat serta penyokong-penyokong mereka, antaranya :-

1) Ketua Cawangan Kampung Pulau Meranti
2) Ketua Cawangan Rista Villa Perdana
3) Ketua Cawangan Dengkil Pekan
4) Ketua Cawangan Boundry Permai
5) Ketua Cawangan Kampung Semarang
6) Ketua Cawangan Kampung Sungai Pasau
7) Ketua Cawangan Pinggiran Cyber
8) Ketua Cawangan Saujana Prima
9) Ketua Cawangan Rosana Villa
10) Timbalan Ketua Cawangan Admiral
11) Ketua Pemuda Kampung Pulau Meranti
12) Ketua Pemuda Taman Desa Dengkil
13) Ketua Pemuda Taman Nilam
14) Ketua Pemuda Kampung Sungai Rasau
15) Setiausaha Admiral

Ujar rakan media itu lagi, Rushdan dalam PC tersebut antara lain menyatakan: -

- lahirkan rasa tidakpuas hati terhadap Najib sebagai PM
- Mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO segera demi "survival" parti terutama menjelang PRU14.
- Rakyat kecewa dengan Najib terutama dalam isu berkaitan GST selain kegagalan menjelaskan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.
- Bimbang akar umbi tidak yakin lagi dengan kepimpinan Najib.


- UMNO akan kalah pada PRU14 jika Najib kekal memimpin parti.
- Pemilihan parti yang ditangguhkan selama 18 bulan diakan semula ikut jadual asal iaitu tahun depan (2016) sebagai memenuhi tuntutan sebahagian besar Cawangan UMNO seluruh negara.
- Sanggup berdepan sebarang risiko dikenakan hukuman mengadakan PC ini.
- Ahli-ahli UMNO khususnya Ketua-Ketua Cawangan diseru supaya meletakkan kepentingan parti serta bangsa didepan berbanding kepentingan peribadi.
- Ahli-ahli UMNO diminta berani tampil ke hadapan dan berdiri teguh mendesak Najib meletak jawatan.

Jelas PC yang diadakan ini merupakan satu lagi manifestasi kemarahan rakyat terutama ahli-ahli UMNO akar umbi terhadap Najib.

Semakin lama semakin ramai akar umbi menyuarakan secara terbuka desakan supaya Najib meletak jawatan.

Jika kepimpinan parti mengambil sikap berdiam diri, maka berani menanggung risiko kekalahan terburuk UMNO pada PRU akan datang.

Persoalan kepada Najib, mana pergi 3 juta ahli UMNO yang kononnya menyokong anda sebagai Presiden parti?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja 3 juta malah lebih dari itu adalah terdiri dari kami anak-anak muda yang boleh menilai dan memahami maksud kebenaran.

Bukan anak-anak muda yang mudah terpengaruh dengan extrimis dan retorik pemimpin-pemimpin yang kuat melaung keadilan, kesejahteraan dan ketelusan namun hakikatnya mereka sendiri yang masih tercari-cari penawar kalbu.

Berapa ramai anak-anak muda yang telah mendaftar sebagai pengundi? Berapa ramai pulakah sebenarnya yang menyokong pembangkang dari puluhan kampus dalam negara ini.

Hakikatnya anak muda yang melihat untuk mencapai kejayaan adalah dengan berusaha untuk mendapatkannya. Bukan dengan cara menyalahkan orang lain semata-mata kerana kecewa di atas kegagalan diri sendiri.

Perinsip menyalahkan orang lain yang sentiasa tersemat di bibir pembangkang adal prinsip kebudak-budakan. Mereka tidak pernah mahu mengakui bahawa mereka juga melakukan kesilapan dan kesalahan. Mereka tidak mahu mengaku terdapat kejahilan dalam diri mereka. Mudah untuk menunding jari kepada orang lain.

Prinsip Pembanhkan inilah yang menyebabkan penyokong-penyokong UMNO itu telah bertambah dalam senyap. Rakyat dah mula meluat sekiranya asyik menyalahkan orang lain semata-mata mengakui mereka sahaja yang betul.

Balik-balik rasuah, balik-balik salah guna kuasa. Hakikatnya mereka berselidung disebalik tomahan dan fitnah yang mereka sebarkan kerana merekalah yang sebenarnya mengamalkan semua itu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates