#SupportTunMahathir: PM berbohong?

Ahad, 24 Mei 2015
Kedahtimes petik dari blog Tun Mahathir. Kita lihat apa reaksi kerajaan dan PM

1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.

5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.
Terbaru dari Tnn
Read Full 3 comments

#SupportAlifBaaTaa: Sanggupkah kita Berketuakan mereka?

Khamis, 21 Mei 2015
KedahTimes terkejut dengan kabinet bayangan yag diedarkan oleh Komunis Malaysia DAP.  Mereka sudah impikan Malaysia. Dan PAS ibarat melukut ditepi gantang dalam kabinet ini.

Inilah impian mereka semenjak dari dalam hutan dulu semasa berjuang sebagai Komunis. Ramai askar dan Polis yang kebanyakkan berbangsa Melayu telah mereka bunuh. Banyak  kemusnahan telah mereka lakukan.

Kini kemusnahan dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor terhadap orang Melayu. Dan seterusnya mereka inginkan Malaysia dan memusnahkan bangsa Melayu.

Apakah kita semua inginkan ini? Inilah yang Tun Mahathir selalu ingatkan kita. Inilah yang Tun M cuba selamatkan sekarang. Kenapa seorang yang berumur 80an begitu risau tentang negara ini? Walhal beliau boleh berihat di rumah bersama isteri dan cucunya.

Tetapi beliau tidak memilih untuk berihat, sebaliknya bersama mempertahankan Bangsa Melayu dari ditipu dan dihapuskan oleh puak-puak Komunis.

Ayuh orang Melayu, kita bersatu tolak puak-puak yang lupa bahawa Malaysia adalah hak orang Melayu dan Islam.

Perdana Menteri:
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL [PKR]

Timbalan Perdana Menteri:
TPM 1 :  LIM KIT SIANG [DAP]
TPM2 :   DATUK SERI HAJI HADI AWANG [PAS]





ads
Read Full 0 comments

#SupportTunMahathir : TPM sudah Bersuara.

Orang nombor dua pun sudah bunyi tapi nombor satu masih diam diri. 

PM ingat dengan mengambil masa untuk rakyat lupa, dia boleh selamat dengan 1MDB? Dengan berdiam diri dan menyerah kepada orang bawahan Pejabat PM menjawab, ianya semakin parah.

TPM sudah berbunyi. Jadi perlulah PM buat sesuatu.

Tetapi KedahTimes merasakan yang ianya sudah terlambat untuk PM buat sesuatu. Cuba yang belum terlambat ialah #UndurNajib.

Isunya besar, isunya problem.....Saya nak ambik kesempatan tentang soal ini saya yakin kalau tidak diatasi segera akan membawa kita ke bawah. Saya Pengarah Pilihanraya bagaimana saya nak menghadapi dan saya bertanggungjawab. 

"Saya tak boleh terfikir bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat syarikat yang ditaja boleh menanggung hutang sebanyak 42 billion". 

"Kenapa lembik sangat buang la kalau staf 1 MDB melakukan kesalahan tapi tidak buat juga. Macam mana kita hendak menghadapi rakyat dengan masalah sebesar ini. Saya akan jadi pengarah pilihanraya bagaimana saya nak menjawab dengan pengundi".

"Dalam MT juga saya dah bagitau presiden buang staf 1 MDB yang melakukan kesalahan tapi tak buang juga. Bukan itu sahaja panggil polis siasat ambik tindakan, kalau tak buat begiru ini akan membuat kita jatuh ke bawah"

"Ini tidak tak pa lah sikit masa tak boleh"

Ini tidak tuduh saya berkomplot dengan Tok Pa, Tun Daim, Dato Nazri  untuk menjatuhkan Presiden di Milan sedang itu semua fitnah. 


ads
Read Full 0 comments

#SupportTunMahathir : TPM Senada dengan Tun M dan rakyat

KedahTimes C & P dari Apanama. Mohon kebenaran.

Apa yang Tun Mahathir rungsingkana adalah sama seperti kami marhein rungsingkan. Kes 1MDB adalah isu negera kerana ianya bakal memberi impak kepada negara.

KedahTimes amat kecewa dengan tindakan pejabat PM dengan cuba melarikan diri dari menjawab isu-isu ini. Malah mereka sekarang menambahburukkan lagi keadaan dengan menyerang sesiapa saja yang menyentuh tentang isu 1MDB dan PM.

Ini tidak menyelesaikan masalah. Malah PM yang asyik menyuruh rakyat percaya kepadanya tidak juga memberi jawapan atau penerangan. Bukankah rakyat sudah memberi kepercayaan pada PRU13 lalu?

Kenapa susah sangat nak terang kepada rakyat? Kenapa perlu menyerang semua yang bertanya tentang isu 1MDB. 

Apakah 1MDB projek peribadi PM?



Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang harus diambil demi masa depan parti, kerajaan dan negara.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan yang begitu jelas dihadapan beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Kerajaan serta ratusan pemimpin akar umbi bahawa seluruh lembaga pengarah 1MDB harus dipecat dan 'POLIS dipanggil untuk menyiasat mereka'. 

Kepada mereka yang masih percaya bahawa masalah negara pada masakini ialah kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, sila fikir semula. Ini adalah masalah besar yang akan membuat kita terjerumus dengan beban hutang yang jauh mengatasi kemampuan. 

Hentikanlah cemuhan dan cacian keatas Dr Mahathir. Media arus perdana, terutamanya TV3 hanya cuba menegakkan benang yang sudah kuyup. 

Secara peribadi saya agak lega kerana masih ada lagi pemimpin tertinggi negara yang mampu melihat serta memahami isu sebenar yang cuba diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Masih ada harapan rupanya.

Kepada penyokong akarumbi yang tidak tahu apa-apa serta 'langau jadian' yang sentiasa mengelilingi Perdana Menteri dan Presiden Umno, sedar lah bahawa bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nasihat punahsihat. 

Saya percaya, Najib Razak tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam kadar segera jika beliau benar-benar sayangkan Umno, Barisan Nasional dan negara kita Malaysia. 

Undurlah Datuk Seri Najib Razak, anda sudah menjadi beban kepada kami.

p/s Sila sampaikan luahan hati Timbalan Presiden Umno ini kepada rakyat. Masalah kita akan selesai bila Umno dan Tan Sri Muhyiddin menentukan siapa akan menjadi Timbalan beliau. Insyaallah!

ads
Read Full 0 comments

#SupportTunMahathir : Tak arif tetapi belagak Arif

Rabu, 6 Mei 2015
KedahTimes petik jawapan Tun M terhadap tuduhan Zamil KITA, orang Sg Petani yang tiba-tiba penting di mata TV3, serta juga jawapan kepada Tunku Aziz, yang pernah diberi jawatan tinggi dalam DAP, yang juga amat arif tentang ketelusan dan sebagainya.

Kita baca dengan tenang dan terbuka cara Tun M menjawab tuduhan mereka yang tiada berfakta, tetapi dianggap penting oleh media seperti TV3.

Teruskan membaca ..

Zamil Ibrahim of KITA seems fond of saying things about which he seems confused or ignorant.

Firstly I never said RM42 billion had gone missing. What I said was that RM42 billion was borrowed by 1MDB.
Some of the borrowed money was used to buy power plants and Government land along Jalan Tun Razak and the Sungai Besi Airport land at ridiculously low price. These are marked up greatly and claimed as assets. Private land in Penang with lots of squatters was also bought at a much higher price.

1 billion USD (RM3.6 billion) was paid to Petro Saudi and some other purchases and investments.

Another RM6 billion was alleged to be in Cayman but now is not in Cayman. All the money is said to have been brought back. A tranche was brought back presumably to Malaysia. A second tranche was brought back and as explained by Dato’ Sri Najib was deposited with a Swiss bank in Singapore. Now the Swiss bank has denied that this money was deposited with it. So where is the money?

Adding generously up all the money that is known to have been spent, there remains some RM14 billion to RM20 billion that cannot be accounted for. Since the 1MDB advisor cannot explain where this money is, I must assume that it is somehow lost or stolen or misused.

My sons are not billionaires but they do borrow millions to finance their businesses. Mirzan, does most of his business outside Malaysia but was forced to sell his shipping business to Petronas during the financial crisis. Petronas made a handsome profit selling part of the fleet when the economy recovered. Petronas policy is not to answer questions but Petronas accounts are available and can be examined to verify whether I lie or not. Mirzan is not millionaire.

Mokhzani has a steel fabrication business started after I ceased to be the Prime Minister. It took him more than 3 years to make the money he is supposed to have. He did not steal the money. What he has he earned. Nobody’s money has disappeared because of his business.

I did not raise loans when I was PM to help my sons. If you have evidence, show it.

Tunku Abdul Aziz tries to pin the BMF scandal on me on the basis of a statement by Lorraine Esme Othman as quoted in his article thus:

“He (Lorraine) asked me (Tunku) whether he alone could have made the decision to move billions of US Dollars without instruction from “high above”.”

He assumes that “high above” Lorraine was me. There are lots of people high above Lorraine. I will not name them here because I don’t like making inferences when I have no concrete evidence. Lorraine went to London where he was jailed.

Neither Bank Bumiputra nor BMF were directly under me. I had nothing to do with their management. Please show proof of my involvement in the affair of BB or BMF.

I was informed of the measures to be taken to resolve the scandal and I agreed to sending an officer to check on the deals with the Carrian Group. He was subsequently murdered.

Tunku Aziz is a director of the International Instittute of Public Ethics and a member of the Malaysian Anti-Corruption Commission.

I would like to ask Tunku Aziz whether his attempt to accuse me of being involved in the BMF scandal on such flimsy ground is ethical or not.

And as member of the Anti-Corruption Commission, he can make a full investigation of my record to find out how many billions I stole from the Government as he seems to imply. If he fails, he should at least have the decency to apologise.

And as someone who professes to be concerned about corruption, shouldn’t he ask how Jho Low and Riza Aziz have hundreds of millions of dollars. And shouldn’t he be interested in public officers who live well beyond their means. Or has he got selective awareness of what is going on around him. An American paper reported that now Malaysia is among the ten most corrupt countries in the world. Shouldn’t he try to find out why?


ads
Read Full 1 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates