#SUPPORTMAHATHIR : CROOKED BRIDGE vs 1MDB

Isnin, 20 April 2015
Petikan dari www.chedet.cc yang menghadapi serangan hackers yang KedahTimes sudah boleh agak siapa ketuanya. Kononnya bergerak atas kebebasan media tetapi bila sudah tidak boleh menjawab apa yang dikeluarkan oleh Tun M, mereka bertindak macam samseng.

Seterusnya kita baca tulisan terkini dari Tun M. KedahTimes menghadapi masalah untuk akses blog Tun, tapi hasil sokongan dan usaha kawan-kawan, kita perolehi juga penulisan beliau.

Teruskan membaca ..

1. Some people believe that I am so angry over not building the crooked bridge that I want Najib to resign.

2. I am not so frivolous. Yes, I am disappointed, especially as Najib appealed to the Singapore PM to build a bridge and the latter rejected it. It is shameful that we dare not build a bridge in our own land without approval by Singapore.


3. This shameful episode is not enough for me to ask Najib to step down. Najib is the son of Tun Razak, the man responsible for my elevation to Prime Ministership. Partly for that reason and partly because Najib showed good performance when I was PM, I wanted Najib to be PM. And people know I worked hard at it pressuring Abdullah to appoint him as DPM, so that he would become PM, when Abdullah leaves.

4. But Najib failed in many areas after becoming PM. Apart from the bridge he did not go ahead with the double tracking and electrification of the railway line from J.B. to Padang Besar which had been agreed upon but was dropped by Abdullah. For 14 billion Ringgit we would have this project completed by 2010. Instead, forced by the demand, he sanctioned the continuation of the track from Ipoh to Padang Besar for 12 billion Ringgit. We lost a lot of money.

5. Then he began to recruit his own 4th floor boys plus a number of British personnel to advise him on how to run the country. They, also used foreign consultants costing more than 7 billion ringgit. We had achieved independence in 1957 and we got rid of British advisers. We did better without them. Najib did not seem to believe in the Malaysian capacity to develop the country.

6. Ignoring the EPU and other Government departments he set up a new agency to plan the development of the country. This agency was headed by a non-civil servant and the salaries of these personnel far exceed that paid to civil servants.

7. The civil servants were very unhappy. In the past they on their own transformed this country from a developing country to a middle-income nation. Now their services, their expertise and experience are no longer needed.

8. They had always been loyal to the BN Government. Now many no longer support the Government. Some even join the opposition after retirement and stood as candidates in elections.

9. As a result of the role given to this new agency the policies of the Government were changed. Najib was told that the rejection of Abdullah in 2008 was due to Chinese dislike for the New Economic Policy. To win them back Najib must ignore affirmative action and should be seen to be more supportive of the Chinese and Indians.

10. He reduced places for bumis in the Government Universities even though in the numerous private universities and twinned colleges, bumis make up less than 10%. Bumiputra contactors and small business no longer had government favour. Most had to stop their businesses.

11. Without saying so in so many words he had adopted the Malaysian Malaysia slogan of the opposition, only calling it One Malaysia instead.

12. Responding to opposition demand he abolished the ISA and freed all those under restricted residence. Crime rates went up.

13. Then he started giving money to people, not just to individuals who earn less than RM3000/- per month but to the associations and the corporate sector as well. Billions were spent on this.

14. Then rallies were organised on every occasions. The organisers were instructed to gather 10,000 people. They were given food and allowances and were transported to the sites, where they were given placards to hold up with “I love PM” written on them. A song 1M4U was composed and sung even at the national day parade.

15. Despite all these the Chinese refused to support Najib. They flocked to the opposition and he performed worse than Abdullah in the 13th General Election.

16. The Malays too did not support Najib. Selangor after he headed UMNO did worse than 2008. Malays only voted for BN because they feared Anwar would appoint Kit Siang as DPM.

17. Through all these I continued to support Najib. On the few occasions I met him, I told him his strategy was wrong but my views were ignored. I said before the 2013 elections that if he did worse than Abdullah he should resign. I had fully expected him to do better than Abdullah.

18. When he failed I told people that they should continue to support him. I was prepared, despite everything to see him lead the BN in the 14th GE.

19. But now with the controversies dogging him I am sure BN would lose if he leads it in the 14th GE.

20. There are many things about his personal behavior that I thought were not right. But I was prepared to overlook them, including he and his wife’s lavish lifestyle.

21. But when he cannot explain where billions of Ringgits have gone to and his involvement with questionable people in the management of 1MDB, I felt that he is not fit to be the Prime Minister of this country.

22. I will explain about how he lost billions of Ringgit in my next blog.

- Tun Dr Mahathir Mohamad 

p/s Dr M's blog www.chedet.cc is under constant attack from unknown cyber barbarians.

Read Full 0 comments

#JEMUAN : MLS Bukan Tun Mahathir

Jika Tun M menegur DS Najib atas kapasiti beliau sebagai seorang rakyat dan ahli UMNO, Mad Lebai Sudin menyuruh DS Mukhriz letak jawatan atas alasan tidak menzahirkan sokongannya kepada PM.

Mad Lebai Sudin dan Tun M adalah ibarat bumi dengan langit.

Tun M menegur berdasarkan fakta dan juga sokongan rakyat yang ingin isu 1MDB diberi penerangan dan diselesaikan. 

Mad Lebai Sudin menuruh DS Mukhriz letak jawatan hanya kerana tidak zahirkan sokongan kepada PM.

Amat jauh beza. Tun M ingin menyelamatkan UMNO dan negara. Mad Lebai Sudin ingin dilihat menjadi hero supaya dia dilihat oleh PM. Mungkin ingin menyelamatkan masa depan politik beliau.

Tembak peluru kapur, terus lari ke Jepun. Patutnya teruskan
 menembak jika benar-benar nak jadi hero
KedahTimes hanya ingin tahu apa muslihat sebenar MLS menyuruh DS Mukhriz letak jawatan. Pada pendapat KedahTimes, tidak menzahirkan tanda sokongan tidak membawa makna tidak menyokong. Sebaliknya tidak ingin mengeruhkan lagi suasana. Suasana harmonis antara anak dengan keluarga dan harmonis antara Ketua dan orang bawahan.

Apakan MLS ingin menjadi batu api? Supaya UMNO Kedah berpecahbelah selepas berjaya menawan Kedah di bawah pimpinan DS Mukhriz. 

Bagi KedahTimes, MLS tak perlulah menjadi warlord atau hero baru di Kedah. Tanda sokongan kepada DS MB serta DS PM dan menghormati Tun M telah dizahirkan oleh ketua-ketua UMNO.

Elok jaga DUN Bukit Lada elok-elok supaya PRU14, UMNO dapat kekalkan.

Kalau dapat senapang tu, janganlah tembak ikut suka. Nanti tertembak kaki sendiri, nampak semua yang ada bawah kain!

JITRA: Tiada alasan kukuh untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata kedudukannya merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian," katanya dalam satu program pertanian di Kerpan dekat sini.
Mukhriz mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan meletak jawatan pada 24 April ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin untuk meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.

Beliau kemudiannya berkata Umno Kedah akan menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur.

Najib diserang secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapa Mukhriz.

ads
Read Full 0 comments

#SUPPORTMAHATHIR : You are not alone Sir!

Mungkin ucapan ini dalam kontek program yang sedang dihadiri, tetapi maksudnya membawa kepada makna yang lebih besar.

You are not alone, Sir! In telling the truth.

Dalam kontek program ini, ianya membawa maksud mendedahkan kekejaman mereka-mereka yang memulakan peperangan serta membunuh rakyat biasa yang tidak berdosa. Maka wajib mereka didedahkan serta dibawa ke muka pengadilan untuk diadili dan dihukum jika bersalah.

Dalam kontek yang lebih luas, ianya juga boleh membawa maksud mendedahkan penipuan dan pembohongan atau penyelewengan pemimpin-pemimpin tertinggi. Ini tidak terkecuali DS PM Malaysia.
Apakah ini tanda-tanda TPM juga bersetuju dengan tindakan Tun M? Apakah TPM juga mahu isu 1MDB diselesaikan dengan segera?

Kalau mengikut ucapan-ucapan Tun M, ramai pemimpin secara diam bersama beliau. Apakah momentum ini akan berterusan? Kita tunggu dan lihat.

KedahTimes menyokong Tun M. Cuma jangan biarkan pembangkang mencuri peluang. Kalau boleh biar pembangkan berkubur bersama.



ads
Read Full 0 comments

#SUPPORTMAHATHIR : TUN M MENEGUR

Rabu, 15 April 2015
Perkataan asal ialah 'TEGUR'. 

Tetapi akhirnya menjadi 'kritik'. Dari ayat 'saya menegur', semuanya sudah bertukar menjadi 'Tun M Kritik'. 

Akhirnya semua ayat mereka melihatkan yang Tun M seorang yang jahat dan suka mengganggu pemerintah. Dari jemuan upahan sehingga kepada TV3, perkataan asal 'TEGUR' sudah bertukar menjadi 'KRITIK'

Beginilah hebatnya mereka membela paymaster mereka sehingga hilang kebaikan yang dilakukan Tun M selama ini.

Inilah bukan menjernihkan lagi keadaan, tetapi mengeruhkan suasana. Malah memburukkan lagi imej pemerintah.

Begitu desperate Jemuan dibayar!




ads
Read Full 2 comments

#Jemuan : Kami pun nak tanya

Pertanyaan Tun M tentang 1MDB adalah juga pertanyaan kami.

Setakat hari ini tiada jawapan atas pertanyaan Tun M dan juga pertanyaan kami. Sebaliknya soalan dan tuduhan dilemparka terhadap Tun M. Sehinggakan kes jambatan bengkok menjadi tajuk dalam buletin TV3. Begitulah hebatnya mereka cuba men'divert'kan isu asal.

Jadi, kami juga ingin bertanya kembali kepada mereka-mereka yang bukan saja tidak menjawab soalan Tun M, sebaliknya cuba spin apa saja tentang Tun M. Maka lihat dan bacalah pertanyaan-pertanyaan kami ini.





ads
Read Full 1 comments

#Jemuan : Nak sokong ka atau Tidak

Selasa, 14 April 2015
KedahTimes tidaklah sepandai mana dalam hal-hal berkaitan politik. Tetapi bagi KedahTimes sesuatu itu menjadi ringkas dan baik jika bila soalan ditanya, maka jawapan yang baik dan tepat diberi. Bukannya yang serangan dihamburkan.

Di sekolah, guru banyak menerima soalan dari murid-murid. Maka jawapan yang baik adalah perlu kerana murid-murid akan menggunapakai jawapan tersebut apabila ditanya atau untuk menceritakan perkara berkaitan kepada orang lain.

Begitulah juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan negara yang mana Tun M bertanya bagi pihak rakyat yang sedang keluh kesah dengan beberapa tindakan yang cuba disembunyikan; sebaliknya ayat 'Percayalah kepada saya, saya bertanggungjawab kepada rakyat dan negara' yang diberikan atau diminta.  Ini sebenarnya bukan jawapan tetapi menyuruh rakyat supaya jangan bertanya tetapi hanya percaya.

Dalam bab ADUN Bukit Lada yang mungkin tanpa restu DS MB Kedah dalam PRU13 lalu, mungkin tidak dipilih menjadi calon, beliau patut belajar memberi jawapan kepada persoalan. Bukan menyuruh atau memaksa orang lain PERCAYA atau ANGKAT SUMPAH atau UMUM yang kita kena percaya dan sokong dengan apa yang DS Najib suruh kita percaya.

KedahTimes ingin bertanya kepada Adun Bukit Lada, adakah selama ini Adun Bukit Lada menyokong DS MB Kedah? Nama YB pun dipilih dan direstu oleh Pengerusi Penerangan UMNO Kedah untuk calon pada PRU lalu.

Apakah YB sudah lupa yang rakyat menerima kembali UMNO di Kedah hasil ketokohan dan usaha DS MB Kedah dengan kerjasama pemimpin-pemimpin UMNO lain pada PRU yang lalu?

KedahTimes tidak mahu mengeruhkan suasana dengan menyebut hal-hal berkaitan dengan politik kawasan YB, kerana YB letak iklan ucap selamat hariraya pun atas nama YB dan Isteri, tidak atas UMNO atau Pejabat ADUN Bukit Lada.

Itulah mentaliti ADUN yang sedang mencari publisiti dikala PM mencari sokongan, padahal tidak memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.

Carilah publisiti murahan tersebut, kot-kot dapat apa yang dihajati.

UMNO Kedah Akan Sokong Najib Tanpa Mukhriz – Ahmad Lebai Sudin

Alor Setar – UMNO Kedah mungkin berpecah sekiranya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isu kepercayaan kepimpinan ini timbul apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau telah hilang kepercayaan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri.

Menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

“Sekiranya Mukhriz enggan menyatakan sokongan secara terbuka saya dan Adun-Adun yang lain akan membuat satu kenyataan berasingan bagi menyatakan sokongan tersebut.

“Dalam perjumpaan yang diadakan oleh Menteri Besar pagi tadi, beliau memaklumkan Umno negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 haribulan April ini di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Ahmad, tindakan Mukhriz itu dilihat sengaja ingin melengah-lengahkan untuk menyatakan pendirian sebenar beliau sambil menyifatkan ia terlalu lambat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan masa perjumpaan tersebut akan diadakan.

Semalam SuaraTV melaporkan gesaan Ahmad Lebai Sudin agar Mukhriz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya tidak lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri kerana jawatan Menteri Besar merupakan jawatan lantikan Perdana Menteri.
Read Full 0 comments

#JEMUAN : Sabar itu separuh dari Iman

KedahTimes merasa sangat pelik dengan politik sekarang. Dalam kerisauan rakyat tentang persoalan yang dikeluarkan oleh Tun M masih lagi belum terjawab, ada pemain-pemain yang sudah mula hendak menjadi hero; tetapi sebenarnya mereka lebih kepada menjadi jemuan.

Dek kerana tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau penyokong kuat PM, maka diugutnya orang lain untuk menyegerakan menunjukkan sokongan. Apa yang ditakutkan ialah takut tindakan ini memakan diri sendiri. Dari menjadi hero bertukar menjadi jemuan.

Kita tunggu apa yang bakal dizahirkan oleh UMNO Kedah. Malah KedahTimes pun dok tunggu UMNO negeri lain menzahirkan apa perasaan mereka juga.

Tetapi kenapa Ahmad Lebai Sudin cuba mendahului semua? Soalan yang semua orang mungkin boleh jawab!


Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan bila hendak umum pendirian UMNO negeri berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Umum tahu ketika ini wujud pengeseran antara bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib, maka Mukhriz yang merupakan anak Dr Mahathi sekaligus Pengerusi UMNO Kedah dan MB sudah pasti berada dalam serba salah.

Pun begitu ketika berdepan dengan soalan wartawan pada Isnin, kata Mukhriz UMNO Kedah sudah berbincang Sabtu lalu dan sepakat untuk mengumpulkan semua ketua-ketua bahagian UMNO Kedah dan mengumumkan pendirian mereka secara bersama pada pagi Jumaat 24 April ini.

tarikh tersebut dipilih kerana pada sebelah petangnya ada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

"Sehingga hari itu kita sudah bersetuju sesama kita untuk tidak keluar apa-apa kenyataan, seboleh-bolehnya kita hendak buat satu kenyataan yang bersifat konsensus antara semua anggota Badan Perhubungan UMNO Kedah," katanya.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Kedah itu berharap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian di Kedah supaya bersabar menantikan tarikh yang sudah diputuskan dalam mesyuarat perhubungan itu.

"Sepuluh hari saja, bukan lama sangat... kita pertimbang pandangan semua pihak, perbincangan kita kemarin (Sabtu) pun adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ada dikalangan mereka ahli Majlis Tertinggi, ada yang berjawatan kerajaan (Pusat), ada di peringat negeri, pandangan bernas-bernas belaka, jadi itu kita tangguh dulu, kenyataan rasmi dari Kedah, saya rasa ada lagi satu-dua negeri yang belum buat kenyataan," ujar beliau.

Menurutnya perkara itu (maufakat) penting supaya keyakinan rakyat terhadap parti tidak terhakis.

"Saya tidak fikir kepimpinan UMNO di negeri ini (Kedah) akan buat kenyataan secara individu yang boleh menjejaskan (keyakinan rakyat), kita sudah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat (tawan Kedah dari Pakatan semasa PRU13).

Menjawab soalan kebimbangan ramai mengenai UMNO Kedah yang bakal berpecah, kata Mukhriz beliau tidak fikir begitu.

"UMNO Kedah berada pada tahap kesatuan dan perpaduan yang tinggi, saya tidak fikir begitu teruk seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang,"katanya dalam sidang media di MRSM Kubang Pasu Isnin.

Sebelum ini UMNO negeri-negeri mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Presiden selepas kritikan bertubi-tubi Dr Mahathir.-13/4/2015

ads
Read Full 1 comments

#Jemuan : Kami tetap bersama Tun M

Isnin, 13 April 2015
Dalam soal ini Tun M tidak keseorangan. Kami marhein dibawah juga mempunyai soalan yang sama. Cuma suara dan soalan dan suara kami siapa yang dengar? Tiada, terutama orang-orang besar UMNO.

ISA yang menjaga hak kami pun mereka hapuskan tanpa merujuk kepada ahli UMNO. 

Mereka lebih dengar suara pembangkang dan bangsa lain. Suara kami hanya mereka buat-buat dengar bila dekat dengan PRU saja.

Kami masih mengharap kepada Tun M untuk luahkan suara kami. Tapi nampaknya ego mereka amat tinggi dan memandang rendah suara rakyat.

Tun M, kami bersama Tun!

SOAL TAK JAWAB

1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.
Read Full 4 comments

#Jemuan : Tolong baca dan jawab rintihan ini

Terjumpa rintihan marhein yang dilepaskan kepada seorang Menteri pusat. Rintihan rakyat dan penyokong kuat BN yang sudah tidak tahan lagi dengan masalah yang bertubi-tubi datang kepada DS Najib.

Pakat-pakat renung dan fikir tengok.








ads
Read Full 0 comments

#Jemuan : Hero Jadian .. Anda Sokong ini?

Ahad, 12 April 2015
Tun M mencabar mereka yang berpusing-pusing untuk cuba memberi jawapan kepada soalan beliau dan soalan rakyat. Tetapi mereka berakhir dengan percubaan membawa cerita-cerita lama Tun M.

Untuk mereka ini Tun, telah memberi cabaran.

Untuk Ahmad Lebai Sudin seperti yang dipaparkan oleh SuaraTV, KedahTimes ingin bertanya yang adakah YB bersetuju dengan Perkara nombor 2 yang dikatakan ole Tun M.

Cuba beri jawapan dengan terang dan ikhlas. Jangan hanya tanpa asal-usul menyuruh orang tertentu meletak jawatan.

KedahTimes sedia menyiarkan jawapan YB di blog ini.

SUPPORTING NAJIB

1. As a result of the exposure regarding the Altantuya case and 1MDB, Najib is now getting pledges of support from UMNO division heads, BN, MIC, Senators and all kinds of groups. This is what the mainstream press reports.

2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked.

3. Do you also support keeping billions of Ringgit in Cayman Islands? Do you also support that having brought back the money, it must be kept in a Swiss Bank in Singapore. Do you also support the explanation that the money cannot be brought back to Malaysia by the Prime Minister and Minister of Finance because Bank Negara will ask too many questions.

4. Do you support purchase of Government land in KL at far below market price, revaluing it to make it your asset while buying power plants from the private sector at well above market price.

5. Now there is a suggestion that this land be sold to Government companies at inflated prices so as to pay the billions borrowed by 1MDB.

6. If this sale is in order to pay 1MDB debts, that means that 1MDB which borrowed 42 billion cannot pay its debts from its investments, that it has lost the billions.

7. So what happened to the 42 billion borrowed? Why must 1MDB borrow 2 billion to pay the interest? Why must Government make available almost 1 billion Government money to pay 1MDB debts?

8. These two borrowings by 1MDB means it now has a debt of 42+3 billion = 45 billion.
9. Supporters of Najib must also support Jho Low who managed 1MDB money who is a friend of Najib like Daim is my friend. They must also be friends of Jho Low to have so much faith in him.

10. I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him. I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is. If you do, go tell Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad and Khairy Jamaluddin to shut up.



ads
Read Full 1 comments

#Jemuan : DS Mukhriz pulak Diserang Mereka

Isu soalan Tun M menjadi hangat kepada pentadbiran DS Najib. Jemuan-jemuan dikelilingi DS Najib menjadi tak keruan. Mereka menjadi panas pungkoq sekarang ini kerana tidak mampu memberi jawapan sebaiknya kepada pertanyaan Tun M.

Pilihan mereka ialah menyerang atau melencong ke lain untuk lari dari menjawab soalan. Untuk pengetahuan jemuan semua, soalan Tun M adalah juga soalan rakyat!

Kini jemuan melalui blog milik mereka Suara.TV, menyerang DS MB Kedah pulak yang selama ini cuba berdiam dari terlibat dalam krisis ketidak menjawaban DS Najib terhadap soalan-soalan Tun M. 

Mereka memainkan isu yang DS MB Kedah tidak menyokong kepimpinan DS Najib. Begitulah tak keruannya jemuan-jemuan yang sentiasa mencari salah atau ruang untuk memburukkan mereka yang hubungkait dengan Tun M.

Jemuan-jemuan menginterpetasikan sikap berdiam diri DS MB Kedah sebagai tidak menyokong DS Najib. Mereka yang dari dulu sentiasa patuh kepada tuan yang membayar akan berbuat apa saja untuk memburukkan keadaan.

Maka, dalam masa yang sama muncullah hero-hero jadian yang sudah lama mengidamkan jawatan besar di Kedah selepas dijolok oleh jemuan-jemuan berbayar ini.

Hero-hero jadian yang sentiasa dahagakan populariti dan perhatian dari PM telah diberi peluang untuk berkata-kata. Dan yang peliknya hero-hero jadian diberi peluang oleh jemuan untuk memberi pendapat.
KedahTimes menyarankan agar jemuan-jemuan ini fokus kepada membantu DS Najib menjawab soalan Tun M. Begitu juga hero-hero jadian ini, fokus kepada menjawab serta membantu menjernihkan keadaan dalam isu-isu seperti GST atau cuba cari jawapan kepada soalan Tun M dan jawab atau terang kepada rakyat.

Jangan mengganggu DS MB yang selama berdiam kerana tidak mahu mengeruhkan lagi suasana.

KedahTimes diberitahu, jemuan-jemuan sekarang ini sudah masuk ke Kedah. Kononnya nak mencari jawapan kepada soalan Tun M, sebaliknya mereka dalam diam-diam menyerang sesiapa yang ada kaitan dengan Tun M.

Perangai Jemuan berbayar sudah menjadi macam Zionist Yahudi .... soalan tak dijawab, peribadi orang tertentu diserang... character assassination. 

KedahTimes sarankan supaya mereka balik perbetulkan diri sendiri.. jangan ganggu sarang tebuan. Takut nanti lari berkeliaran kerana diserang tebuan. Taku bengkak yang diperolehi, sebaliknya anak tebuan untuk umpan kail tidak dapat.


ads
Read Full 1 comments

#Jemuan : Dah mula menyerang Peribadi Tun Mahathir

Khamis, 9 April 2015

KedahTimes membaca dan menyiarkan semula semua pertanyaan Tun M kepada PM DS Najib. Ada pertanyaan yang terus-terang dan ada pertanyaan yang sinis.

Tetapi kebanyakkan soalan yang diberikan oleh Tun M adalah soalan-soalan yang bermain diminda ramai rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Secara logiknya rakyat Malaysia hanya inginkan kepastian dan jawapan dari PM tentang-tentang isu-isu yang dibangkitkan. Itu sahaja.

InshaaAllah, dengan penjelasan yang diberi bakal menjernihkan semua kekeruhan yang ada.

Tetapi hebatnya, jemuan-jemuan sekeliling kerajaan sudah mula menyerang Tun M. KedahTimes pasti jemuan-jemuan ini sekarang sedang bekerja keras supaya gelaran jemuan tersebut dilihat oleh PM sebagai satu kesilapan. Dan mungkin dengan segala usaha mereka menyerang Tun M, mereka bukan dilihat lagi sebagai jemuan tetapi pahlawan.

Jemuan-jemuan ini bukannya menjernihkan keadaan, tetapi sebaliknya menambahkusutkan lagi keadaan. Mungkin baik untuk mereka kerana dengan ini banyak lagi 'payment' akan masuk. Malah mereka tidak pernag memberi jawapanpun terhadap apa yang dikemukakan oleh Tun M, sebaliknya serangan peribadi menjadi keutamaan mereka dalam percubaan mereka menjadi pahlawan.

Sehingga ke hari ini, KedahTimes tidak menemui satupun jawapan yang boleh diterima akal yang diberikan oleh jemuan-jemuan ini. Pusing sana pusing sini, peribadi Tun M juga yang menjadi sasaran mereka.

KedahTimes menyeru, jika Bos besar pun dah melabel trooper atau blogger ini sebagai jemuan, janganlah memburukkan lagi nama jemuan tu. Sekurang-kurangnya jadilah jemuan yang berhemah. 

Jangan nanti anda dilabel syaitan berkepala hitam sudah la...



ads 
Read Full 3 comments

TIDAK WAJAR MINTA TOLONG DR MAHATHIR

Selasa, 7 April 2015
1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. 

Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.

10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..

14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.

27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.

Sumber: chedet.cc
Read Full 1 comments

#GST : Pelbagai tipuhelah digunakan mereka.

Khamis, 2 April 2015
Hari pertama perlaksanaan GST telah kita lalui. Pelbagai berita, laporan dan isu timbul.

KedahTimes tidak mahu bincang itu semua kerana setiap perkara baru yang dilaksanakan pasti serba sedikit ada cacat celanya dan perlukan penambahbaikan. Yang 'Perfect' hanya Allah SWT sahaja.

KedahTimes nak sentuh bagaimana puak-puak kiasu memainkan propaganda mereka memburukkan sistem percukaian baru ini yang sudah dilaksanakan di seluruh dunia. Mereka sebenarnya marah kerana mereka kena dan terpaksa membayar cukai. Itu saja.

Sebelum ini mereka menjerit, melaung dan sebagainya mengatakan merekalah yang banyak membayar cukai. Walhal merekalah yang banya lari dari membayar cukai, malah menyapu duit cukai yang dibayar rakyat yang rata-ratanya berbelanja adalah orang Melayu.

SST dan Service charge menjadi kegemaran mereka kerana tiada siapa peduli untuk pungut dan periksa berapa yang mereka telah kutip dari pelanggan. Service charge mereka letakkan seolah-olah ianya macam tax yang diwajibkan kerajaan. Sebaliknya service charge itu adalah 'Force Tip' kerana ramai orang Malaysia tidak suka kepada membayar tip melainkan jika mereka menerima servis yang betul dan baik.

SST mungkin tidak mempunyai sistem yang baik untuk kutipan dan pemerhatian oleh kerajaan. Maka mereka pun sapu duit SST. 

Bila  rakyat sudah faham tentang SST, maka penipuan kiasu telah terbongkar. Mereka sapu SST dan Service charge dari rakyat. Duit yang rakyat sangka dapat kepada kerajaan rupanya masuk ke poket kiasu. Duit yang sepatutnya diguna kerajaan untuk membangun negara rupanya masuk ke poket mereka.

Maka mulakah mereka menuduh kerajaan tidak pandai mencari duit. Mereka memaksa kerajaan berniaga, walhal kerajaan sebenarnya adalah pentadbir bukan peniaga. Bila orang yang sepatutnya mentadbir tetapi berniaga, maka kebarangkalian untuk gagal berniaga agak tinggi. 

Maka peluang diambil atas kegagalan perniagaan ini dengan mengatakan kerajaan gagal mentadbir. Mereka lagi baik mentadbir dari kerajaan, walhal mereka hanya berjaya menyapu duit SST dan Service charge sahaja serta dengan mengugut untuk menaikkan harga barang-barang.

Inilah taktik kiasu Komunis DAP. Kumpulan yang kuat menipu sehingga PAS pun mereka tipu walhal katanya sahabat seperjuangan. 

Kiasu Komunis DAP adalah kaki penipu dulu kini dan selamanya. Mereka hanya bijak menipu. Menipu adalah amalan harian mereka. Menipu berpisah tiada, sebab itu mereka boleh berjudi di tempat awam kerana judi ini adalah asas kepada penipuan.

Peliknya, kenapa PAS masih sayang kepada DAP? Kenapa Anwar sangat intim dengan DAP?

Mohon pembaca menjawab
.

ads



Read Full 0 comments

#GST: Malaysia melangkah ke era GST

Rabu, 1 April 2015
KedahTimes mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana dalam pelbagai rintangan dan kesusahan, GST berjaya juga dilaksanakan.

Pelbagai tohmahan dan putarbelit disebarkan oleh pihak-pihak pembangkang terutama DAP ke atas perlaksanaan GST ini. Dan yang menariknya penyokong PKR yang menyambut tohmahan DAP dan sanggup berhujan panas di atas jalan. Walhal, impaknya mungkin banyak ke atas puak-puak DAP yang selama ini cakap tak serupa bikin.

DAP Komunis memang hidup mereka hendak segalanya percuma. Mereka ingin merebut segala kekayaan di Negara ini untuk diri mereka sahaja. Sebab itu pelbagai tipudaya dilakukan DAP Komunis untuk mengaut sebanyak keuntungan yang mungkin.

Sekarang ada GST, maka luputkan SST yang kekadangnya dicampur dengan SERVICE CHARGE. Dulu kita tidak ambil peduli pun apabila dikenakan 'service charge' sebab kita mungkin menyangka yang ianya ada cukai. Walhal ianya bukan cukai, malah duit kutipan tersebut tidak diserah kepada kerajaan pun; sebaliknya disumbat dalam poket mereka.

Malah SST yang dikutip merekapun, ada yang tidak diserahkan kepada kerajaan. Mereka mereka pelbagai cara untuk menipu supaya SST tidak diminta kerajaan.

Maka mereka menyapu duit SST dan Service charge daripada pelanggan yang kadang-kadang cajnya sampai 12% dsb. 

Inilah hakikatnya. Apabila GST dilaksanakan, ruang untuk menyapu duit SST dan service cajakan tertutup. Malah pelanggan atau pengguna boleh menolak untuk membayar service charge. Kerana caj GST saja yang patut dibayar kepada kerajaan. Dan service charge adalah caj berasingan yang sengaja dikutip mereka.

Kenaikan barangan tiada kaitan dengan caj GST. Komunis DAP kini tidak dapat menyapu duit tambahan, maka mereka dengan sengaja menaikkan harga barang. Sepatutnya harga barangan perlu turun ssedikit atau sama harganya dengan yang dulu. Ini disebabkan SST sudah jadi GST. Tiada bezanya.

Maka tidak boleh larilah Komunis DAP dari membayar cukai. Walaubagaimanapun mereka akan mencari pelbagai cara untuk menipu. Kita tunggu dan lihat.

Tetapi yang sedihnya orang Melayulah yang beriya-iya menyahut propaganda Komunis DAP ini. Walhal yang untuk banyak ada komunis DAP. 

Marilah kita dengan terbuka hati menerima GST sebagai satu sistem cukai negara. Ianya bakal memberi kemajuaan yang lebih banyak kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Jangan jadi pak turut yang mengangguk apa yang dikata oleh orang kafir fan munafik. Jadilah kita sebagai warganegara yang berguna.

ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates