Bila PM berhimpun untuk bantahan

Selasa, 6 Disember 2016
SURAT TERBUKA BUAT PENYOKONG PAS

Pernah tak anda tengok Barrack Obama menyertai bantahan atau protes anti Russia sewaktu Ukraine diserang? Atau Edorgan menyertai bantahan anti Assad atas kekejaman di Syria?

Takde kan? Kenapa?

Kerana mereka itu presiden, ketua kerajaan, macam perdana menteri. Kalau mereka buat bantahan, himpunan dan sebagainya mereka dan bantah kepada siapa?

Barrack Obama terus mengenakan sekatan ekonomi bersama Eropah terhadap Russia manakala Edorgan terus menghalau duta Syirat dan menghantar bantuan ketenteraan kepada pemberontak Syria.

Kalau benarlah Najib hendak bantu Rohingya beberapa perkara yang dia boleh buat dengan hanya tandatangan di atas kertas sahaja.

1) Memanggil balik Duta Malaysia ke Myanmar
2) Menghalau Duta Myanmar keluar Malaysia
3) Menghantar usul kepada ASEAN mengenakan tindakan ke atas Myanmar
4) Memberi status pelarian kepada semua warga Rohingya di Malaysia supaya mudah untuk mereka mendapatkan pekerjaan dan perlindungan.
5) Memutuskan perhubungan perdagangan

Dan bermacam-macam lagi.

Tapi dia memilih untuk tidak melakukan apa-apa di atas melainkan berhimpuna di stadium terutup bersama Hadi Awang dan gambar mereka dicanang-canang ke sana kemari oleh Saibertrooper dedak UMNO.

Adakah dia buat untuk bantu Orang Islam Rohingya?

Atau

Semata-mata untuk laba politik semata?

Tak rasa macam Tuan Guru Haji Hadi dipergunakan ke? Jadi modal politik Najib?

Macam RUU 355, takkanlah sampai nak kena tunda dah dekat dua kali.... Kalau betullah nak buat, dah lama dah draf tu siap.

Tepuk dada tanya selera.
Read Full 0 comments

Selamat Bersatu

Kedahtimes kembali. Kedahtimes akan cuba ulas dan tulis berkaitan beberapa isu terkini yang hangat diperkatakan.

Juga tidak lupa dengan munculnya parti-parti baru yang bakal memberi saingan hebat kepada UMNO di Semenanjung dan Sabah.

Teruskan bersama KedahTimes
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates