GELOMBANG MERAH 2.0

Ahad, 19 Mac 2017
Salam Semua peminat KedahTimes,

Jom kita mulakan semual gelombang yang satu masa dulu telah menjadi fenomena di Kedah dan Di Malaysia.

Dulu Gelombang Merah terhasil atas keinginan rakyat Kedah berubah. Dan pada masa itu UMNO menjadi tempat mereka mengadu,

Kini UMNO sudah tidak lagi menjadi tempat orang Melayu mengadu dan berjuang. UMNO lebih utamakan korupsi dan kleptokrasi. UMNO sudah tidak lagi berjuang untuk rakyat tetapi hanya untuk pemimpin mereka. UMNO sudah tidak lagi demokrasi tetapi lebih kepada autokrasi.

Dan yang sahnya UMNO sudah takut dengan warna MERAH

Maka KedahTimes mengajak semua rakyat Malaysia, ayuuuuuh kita semarakkan GELOMBANG MERAH 2.0. Tetapi kali ini bergerak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

GELOMBANG MERAH 2.0 Bersama PPBM.

Read Full 0 comments

Bandaraya Hutan Oleh Che Det

Selasa, 14 Mac 2017

1. Saya pergi ke Forest City. Saya telah baca banyak laporan berkenaan Forest City ini. Saya juga telah membuat banyak teguran terhadap pembangunannya. Tetapi semua maklumat berkenaannya saya dapati second hand. Oleh itu saya perlu lihat sendiri Forest City ini.

2. Ia dibina di atas empat buah pulau buatan di Perairan Johor dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Luasnya luas. Jalan kelas Satu yang agak panjang telah dibina ke arah Forest City.

3. Apabila sahaja memasuki jalan dalam kawasannya, tiba-tiba landscaping yang cantik luar biasa menghiasi jalan.

4. Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “Hartanah Hak Milik Kekal”.

5. Tetapi Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara China ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

6. Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain.

7. Sebenarnya Najib boleh batal syarat “Freehold” kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang mana semua hakmilik tanah baru mestilah leasehold – 30, 66, 90 atau 99 tahun. Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal.

8. Kata pepatah Melayu (yang tidak perlu kita pedulikan) “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan”. Kesian.

9. Ya, memang cantik dan mengkagumkan pembangunan Forest City. Yang menarik sekali ialah landscaping yang sudah menang berbagai hadiah antarabangsa. Pelawat Malaysia dan luar diberi layanan istimewa. Selain dari menunjuk model plan Forest City, pelawat boleh guna kolam renang yang luas, pantai indah dihias dengan binatang anjing laut diperbuat dengan simen. Makan tengahari percuma.

10. Kebanyakan dari pelanggan datang dari negara China. Diadakan penerbangan khas dari beberapa bandar China ke Senai, Johor. Walaupun rakyat Malaysia boleh beli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara China.

11. Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama. Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.

12. Forest City ini pula diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

13. Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat China dari membeli flat mewah di Forest City.

14. Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara China. Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini.

15. Jika duit tidak boleh dikeluar dari negara China, pembeli mungkin pinjam duit dari bank di Malaysia. Saya difahamkan bahawa seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia. Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram.

16. Forest City ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya J.B atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

17. 700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

18. Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

19. Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum.
Syabas.

Read Full 0 comments

Bila Ludah ke atas, sudah pasti jatuh ke batang Hidung sendiri

Ada penulis menulis di bawah tajuknya , "ada 5 bahagian PPBM di Kedah akan dibubarkan', mengatakan 5 cawangan PPBM akan dibubarkan dalam masa terdekat. Dan semua ahli akan kembali merayu untuk memasuki semula UMNO.

Pertama, KedahTimes nak bagitau yang perkataan-perkataan BAHAGIAN dan CAWANGAN amat jauh beza. Kalau kita tidak tahu struktur sesebuah organisasi, janganlah kita mereka-reka cerita yang boleh menunjukkan kejahilan kita. Hatta jika dibayarpun, janganlah letak diri anda diperingkat paling bawah taraf kejahilan dan kebodohon. Kaji dulu struktur organisasi PPBM.

Kedua, ahli-ahli yang keluar tu akan masuk UMNO semula katanya. Dia dah tanya ka kepada ahli-ahli tersebut bila mereka keluar UMNO Ada surat keluar UMNO ka? Atau surat dipecat dari UMNO sehingga kena merayu untuk masuk UMNO?

Hebat sangat ka UMNO hingga hendak menjadi ahli pun kena merayu? Atau UMNO memang terlalu terdesak untuk mendapatkan ahli.

Ketiga, itulah taraf pendedak belaan UMNO, Nak dapat yang baik amat susah, maka kutiplah yang Ingerisnya berterabur bila cuba berdebat.

Nice try ...
Read Full 0 comments

ZALIMKAH TUN DR MAHATHIR MEMBANTU KELANTAN DARI MUFLIS? SATU JAWAPAN KEPADA FITNAH YANG DILEMPARKAN NAJIB KEPADA TUN DR MAHATHIR!

1. Krisis ini bermula sejak 1990, . Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan  telah bersetuju bekerjasama dengan “Thames Water” sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.

2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.

3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.

4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang .

5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah  RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.

6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan

 7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau. Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. 

8. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan. 
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh Perdana Menteri sekarang Ds Najib dan pemimpin dan penyokong PAS, sekarang supaya mereka boleh mengambarkan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri selama 22 tahun menzalimi Kelantan.
Read Full 0 comments

Parti setahun jagung pun amat ditakuti

Isnin, 13 Mac 2017
Setelah sekian lama KedahTimes berdiam diri dalam penulisan di blog, kini sudah tiba masanya untuk KedahTimes kembali bersuara. Bersuara demi menegakkan kebenaran.

Kini kerja penyebaran propaganda murah pendedak sudah bermula dengan pelbagai sebaran berita yang tidak benar. Walhal, mereka sepatutnya menyebarkan maklumat tentang kerajaan dan parti yang mereka tunjangi.

Parti yang belum pun sampai setahun jagung sedang digeruni begitu hebat sekali oleh kerajaan sehingga tentera-tentera dedak terpaksa melakukan serangan yang hebat.

Terkini mereka siarkan pembubaran bahagian PPBm dan ahli merayu untuk kembali menyertai UMNO. Sesuatu yang tidak logik disini apabila merayu untuk menyertai UMNO.

Ini menunjukkan kebodohan mereka dalam menyebarkan cerita taraf dedak ayam.

Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates